Okay, akhirnya tercapai jugak hasrat dihati nak menonton Filem Ombak Rindu, yang diadaptasi daripada sebuah novel nukilan Fauziah Ashari. Sebenarnya, malas nak buat review pasal filem ni. Boleh katakan ramai jugak blogger yang buat review pasal ni. Pokok pangkalnya cerita yang sama, pandangan sahaja yang berbeza. Takpe, ku gagahkan juga menulis entri ini demi permintaan si suami yang telah berjaya dipujuk untuk turut sama ber"ombak" menonton filem ini..hihi..
Pandangan peribadi saya, filem ni memang memberi kesan kepada saya. Bukan memberi kesan apa, memberi kesan kepada saya untuk meng refresh kembali ingatan saya pada hasil garapan novel sang penulis. Kalau korang nak tau, novel ini lah satu-satunya novel pertama dan terakhir yang pernah habis dibaca sepanjang umur hidupku (tak termasuk la novel Sastera masa SPM dulu). Ini pun setelah dikerah oleh sahabat sekolej di UUM dulu, Cikgu Awien. Kalau tak kerana wongko Wien, memang aku takda maknanya boleh habis baca novel ni..hihi..
Secara keseluruhannya, filem ni memang boleh la diangkat sebagai Filem Terbaik untuk tahun ini (kena puji dulu baru kritik). Memang Aaron Aziz menjadi sangat bawak watak Harriz tu. Tapi (ok dah start kritik..hiihi), rasa macam tak kena Maya Karin sebagai Izzah. Maksud saya lakonan dia menjadi, tapi slank omputeh dia memang tak boleh hilang lagi, dan membuatkan saya rasa macam lakonan Lisdawati dalam KL Menjerit lagi berkesan kot. Lisa Surihani pulak saya rasa okay-okay je, sebab saya rasa Lisa ni sesuai untuk watak protagonis. Bila dia bawak watak antagonis macam ni, macam tak kena dengan muka dia yang ayu tu. Cer kalau Izara Aisyah jadi watak Mila, baru la masyukk kan..hehehe (kau Kemn macam hebat je kan nak kritik! hehe)
Adegan yang kurang sopan tu saya tak nak komen banyak, memang tak sesuai untuk tontonan Umum sebenarnya. Sebab ramai jugak parents yang bawak anak-anak kecik tengok filem ni. Tapi nak wat camne, kata adaptasi daripada novel kan..Itu dah kira sikit-sikit je diorang tunjuk, kalau korang baca novel dia lagilah banyak romantikus nyerr..hehehe
Daripada pembikinan filem, saya rasa macam kurang kemas sikit. Tak macam filem arahan Khabir Bhatia. Sinematografi memang terbaik. Kalau korang perasan masa scene Hariz try call Izzah tu, masa tu handphone Izzah dah kena rampas dengan mak Hariz yang kekwat tu..Incoming call yang keluar dalam handphone Izzah tertulis "Abang Hariz". Rasa pengarah macam terlepas pandang sebab Hariz call Izzah menggunakan telefon rumah. Kalau ye pun kan, setting la dalam handphone tu "Rumah Abang Hariz".
Kalau tanya my husband punya komen, dia kata okay (okay tu kira in the middle la). Dia frust sebenarnya sebab tak baca novel tu lagi.hehe. Dia kata jalan cerita macam cepat sangat tetiba macam senang je Hariz terima Izzah. Biasalah kan, jalan cerita dalam novel memang la lagi best kalau nak dibandingkan dengan garapan filem. Kalau tanya peminat novel Harry Potter pun akan cakap benda yang sama.
Begitu juga komen yang diterima daripada penulis novel sendiri. Tentulah dia tak puas hati tengok filem hasil tulisan beliau. Tambahan lagi, beliau tidak dipanggil untuk bersama-sama mengikuti pembikinan filem tersebut. Atleast la sebagai penasihat pun dah mencukupi.
Okay secara keseluruhannya..Filem Ombak Rindu okaylaaa...penat jugak tekak ni menahan sebak air mata jatuh bercucuran. hihi
Untuk tatapan suami. Ini la novel nya, nantila kita cari kat Perpustakaan Awam. Ada lagi ke gamaknye kat kedai buku ek? |
Lirik Lagu Ombak Rindu–Hafiz/Adira
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku
Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku
p/s: lama dah tak review filem, last review time buat assignment Bahasa Melayu kat UUM..hihi
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment