Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, May 10, 2013

Pengalaman sendiri bermimpi hari kiamat. Subhanallah!

Salam Jumaat semua, 

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari kan. Sebelum aku nak teruskan dengan misi menghapdet entri DPA, hari ni aku nak share dengan korang mengenai mimpi yang aku sendiri alami malam semalam.

Harap ambil iktibar melalui cerita ini walaupun ianya hanya satu mimpi.

Malam tadi macam biasalah aku tidurkn hadif dengan alunan bacaan alfatihah, 3 qul, ayat kursi. Tak sangka pulak boleh terlelap skali dgn hadif. Penat sangat minggu ni aku dah start balik lambat, kerja terlalu banyak di ofis baru ni.

Ceritanya ialah tidur aku telah didatangani satu mimpi. Mimpi yg tak pernah aku jangkakan bahawasanya mungkin mimpi ini Allah sengaja datangkan untuk menyampaikan mesej tertentu pada aku.

Mimpi tu adalah mimpi petanda dunia sebelum kiamat. Dalam mimpi tu aku lihat sendiri bagaimana bumi menelan satu persatu manusia yg ada atas muka bumi ini. Ada macam-macam jenis reaksi manusia.
Ada yg redha dgn apa yg sedang berlaku, ada yang lari, dan paling sedih bila ada lagi yang masih sibuk dengan duniawi iaitu bekerja. Aku jugak tgk sendiri dalam mimpi tu betapa dahsyatnya tsunami menelan manusia. 

Setiap manusia dalam mimpi tu akan ditelan bumi dan diri aku sendiri pun tak terlepas dari azab tu. Nauzubillah...takut sangat bila kaki kiri aku dah terbenam dan aku hanya redha menunggu untuk kaki kanan terbenam bersama. 

Tapi belum sempat kaki kanan ditelan bumi, Allah mengejutkanku dari tidur. Barangkali Allah memberi peluang lagi untuk bernafas dan memperbaiki diri untuk bersedia ke arah itu. 

Aku bangun dalam keadaan yg sangat takut dan macam-macam perasaan yg aku rasa. Terus bangkit dari tidur lebih kurang jam 12.30 malam tadi dan masuk ke dalam bilik air ambil wuduk sebab belum solat isyak akibat terlelap tadi. Sambil mengambil wudhuk, aku nangis teresak-esak mengingatkan kembali betapa dahsyat nya kebesaran Allah. Aku menangis dan  sujud pada Allah mohon keampunan atas segala dosa yg aku buat selama 27 thn hidup di muka bumi ini. 

Then selesai je solat aku berlari kejutkan husband menceritakan mimpi ni pada dia. Aku cium tangan dia mohon kemaafan atas dosa-dosa yang aku lakukan sama ada secara terang atau pun tidak.

Perkara pertama yg aku teringat ialah aku sering lengah-lengahkan solat. Nak-nak bila duduk di ofis yg sangat sibuk ni. Di rumah pun bila husband tegur, adalah alasan yg aku ni. Berdosa pada suami satu, pada Allah dah tentulah kan.

Aku harap cerita ni kita dapat sama-sama amik iktibar ye. Mungkin ada sebab kenapa aku boleh diberi peluang untuk bermimpi seperti ini. Kita sama-sama muhasabah diri. Saat ini aku masih lagi tak boleh lupa apa yg berlaku dalam  mimpi tadi. Ini baru tuhan bagi rasa azab sebelum kiamat. Mcm mana pula persediaan kita untuk hari kiamat. Serious aku takut sangat. 

Wallahualam.

Muhasabah Diri

2 yang mengekspresikan diri:

mama leen said...

betul la.. kita ni selalu lengahkan solat.. tp benda tu yg paling penting.. takutnya

Mrs Hafidz'joo'Din said...

Aku pernah mimpi lebih kurang sama..Masa tu aku belum solat asar sebab nk tido dulu kononya..aku mimpi tiba2 langit jadi merah..aku cpt2 amek wuduk n nk solat..tp api perlahan2 merayap kat kaki aku..masa tu dah tk kusyuk dah smyg..bapok insaf giler =(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...