Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, December 14, 2011

Wishlist 2012??

Salam to all my lovely readers!

Agak jarang mengupdate entri baru di laman X-presi ni. Biasala kan, nak dekat-dekat penutup tahun ni macam-macam benda ad hoc yang kena buat kat ofis ni. So, tahun 2012 bakal tiba tak lama lagi. Apa lah agaknya yang dihajati oleh tuan empunya belog ye?


Tahun 2012 sebenarnya tak panjang sangat list macam tahun-tahun sebelum ni. Kalau sebelum ni, sibuk nak beli kereta, nak kawin, nak ada anak, nak beli rumah, nak itu, nak ini..haish macam-macam nak la...So, tahun 2012 ni saya kira macam tindakan susulan je la yang perlu dibuat.

Kereta. Kalau sebut pasal kereta ni, sensitif sikit la. Orang kata, jangan sesekali cakap ko nak jual kereta, nanti dia merajuk, payah la rosak nak kena ulang alik anta ke pomen.hehe..Oh tidak..tidak sama sekali saya nak jual kereta hasil titik peluh pertama tu ye. Walaupun bukan la kereta idaman (haipp jangan cakap lebih..kangg jadik kangg...), saya tetap bersyukur dengan apa yang saya perolehi. Cuma rasa macam nak kasi touch up sikit. Ingat macam nak tukar sportrim and leather seat je. Ha, lagi satu nak beli alas kaki yang baru kaler biru.boleh gitu? hehe

Kawin. Eh, bukan nak kawin tambah sorang lagi ye. Sorang madu pun mintak la simpangggg!! Bab kawin ni, apa yang saya harapkan semoga pada tahun 2012 ini, ikatan perkahwinan kami semakin utuh dan diberkati Allah dan saling perbaiki kesilapan dan kekhilafan suami isteri. Niat nak jadi isteri yang lebih baik dari tahun sebelum ini dan dapat menerima kelemahan diri serta berusaha untuk perbaikinya. Saya akui, hidup berumahtangga ini sangat indah tetapi di dalam keindahan yang kita rasai ini perlu juga kita sentiasa muhasabah diri. Banyak lagi ilmu yang perlu digali untuk perkukuhkan ikatan perkahwinan yang baru hampir 2 tahun ini.

Anak. Alhamdulillah, syukur sangat dengan kehadiran putera hati yang sangat lasak tu. Setakat ini, terus terang saya katakan tidak ada perancangan untuk menambah cahaya mata lagi. Berikutan daripada keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan, kami suami isteri bersepakat untuk memberi peluang kepada Hadif untuk puas bermanja dengan kami. Lagipun, kemungkinan besar tahun depan saya perlu mengikuti kursus 6 bulan. Nak tinggal anak yang sorang seminggu pun dah meraung bagai, ini kan pulak nak tambah lagi sorang..Huargghhhh..tak bleh imejin dan taknak imejin..(Kita hanya merancang, Tuhan yang tentukan..kalau ada rezeki, saya terima dengan tangan terbuka..)

Rumah. Syukur alhamdulillah juga. Impian yang selama ini diidamkan akhirnya telah direalisasikan. Kalau orang lain pasang impian nak rumah banglo besau ada maid, swimming pool, bilik tidur 10..saya memang dari dulu lagi tak pernah impikan sesuatu yang bombastic macam tu (impian pun kena setimpal dengan kemampuan..hehe). Untuk tahun depan, hanya fikir nak menghias rumah, ada mini lanskap, petang-petang minum kat tepi balkoni sambil tengok Hadif main kejar-kejar dengan daddy (larat ke daddy tu?). Idea nak menghias rumah sedang dalam proses pengumpulan ilham..hehe..ilham ni kadang-kadang datang macam tak logik, ishh..nak menghias ni kalau petik jari keluar sedebuk duit boleh la kan..ini nak kena fikir idea menghias bersesuaian lah dengan ongkos yang ada..hehehe


Untuk pertambahan wishlist 2012, ada 2 perkara penting yang wajib dicapai!!


Nak kembali selimmm..Ye, saya mahu kurus!! Betul la orang cakap. Bila kita kurus dulu sibuk la nak menggemokkan diri..bila dah gemok, naik sikit badan dah sibuk nak kurus balik. Ish, menyesal sungguh tak dengar cakap kawan-kawan dulu..hihi..Tapi sebenarnya bila dah ada anak ni, seyes memang kita boleh kurus dengan naturalnya (tak perlu pakai PB..hehe)..Tambah lagi kalau kita duk kat rumah takda sesiapa tolong, semua benda buat sendiri..konpemm memang boleh susut badan tu. Tahun depan Hadif dah setahun, so dia makin lasak, kebarangkalian untuk badan menyusut juga adalah tinggi. Jadi jangan lah nak harapkan kelasakkan anak je Kemn, awak sendiri pun kena usaha ye!


Nak kulit muka flawless gitu. Sekarang ni bila menanguk depan cermin memang akan ambil masa yang agak lama lah. Husband selalu sound kalau bersiap kemain lambat lagi. Tu belum citer nak lilit sana lilit sini...hehehe..Sekarang dalam kepala ni duk berlegar-legar nak beli SKII orsatu lagi produk dari France ni, EVERLYNN. Saya ni bukan nak demand sangat bab-bab pilih skincare ni. Bukan tak pernah cuba local product, banyak dah saya cuba tapi hasilnya gagal. Kalau tak ada pape effect, ada side effect! Tensen gak la. So setakat ni masih setia menggunakan Bio Essence dan tahun depan cuba nak beralih arah kepada salah satu skincare product yang saya sebut kat atas tu. Ada sesiapa boleh share tak?Kalau ada, meh bagitau saya meh..


Setakat ni jela wishlist saya untuk tahun 2012. Korang pulak macam mana ye?

5 yang mengekspresikan diri:

Nur Raihana Abd Rahim said...

kemn,try la SKII.saya try 4 hari yg facial treatment tu,dah nampak perubahan.cuba je.mesti jatuh cinta dengan SKII..:)


moga tercapai semua wishlist tu :p

aziyana said...

semoga impian jadi nyata :)
baba hias rumah tu yg paling menarik minat, nnt ksik up kt entry ye

Kemn Azmaili said...

@Nur Raihana Abd Rahim

okay ke SK II..kalau ok mmg nak try..tp mmg ramai yg pakai cakap ok..ni yg teruja ni..thanks dear!

Kemn Azmaili said...

@aziyana

mmg best hias rumah kan..okay no problem, kalau dah masuk rumah nnt..kita share dengan uols! =)

Nur Raihana Abd Rahim said...

ok..try la..my opismate pun lps tgk perubahan kat wajah saya, dia pun try.3 hari pakai muka dia nampak cerah,kulit lebih sekata.apa lagi gi la beli sekarang!hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...