EKPRESIKU...

Monday, December 19, 2011

Nama Kegemaran dan Pilihan Jin Untuk Anak Mereka

Salam,

Just for sharing dan untuk kita sama-sama fikirkan.

Ahad lepas my sister in law datang rumah dan dia berkesempatan menonton rancangan di TV9 : Program Tanyalah Ustaz bersama Al-fadhil Ustaz Sharhan Shafiee. Tajuk yang dibincangkan pada hari tesebut adalah mengenai Indahnya Perubatan Islam | Nama kegemaran dan pilihan Jin untuk anak mereka. Yang menarik tentang topik tersebut adalah mengenai pilihan nama-nama Islam yang dikatakan mempunyai persamaan pada golongan jin dalam menamakan anak-anak mereka.

Apa yang dimaklumkan oleh Ustaz Sharhan, terdapat 77 nama Islam yang menjadi kegemaran golongan jin dalam menamakan anak-anak mereka. Antara nama-nama yang disenaraikan adalah:
 
  1. Balqis, 
  2. Qistina, 
  3. Batrisyia, 
  4. Erisya (Alisya)
  5. Dzakwan, 
  6. Najwa

My SIL jadi macam risau sebab nama salah seorang anak perempuan beliau tersenarai dalam nama yang dimaksudkan itu. Menurut Ustaz Sharhan tidak perlu sampai kita nak menukarkan nama anak kita, hanya sekadar memanggil mereka dengan panggilan selain daripada nama-nama dimaksudkan itu sudah memadai. 


Dikhuatiri dengan meletakkan nama-nama ini anak-anak mudah mendapat penyakit misteri / pelik-pelik. Sekiranya sudah terberi, contohnya Nur Qistina, boleh dipanggil 'Nur' bukan Qistina, sekiranya Muhamad Dzakwan, boleh dipanggil 'Muhamad', (Terutama bagi anak-anak kecil yg sering menangis cuba panggil dengan panggilan lain).


Kepada ibu bapa di luar sana yang nama anaknya tersenarai seperti yang dimaklumkan oleh Ustaz Sharhan, janganlah rasa sedih, kecewa atau marah. Pandangan peribadi saya, kita perlu selidik dengan pelbagai sumber. Jangan hanya kerana satu sumber ini, kita sudah melatah. 

Kalau ikutkan, ini memang ilmu baru yang baru saya tahu jugak la. Sebelum ini, tak pernah pun dengar pasal pilihan nama jin menamakan anak mereka. Perlu diingatkan bahawa pendapat dan fahaman ulamak berbeza. Ada yang kata boleh, ada yang kata tak boleh, ada yang kata elok ada yang kata tak elok. Akan tetapi perlu diingatkan juga dunia ni memang penuh dengan misteri Tuhan yang kebanyakannya kita tak mampu rungkai. "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia.." kita perlu hormat pendapat mereka yang arif dalam agama kecuali kita memang lebih banyak ilmu dari mereka..


Apa yang penting disini, niat membetulkan cara (pandangan saya lah..). Kalau niat kita baik, maka dengan izin Allah baiklah dia. Mana ada dalam dunia ni mak bapak yang nak menamakan anak mereka dengan nama yang maksudnya tidak baik kan?


Ada jugak yang cakap nama tu "berat" lah, dalam erti kata lain susah la nak jaga anak kita nanti kalau letak nama tu. Pengalaman saya sendiri juga, ada yang cakap nama anak saya "berat".  Bukan nak perlekehkan apa yang diorang cakap tu, tetapi berbalik kepada apa yang saya maklumkan tadi, niat membetulkan cara..Niat kita sudah tentu mahukan anak kita menjadi seseorang yang elok, sama elok seperti maksud namanya.




Info tambahan:
Dulu my ummi ada jugak dengar syarahan agama daripada Ustaz Harun Din pasal nama ni. Menurut beliau jangan amalkan memanggil nama anak dengan panggilan Along, Angah , Achik dan sebagainya kerana nama yang dipanggil di dunia akan dipanggil diakhirat kelak. (Ini macam saya boleh terima) 

Wallahualammm..

17 yang mengekspresikan diri:

Nuyue Jannah Bt Muhammad said...

aah. betul tu. pernah dengar dlm Tanyalah Ustaz. Nama panggilan yg kite panggil kat dunia, akan menjadi nama panggilan kita di akhirat kelak.

fiszah_pjo said...

boleh tak rasa lega bila nama anak pzah tak tersenarai antara 7 tu..hehe..

dulu my bro cadangkan letak nur adriana qistina..tp ntah nape hubby mmg dr awal lg nk nama atirah..wajib letak atirah..so jadi la nur adriana atirah :)

Shu @ Mrs. Hamid said...

