Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, December 21, 2011

Sekarang dah pandai ....

Salam,

Dah cecah 10 bulan ni macam-macam "pe el" baru anakku yang sorang ni..Jangan tak tau sekarang dah pandai merajuk! Kalau datang "buah" merajuk dia tu, mulalah menonggeng ke lantai. Yang tak tahannya tu amik kesempatan pulak siap jilat-jilat lantai. Itu kalau merajuk duk atas lantai, kalau duk atas carpet pun sama. Dengan carpet-carpet pun dia jilat. Aiseyyy..budak bertuah ni..


Sekarang pun dah pandai turun katil sendiri. Kalau sebelum ni, dia belasah redah je turun katil. Itu yang tergolek-golek berlipat badan..Sekarang dah pandai bajet ketinggian. Bila nak turun nak katil tu, dia akan usha dulu tinggi ke tak, dia akan cuba tundukkan badan dia dulu. Then kalau dia rasa macam tak cecah badan je, terus dia pusingkan badan dia and hulurkan kaki ke bawah. Brilliant you, Hadif! Ada satu hari tu, dia lupa kot dia tak stabil nak berdiri sendiri lagi. So dari atas katil tu terus laju dia meluncur nak turun, haaa sekali hamekk ko terus tergolek..hihihi..ummi gelakkan je awak Hadif..Bangun la sendiri ye!! (bukan apa kalau kita gelak, dia tak jadi nak merengek, dengan dia sekali lah gelak)



Budak merajuk tak dapek umpan (biskut)

4 yang mengekspresikan diri:

aThidEaN said...

oloh comel sgt budak ni.
tgk gmbr td ingt tgh sujud nak solat

Shu @ Mrs. Hamid said...

macam2 la hadif ni.
Apapun Kemn, just enjoy this momment sebab nanti kita akan merindui saat2 ini.

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

hohoho..itulah dah macam sujud nak solat je..hehe

Kemn Azmaili said...

@Shu @ Mrs. Hamid

betul tu shu..mesti rindu moment macam ni dengan dia..nanti nak suruh dia baca blog ummi dia biar dia tau "baik" mana dia kecik-kecik dulu..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...