Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Saturday, October 15, 2011

Hadif dapat kad SSPN

Selamat berhujung minggu semua,

Pagi tadi posmen mai umah hantar kad SSPN Hadif. Tak silap saya, saya daftar 2 minggu lepas di Bank Rakyat masa nak masukkan duit raya Hadif hari tu. Actually, boleh je daftar dimana-mana cawangan bank. Tapi dah alang-alang ke BR kan, buat je lah.

Kenapa anak anda perlu mempunyai akaun SSPN? Salah satu manfaat nya ialah kita dapat pelepasan cukai ke atas simpanan bersih sehingga RM3000 setahun. Selain itu, banyak lagi manfaat yang diperolehi dengan simpanan melalui SSPN ini. Antaranya ialah:

a) of course la anak anda layak memohon pinjaman PTPTN.
b) manfaat perlidungan insurans serta khairat kematian diberi PERCUMA tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
c) kadar keuntungan atau dividen tahunan yang setara dengan kadar pasaran
d) keuntungan atau dividen tahunan dikecualikan daripada cukai pendapatan
e) simpanan dijamin kerajaan; dan
f) simpanan minimum serendah RM20 sahaja.

So, apa lagi para-para ibu ayah..mari daftarkan SSPN untuk anak anda demi menjamin kecemerlangan pendidikan masa depan! =)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

Ilyaas pun daftar SSPN minggu lepas...kad belum dapat lagi

Kemn Azmaili said...

Insyaallah minggu depan dpt la tu.. =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...