Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, October 6, 2011

Daftar Haji

Salam Batik kepada semua pembaca X-presi! (Orang gomen hari khamis pakai batik..hehe)

Semalam saya ke Tabung Haji di Anjung, Parcel E, Putrajaya untuk buka akaun tabungan (simpanan) untuk si kecil Hadif. Sebenarnya dah lama niat nak buka akaun TH ni tertangguh dek kerana selalu ada masalah teknikal di Bank Rakyat untuk membuka akaun TH di sana. So, hari semalam saya decide untuk ke Anjung, terus pergi ke cawangan TH di sana.

Bila dah sampai sana, macam-macam soalan den dah ready nak tanya. First time masuk rasa macam agak janggal sebab terkebil-kebil seketui diri mentelaah setiap satu borang yang disediakan kat sudut hujung nun. Memang kat semua cawangan TH takde kaunter pertanyaan ke ek? Bukan apa, kalau muda-mudi yang baru nak berjinak-jinak dengan haji ni memang akan blur.com lah nak tanya macam-macam benda kan. 

Dah tengah duk isi borang permohonan akaun baru utk si kecil tu, tanpa segan silu mulut ni dengan ringan bertanya dengan akak sebelah,

"Kak, minta maaf..saya nak tanya..boleh ke buka akaun untuk kanak-kanak ye..?"

"Boleh je dik, ni akak pun tengah buka akaun untuk anak akak yang bongsu ni.."

"Oh, tapi ada tak terhad kepada mana-mana lingkungan umur..?"

"Takde dik, jangan risau..ni anak akak yang bongsu baru 10 bulan.."

"Owh yeke..sebab bukan apa..saya baca kat depan ni kalau nak join Kelab Taha kena berumur bermula 7 -17 tahun..maybe utk join kelab tu je kot.."

Okay dah sambil sembang-sembang dengan akak tu, saya terkebil-kebil lagi mencari borang untuk potongan gaji. Dah sekung my husband duk beleber sebab dah lama tangguh untuk potongan gaji bagi simpanan TH ni, baiklah alang-alang tu saya buat sekali kan..

Bila tiba giliran saya, kemain eksaited pergi ke kaunter 2. Macam-macam benda nak tanya,

"Puan, saya nak tanya..kena ada berapa RM ye dalam simpanan TH untuk kita layak ke menunaikan haji nanti ye?"

"Okay, dalam simpanan perlu ada RM1,300 sahaja dan jumlah wang tersebut akan dibekukan setelah puan sah berdaftar haji. Puan dah daftar haji ke?"

Sekali lagi aku blur.com..ekkk..?????

"Saya dah memang ada akaun simpanan TH, kena daftar jugak ke?"

"Eh..puan dah salah faham ni..puan perlu juga berdaftar haji walaupun telah mempunyai akaun tau.."

"Ya Allah..yeke..seyes tak tau menahu pasal ni..(benaknye aku)..Kalau saya daftar sekarang, agak-agak berapa tahun lagi saya layak ke haji ye? "

 (saje je tanya walaupun aku rasa macam ilmu didada sangatlah tak layak pegi lagi..huhu)

"Lagi 31 tahun, puan..jumlah tahun akan semakin hari semakin meningkat. kalau hari ini dah cukup 26,000 orang mendaftar untuk satu tahun, makanya hari esok dah naik setahun..kira lagi 32 tahun lagi la..begitulah hari-hari yang berikutnya..

HAAAAAA....Apekahhh??? krepot la aku nanti...

"Okay, lah..kalau macam tu saya kena balik bincang dengan my husband pasal ni..saya pasti husband pun tak tau pasal ni..Ha lagi satu puan, berapa dividen sekarang ye, puan?"

(banyak nau soklan hang kemn)

"Sekarang dah tak banyak macam dulu. hanya 5 -5.5% je..Dividen ni start turun masa gawat tahun 2000 dulu..So, sekarang ni lebih kurang macam tu je la.."

"Owh, okay je kot pada saya..selain dari ASB, rasanya TH je kot yang dapat dividen kalau menyimpan.."

***************

Balik je rumah terus discuss dengan husband pasal ni. So, dah buat keputusan untuk daftar haji sama-sama termasuklah untuk sikecil Hadif tu. Tak salah mendaftar awal sebab boleh tangguh kalau belum bersedia nak ke sana..

So, bagi korang yang belum mendaftar haji (hanya ditujukan kepada saudara seIslam), apa lagi..jom kita daftar haji!!

3 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

Thanks for sharing the info Kemn :)
I pun asyik bertangguh je nak ke TH.
nak buat potongan gaji tu lagi susah sbb kerja swasta...hmm...

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

No worries, dear..
takpela tak dapat potong gaji pun..atleast dlm akaun dah ada rm1300..u all kerja private kan selalu dpt bonus..apa lagi masuk je sedebuk dlm TH ni..hihihi

nhhas said...

Owh lah ... kisahnya.

ramai rupanya yang tak tau memiliki akaun di TH belum melayakkan diri secara automatik daftar haji.

Start 2007/2008 dah ramai yang tahu - tu yang tetiba giliran menunggu menjadi belasan and now puluhan tahun.

masa saya daftar 2006 - giliran menunggu 5 tahun je - alhamdulillah.

apa2 pun - moga urusan kemn dimudahkan - Insya Allah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...