Thanks for sharing. It's a good input for me.

My hubby pun tak suka panggil nama, dengan nama samaran. So, dari sekarang kitaorang amalkan panggil anak kitaorg dengan nama penuh, paling tidak pun panggil "Saqlain" je.

[DnaZz] said...

salam kemn,

semalam iza baca pasal nie, mak ai..terkejut jugak sebab langsung tak pernah tahu itu ada kaitan dgn nama anak jin..today iza jumpa isu ni kat FB. Boleh baca kat http://dnazzaeiza.blogspot.com/2011/12/isu-nama-anak-jin.html

p/s: lega rasa..eventho i xda anak yg nama camtu..tp fhm aper perasaan ibu2 yg ada anak nama macam tu..kan..

Kemn Azmaili said...

@Nuyue Jannah Bt Muhammad

tu la kan..nama mencerminkan peribadi..

Kemn Azmaili said...

@fiszah_pjo

hurm sedap nama adriana tu..kita tak tau benda ni sahih ataupun tidak lagi..harap ada yg dapat menbantu pasal isu ni..

Kemn Azmaili said...

@Shu @ Mrs. Hamid

sama la dengan i..kalau panggil Hadif tak dengar, panggil akhtar, kalau tak dengar lagi jerit trus panggil muhammad!!!!! hehe

Kemn Azmaili said...

@[DnaZz]

hye!!! thank u for really good info..mmg i tau jugak pasal ni..smlm ada terbaca jugak di FB..ni yg nak buat entry balas pasal isu ni..btw thanks dear..!!!

Ainul said...

mungkin ada yg betul & mungkin tidak. nama tersebut ada maksud yg baik tp kemungkinan jin suke nama2 tu pun maybe betul.ala mcm org kena benda2 halus.kdg2 kita tak percaya sampai la terkena sendiri or org terdekat.ustaz tu ckp berdasrkan pengalaman dia.kita tak perlu la smpi tukar nama anak.itu hanya hasil kajian je.mcm kajian perangai org ikut tarikh lahir la bkn 100% betul.mungkin dr 100 org 10 org je yg terkena.Apapun kena letak nama anak & panggil nama diaorg dgn nama yg maksudnya baik.lg2 bila mak yg pggl.cth maksud nama anak "org yg kaya" 20thn sebut CONFIRM anak dia kaya..hehehehhee

♥ Elin ♥ said...

salam dear..minta share...tq.

Kemn Azmaili said...

@Ainul

betul tu dear..kita perlu percaya dengan benda-benda ghaib tapi jangan sampai taksub..yg penting rujuklah dengan pakar agama..

Kemn Azmaili said...

@♥ Elin ♥

ok silakan, dear..

Schada said...

thnx 4 ur sharing !

Irfa said...

dik..akak baru tahu psal ni.mintak izin share yer..akak letak link kat blog akak :)

deqno said...

just pendapat saya....
Ustaz tu tak suruh pun percaya...cuma itu adalah analisis pesakit2 nya....maybe dia ada analisis lain...saper yg paling byk diganggu jin lelaki ke perempuan???takkan la kalau resultnyer perempuan...korang tak nak lahirkan anak perempuan...satu lagi macam analisis merokok....kalau merokok boleh sbbkan kanser mulut, rosak hati...korang percaya gakkan...so elakkan merokok...sebab boleh membahayakan...mcm tu la jugak...
kalau ikut sejarah maybe jugak ada kaitan...contohnya nama balqis tu...mmg ratu balqis masa tu hidup di zaman jin...so....beringat je la sebelum kene...

Saper yg ada nama tu dan tak kene bersyukurlah...banyakkan amalan utk jauhkan gangguan jin....cuma yg pergi berubat dgn ustaz tu je yg bernasib kurang baik...yang takder nama tu jgn la pulak berlagak...kita bkn nampak jin tu..sesapa pun dia boleh ganggu...

rohana ana said...

i like statment them :)....

Julaina Abu Hasan said...

Salam....
Saya sbgai ibu yg mempunyai anak bernama 'Qistina' turut rasa tempias nya bila kawan kawan anak saya bertanya beliau 'kenapa nama awak Qistina? kan ke nama tu sama dgn nama anak jin...'. bila anak saya balik dari sekolah,dia akan bertanya saya
' mama... Nape letak nama saya sama dengan nama anak jin... Saya x suka la nama tu.. Tukar la nama yg lain mama.....'
Jadi jika anda sekalian di tempat saya... APA TINDAKAN ANDA.....? Patutkah saya tukar nama anak saya... Atau biarkan saja......?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...