Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, May 6, 2011

Hadif join Kelab Nuri!!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah pepatah Melayu yang bersesuaian dengan amalan menabung. Saya dan husband decide nak buka akaun Hadif selepas terima duit sedekah daripada insan-insan yang melawat Hadif masa seminggu Hadif di Putrajaya sebelum pulang berpantang di Kuantan. Tapi, timbul kemusykilan jugak la time nak buka akaun Hadif ni. Kami tak tau bank mana yang nak dipilih..Dah alang-alang saya pergi ke Bank Rakyat untuk buka akuan Tabung Haji, saya dan husband decide untuk buka akaun Hadif di Bank Rakyat. SAYA MESTI PILIH!!! hehe


Rupa-rupanya, Bank Rakyat ni ada KELAB NURI untuk akaun simpanan kanak-kanak!! Kami tak tau punggg!! Yang best nye, bila dah ada kelab ni of course la banyak dapat hadiah kan!! Time buka akaun tu, Hadif dapat ni,..
key chain Kelab Nuri..SAYA MESTI PILIH!!!

Lunch Box - ada bekas minuman dan makanan
Lepas kenduri Aqiqah di Kuantan tu, alhamdulillah rezeki Hadif dipermurahkan lagi,..So, saya cepat-cepat pergi Bank Rakyat cawangan Kuantan sebab nak bank in duit sedekah tu plus excited nak dapat hadiah.!!hehe.. Sebelum ni saya dah pergi Bank Rakyat cawangan Kuantan ni untuk beli saham. Dalam pada tu, sempatlah saya cuci mata tengok hadiah-hadiah yang diorang pamerkan untuk ahli Kelab Nuri. Hurm..Macam lagi banyak je hadiah kat sini berbanding di cawangan Putrajaya.??

Kalau korang nak tau, syaratnya senang je kalau nak dapat hadiah Kelab Nuri ni. Kena masukkan duit guna buku dan ke kaunter ye, kalau pakai CDM je, alamatnye melepass..


Bila sampai ke kaunter nak masukkan duit Hadif tu pegawai bank tu tanya, "Puan, anak berapa tahun ye?". Saya jawab sambil tersenyum, "Anak saya baru 2 bulan..kenapa ye?"..Dia jawab balik,"Alahaiii..keciknye ahli baru Kelab Nuri ni..apa yg saya nak bagi pada anak puan ni,,nak bagi pencil case kang tak sesuai pulak..Takpe-takpe, saya bagi inilah...."

Tabung puzzle, set berus gigi dan kaca mata hitam
wah..wah..saya senyum sampai ke telinga..hehe..hadiah yang paling febret yang Hadif dapat dari Kelab Nuri ialah KACA MATA HITAM!!..Tak sabar nak tunggu Hadif besar skit, nak gayekan dengan spek mate hitam tuh..hehe..


p/s: To all mommies out there yang tengah pening nak buka akaun anak, Bank Rakyat pilihan yang tepat untuk anak anda!!! Tak semua bank ye ada kelab melab macam ni..Saya promote ni tak berbayar ye..Saya kan orang 'gomen'..mesti lah support 'gomen'..hehe..SAYA MESTI PILEYYHH!!!

~end~

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...