Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, July 18, 2011

Resepi : Makanan Pertama Hadif hasil air tangan ummi!!

Salam,

Sabtu lepas, pagi-pagi buta saya dah bangun, semangat ni nak sediakan makanan untuk Hadif. Resepi ini saya rasa telah diketahui umum kerana rata-rata ibu akan menyediakan bubur nasi untuk si comelnya. Melalui penyediaan asas bubur ini, saya cuba mempelbagaikan ramuan dalam resepi ini.  =) .. Lepas tu, saya siap buat dessert untuk Hadif, epal puri. Sangat mudah dan cepat!!

BUBUR HADIF SAYANG UMMI
Bahan-bahannya ialah:

1) Segenggam beras
2) Setengah ubi kentang dipotong dadu
3) Sebiji lobak dipotong dadu
4) 3-4 pokok kecil brokoli
5) Satu penutup botol air zam-zam
6) Secubit habbatus sauda
7) 2 sudu kecil nestum cerelac (perasa epal dan cherry)
8) 2 sudu kecil minyak zaitun

Caranya:

1) Basuh beras dan masukkan 3 cawan air.
2) Masukkan semua bahan yang telah disediakan kecuali nestum.
3) Masak dengan api perlahan (lebih mudah jika menggunakan slow cooker)
4) Setelah masak menjadi bubur, kisar bubur tersebut untuk hasil yang lebih halus.
5) Masukkan nestum dan kacau hingga sebati.
6) Sedia untuk dihidangkan kepada baby dengan hati gembira..hehe =)

p/s: sukatan ini adalah untuk 2 kali makan. my baby makan masa tengahari dan petang. habis licin, kalau lambat suap, mesti jerit nangis..tak tau ikut perangai sape yg kurang senonoh ni..hehe

EPAL PURI SEMANIS SENYUMAN HADIF
Caranya:
1) Sebiji Epal Merah dibuang kulit dan biji ditengahnya.
2) Masukkan epal yang dipotong ke dalam periuk. Masukkan air untuk direbus sehingga empuk.
3) Setelah empuk, toskan air rebusan tadi dan lenyekkan epal yang direbus tadi..
4) Sedia untuk hidangan!!!

SELAMAT MENCUBA!! =)

8 yang mengekspresikan diri:

dhr said...

makin bambam la nnti! ;p

Princess Cindellyna said...

haha!cute je nama makanan nih =p. Kalau Amani nk cuba bleh ke tukar nama jadi bubur Amani sayang mama & epal puri semanis senyuman Amani? =p

Anah said...

Siap ada nama lg, canggih la makanan hadif.

Nurul aziyana said...

habbatus sauda pun boleh masuk ek? rase ape ek?

Kemn Azmaili said...

kak dian,

memang makin bambam..xlrt den nak dukung..hehe

Kemn Azmaili said...

farah,

boleh..boleh..nama resepi boleh ditukar mengikut nama anak..hehehe

Kemn Azmaili said...

anah,

sebab first food die kan..kalau dah banyak makanan lepas ni, xlarat dah nak bg nama..hehe

Kemn Azmaili said...

aziyana,

yup..habbatus sauda boleh letak dalam semua masakan including baby's food..xrasa apa, macam biji sawi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...