Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, May 28, 2013

Playroom Hadif yang dah bertukar wajah

Salam,

Cuti weekend hari tu menghabiskan masa operasi housekeeping di rumah. Dah lama sangat rasanya tak operasi time weekend ni. Biasanya hujung minggu memang padat dengan macam-macam program yang diatur oleh Mr. Planner saye tu. Banyak benda tertangguh nak dibuat yang dari hari ke hari duk berlingkar dalam kepala saya ni.

So, weekend hari tu makanya tercapai lah hajat nak buat salah satu benda yang dah lama tergendala 6 bulan. Sebelum pegi kursus hari tu saya ada update ENTRI INI kan. Banyak respon pasal isu letak katil menghadap pintu ni saya terima. Dan saya ambil positif dengan semua teguran tu, terima kasih sekali lagi ye. 

Memang dah lama nak alihkan kedudukan katil hadif ni, dan akhirnya berjaya juga!!

SEBELUM


SELEPAS


Agak selesa juga bila kedudukan katil berdekatan dengan tingkap ni. So, saya dah ada plan dinding di kepala katil tu saya nak letak wallpaper. Hadif pun ada kawasan yang agak lapang untuk dia sepahkan lego, bola dan sewaktu dengannya di ruangan hadapan pintu ni. Hadif dah nak masuk 2 tahun 4 bulan, rasanya sangat sesuai kalau saya belikan meja dan kerusi untuk dia, kan..Selesa sikit dia nak menulis, mewarna or susun-susun lego dia tu.


Frame gambar tu ingat saya nak alihkan letak kat lain, sangat tak sesuai kalau letak atas wardrobe tu. Nanti bila dah susun mainan dia kat atas tu, dah menghalang gambar tu. Hadif suka sangat frame tu tau. Tiap kali dia main dalam bilik, nanti dia akan mintak kita recall sama-sama setiap moment yang ada dalam gambar tu. Tak sia-sia projek DIY ummi tengah memalam buta tu tau..hehehe


Ni sebahagian daripada koleksi mainan Hadif. Ummi Hadif ni spesies sakit mata kalau nampak barang yang boleh dilihat. Sebab tu memang suka sangat benda yang bertutup. Kurang sikit sakit mata ummi. Saya kurang gemar bab-bab melabel-label barang ni sebab nampak gomen sangat tau. Biarlah 5s kat ofis je..kat rumah ni saya lagi suka nampak asli.hehhe... Kalau nak tau, dalam 4 kotak/bekas tu, 3 daripadanya semuanya bola tau. Atas sekali je mainan lego dia. Yang kedua atas tu, small ball, then dalam Wagon Bus tu koleksi bowling dia..macam-macam set bowling dalam tu. Then yang last tu for medium ball. Hadif memang tak banyak mainan lain selain daripada BALLLLLLLL...

Ni ada sikit ruangan untuk dia training shoot basket ball. Aih..pendek kata playroom dia ni memang serba serbi dengan ball..Kalau time dia tengah sepahkan semua barang tu, memang ball je la yang merata-rata dalam bilik ni..

Inilah serba sedikit yang boleh saya kongsikan mengenai playoroom Hadif. Actually project dekorias bilik hadif ni tak siap sepenuhnya lagi. Saya plan playroom ni saya nak combine dengan yellow color. Biar nampak highlight sikit dengan kaler kuning ni. Tapi biru tetap dominan tau...hehehe..

Tunggu playroom hadif siap ye! Stay tuned...


12 yang mengekspresikan diri:

Aty_Fared said...

saye suke warna langsir..:)

ANAK MAMA SAYANG said...

Cantik karpet....suke...

Fizah said...

Wahh pusing kok mana pun tatap nmpk cun!

KArpet cantek..wardrobe cun..cadar osem..langsir speechless wonderful!! Woww!!

TAk sabar nunggu after da campor kaler kuning...apa agaknya rupa bilik ni nti...saspennn...yeahhhh ;)

Mrs Hafidz'joo'Din said...

Waa..canteknye bilik hadiff..dia memang dah tido sorang ke..bagusnya..tang bola tu sama!! hehe

Kemn Azmaili said...

@Aty_Fared

thank u dear..langsir tu simple stripes je. yang tengah tu i terbalikkan je kain yang sama..

Kemn Azmaili said...

@ANAK MAMA SAYANG

karpet ni material dia macam tikar guni..kurang berhabuk..i beli kat jakel carpet shah alam.. ;)

Kemn Azmaili said...

@Fizah

thank u fizah..sume ni biasa je..yang penting bijak membeli, bijak berbelanja..kannn..

Kemn Azmaili said...

@Mrs Hafidz'joo'Din

bilik hadif ni cinonet je didi..cuma siling je paling tinggi dalam rumah ni..hehe..hadif still tido dalam bilik kitorang tapi dia memang tidur sorang kat bawah.. insyallah 4 tahun nnt nak try ajar dia tido bilik sendiri..

~ NANA ~ said...

cantiknyaaaa! tak sabar nk deco2 bilik ayish jugak...hehe

UMIE SUE said...

kalau ade rezki nak bilik anak dara saya warna pinkkkkkkkkkk je..hehhe


JOM TEMPAH HEADER BLOG DENGAN SAYA
JUST RM5 DAN RM3 SAHAJA

NI LINK BLOG SUE
http://suesukasusun.blogspot.com/2013/05/header-murah-rm3-dan-rm5-sahajacepat.html

norly a.k.a mamaDZ said...

salam. nak tnya, mana beli box yg bergamba wagon bus etc. tu? pls share, tq

Suffiah zee said...

nice...sukerrrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...