Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, January 17, 2012

Hadif dah ada akaun ASB!!!

Salam to all,

Dah lama tak story mory pasal budak bertuah ni kan..Now, he is 11 months old already..Cepat sangat masa berlalu dah nak setahun anak ummi ni..Tak payah nak cerita la pasal kelasakannya sekarang, setiap hari ada je benda baru yang dia explore..

Entri hari ini saya nak berkongsi kepada anda semua mengenai Amanah Saham Bumiputera ataupun singkatannya ASB. Saya pasti boleh dikatakan majoriti daripada kita telahpun mempunyai Akaun ASB ini kan? 

Kalau diikutkan, sebelum ini kanak-kanak hanya layak memegang Akaun Amanah Saham Didik (ASD) sahaja. Disebabkan ASD telah mula dibekukan sejak tahun 2009, mereka telah membuka peluang untuk kita membuka akaun kanak-kanak melalui ASB, dengan syarat maksimum pelaburan sejumlah RM10,000 sahaja. 

Pandangan saya, tak kisah la berapa pun maksimum tu. Yang penting kita perlu bijak melabur untuk masa depan anak kita. Betul tak?

So, untuk para-para ibu dan ayah yang berminat untuk membuka akaun ASB untuk anak-anak, hanya syarat yang mudah. Bawa SIJIL KELAHIRAN (asal dan salinan) serta SALINAN KAD PENGENALAN PENJAGA serta minimum RM10.00, anak anda sudah layak memiliki akaun ASB ini.

Cepat-cepat daftar ye, bukan apa..mana la tau satu hari nanti dibekukan pulak ASB ni..

Akaun remaja? remaja dah anak aku ni...hihi

Selain daripada ASB, Hadif telah saya daftarkan SSPN, Bank Rakyat dan Tabung Haji. Korang boleh share kat mana lagi nak melabur untuk masa depan anak-anak?

7 yang mengekspresikan diri:

Parin's wife said...

selain ASB dan tabung haji,anak saya dua org tu saya amik insurans dgn BSN prudential..saving sekali dgn education saving.yg ni umur 18 baru boleh bwk kuar.yg utk cover insurans tu ada medical card sekali.tu je la buat ms ni saya melabur untuk anak..dua org, bajet pun tinggi.hehe

Kemn Azmaili said...

hye dear,

insurans pun dah amik untuk Hadif..sama lah kita, i amik BSN prudential jugak..yup, ada medical card sekali kan..senang.. =)

Parin's wife said...

haah kemn,sng ada medical card in case hospital gomen menyakitkan hati..hehhehe

Unknown said...

hi dear, cantik header awak ^_^
setuju sgt wat pelaburan utk anak sementara masih mampu ni kan..

hadiff is so bless to have u as her mom..

*salam dari adlina putrajaya*

PopScarf said...

@Adlina Husaini

thanks dear..header tu simple je kite buat..hehe

betul, perlu melabur demi masa depan anak-anak kan..

thanks again dear.. =D

Mr Thx said...

Boleh beli 1kg silver atau 100g emas utk anak. Bila anak nak masuk U, boleh jual silver/emas utk tampung belanja.

Kemn Azmaili said...

@Mr Thx

thank u for the info..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...