Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, October 19, 2011

Rumah Babysitter bertukar jadi Taska? Apekah??

Salam to all my dear pembaca,

Entri pagi ni nak story benda yang tengah fresh lagi berlaku pagi tadi. Memang terkejut veruks!

As usual, pagi-pagi akan hantar my baby ke rumah BS la kan. Sambil-sambil berjalan nak ke rumah BS tu, saya duk sembang-sembang la dengan my baby. Tiap kali masuk lif, mesti akan ajar Hadif counting numbers kat button tu..So, bila dah nak sampai je rumah BS, mata den ni duk berkelip-kelip berkali-kali tengok apesal ramai sangat kat rumah Faizah (BS) ni? Eh, ada kenduri apa pagi-pagi ni? Eh, pelik eh..

So, bila sampai je kat muka pintu tu memang terkejut sangat bila tengok kemain ramai budak-budak kecik duk berkeliaran dan berkejar-kejaran dalam rumah tu. Kebetulan masa saya hantar Hadif tu, ada sepasang suami isteri yang baru lepas hantar anak dia la kot. Eh, ape kes ni derrrr...

Tetiba baru saya teringat semalam Faizah ada citer kat saya yang Taska Kem. Belia & Sukan kat Putrajaya ni di tutup sementara kerana dikuarantin akibat penyakit kuku, kaki dan mulut. Fyi, kakak Faizah yang duk sekali kat rumah ni mengasuh di taska tu. Ada la Faizah citer kat saya semalam, meluahkan perasaan tidak puas hati dia pada kawan-kawan kakak dia yang pepandai berjanji kat mak bapak budak-budak kat taska tu untuk bawa anak-anak depa ke rumah Faizah. At the same time, pengasuh-pengasuh kat taska tu jaga budak-budak tu kat rumah Faizah. Faizah dan cakap dekat saya semalam yang dia memang 100% tak setuju!! Banyak benda la yang buat dia tak setuju sebab utama nya takut pulak penyakit tu berjangkit kat Hadif dan kawan-kawan dia yang lain. 

Kalau ikut perkiraan kasar saya tadi, jumlah budak-budak lingkungan umur 2-4thn dalam rumah Faizah tadi lebih kurang 10 orang. Itu belum kira yang belum sampai lagi. Masa saya datang tadi, saya dah nampak muka bengkek Faizah, muka rasa geram dengan tindakan kawan-kawan kakak dia yang memandai je berjanji ngan mak bapak budak-budak kat taska tu. 

Saya pun memang tak duduk lama tadi sebab rushing nak ke ofis. Satu hal lagi takut jugak mulut den ni melaser tepat kat kakak-kakak pengasuh tu. Kang tak pasal berperang. Mau nye tak hangin..Just imagine, rumah flat yang kecik dimuatkan dengan berbelas-belas kanak-kanak ribena, dahla tingkat 11,.Yang saya tak boleh terimanya, makbapak budak-budak ni tak risau ke keselamatan anak-anak depa duk ramai-ramai dalam rumah flat ni? 

Sampai ofis tadi, saya meluahkan lah perasaan tak puas hati ni kat my ofismates. Semuanya bagi feedback negatif. Memang tak patut diorang hantar kat rumah Faizah. Silap-silap kalau ada orang complain memang boleh didakwa. Sambil memikirkan keadaan my baby kat rumah BS tu, saya mesej Faizah tanya keadaan Hadif...

Faizah pun explain kat saya, yang dia memang terkejut sangat bila tetiba ramai budak-budak datang umah dia. Infact dia tak berjanji dan tak bersetuju pun budak-budak tu diletakkan di rumah dia. Saya tau dia rasa bersalah sangat pada saya. Tapi saya memang tak salahkan dia sebab semalam lagi dia dah luahkan masalah tu. Dia mintak maaf banyak-banyak kat saya sebab tak berbincang dengan saya. Takpe Faizah, akak sikitpun tak salahkan awak. 

Masa saya hantar Hadif tadi, kawan-kawan dia yang lain (Lukman & Kaisara) belum datang lagi. Saya teringin juga nak tau reaksi makbapak depa. Tetiba dapat mesej dari Faizah yang bapak Lukman suruh semua budak-budak tu keluar dan minta parents diorang ambil bawak balik rumah masing-masing. Fyi, bapak Lukman ni kerja kat Kem. Kesihatan. So, of course la dia sangat concern bila tengok keadaan dalam rumah tu yang penuh sesak ngan bebudak ribena ni. Bapak Lukman siap sound lagi pengasuh-pengasuh taska tu yang diorang ni memang boleh didakwa atas perbuatan diorang ni. 

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhh........menarik nafas lega la ummi Hadif ni. Kalau tak memang tak senang nak buat kerja kat ofis ni..Saya macam dah plan nak cuti je tadi kalau rasa-rasa keadaan kat rumah Faizah tak terkawal..Faizah pun lega sangat-sangat bila bapak Lukman telah menyelamatkan keadaan di rumah dia tu. Dia pun pening kepala tadi duk memikirkan nak handle budak-budak tu plus nak jaga Hadif and the geng lagi..

Terima kasih banyak la papa Lukman. Jasamu dikenang. Nasib baik sangat bapak dia kerja Kem Kesihatan. Boleh la nak argue benda-benda yang sensitif macam ni..

Akhirnya umi kembali bekerja dengan tenang tatkala keadaan kembali seperti sedia kala..

Sekian celoteh di pagi hari.. =D


6 yang mengekspresikan diri:

Shu @ Mrs. Hamid said...

fuhhh... lega rasanya. nasib baik ada yang bertindak.

♥ Elin ♥ said...

hi,
sy berkerja dlm sektor Pra Sekolah.
dah terlalu banyak perkara mcm nih terjd. masing2 x pk kan keselamatan ank2 tersebut,

terpikir x bagaimana mereka mendidik anak2 tersebut dgn begitu ramai, pemakanan, keselamatan dan mcm2 lagi lah dgn keadaan yg tidak selesa.

tp baguslah tindakan telah diambil.
dah blh tarik nafas panjang kan. ;)

Kemn Azmaili said...

@Shu @ Mrs. Hamid

Itulahh..alhamdulillah sangat..

Kemn Azmaili said...

@♥ Elin ♥

betul tu, setuju sangat!!! kenapa la parents budak-budak ni tak fikir ttg sume tu..semuanya nak main lepas tangan je..kalau jadik pape sape nak tanggung..harap lepas ni takde la kezutan macam ni..hehe..

btw, thanks sudi luangkan masa komen my entry =)

Princess Cindellyna said...

uuuu........... mmg salah pun camtu.. dah le takut contagious jekan penyakit tu..

nasib baik bapak luqman tu sound.. adehh. susah kan gak camni.

rumah BS tu kat flat hijau ke?

Kemn Azmaili said...

@Princess Cindellyna

Bukan, rumah dia kat flat Perbadanan Putrajaya Presint 11 tu..Itulah, tak taula ape jadik kalau ayah lukman tak sound..mesti bergegar rumah BS tu..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...