Assalamualaikum semua,
Seperti yang kita sedia maklum, negara kita hari ini selagi lagi diuji dengan bencana banjir dan kali ini boleh dikatakan paling kritikal yang pernah di alami oleh saudara mara kita di beberapa buah negeri yang terlibat iaitu di negeri Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu), Perak, Perlis dan juga Johor.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bagi yang mengalami sendiri bencana ini. Saya dan keluarga pernah melalui saat-saat getir semasa bencana banjir di Pahang 10 tahun lalu, dan merasai kepayahan untuk melalui situasi ini walaupun rumah kami tidaklah terjejas teruk.
Kali ini, media sosial menceritakan segalanya. Berbanding media arus perdana yang kita sedia maklum mempunyai kekangan untuk membuat liputan memandangkan cuaca yang sangat buruk dan keadaan kawasan yang terlibat terjejas teruk. Banyak gambar-gambar yang dimuat naik cukup menyentuh perasaan kita dan apa yang kita mampu lakukan hanya terus berdoa agar ia kembali pulih seperti sedia kala.
Dalam ratusan NGO dan badan-badan kerajaan sedang bertungkus lumus memastikan bantuan diterima kepada mangsa-mangsa banjir, kita juga dihidangkan dengan berita-berita negatif daripada CYBER NINJA yang tak kurang melampiaskan kemarahan dan kependekan akal di media sosial. Malas sebenarnya nak komen panjang bab ni, tapi kita cuba lah amik positif bahwa mereka ini juga insan yang cukup prihatin secara virtually pun boleh.
Tahun lepas saya pernah berkongsi mengenai Misi Bantuan PASCA Banjir yang telah dijalankan atas inisiatif kami yang berada dan berkerja di sekitar Putrajaya. Boleh baca YANG NI DULU, then baru baca YANG NI.
Berikutan daripada misi sebelum ini, kami sekali lagi bergabung tenaga untuk meneruskan misi yang sama pada tahun ini. Kalau dulu kami ke Pekan, Pahang..insyallah misi kali ini akan ke negeri Kelantan memandangkan negeri ini paling teruk terjejas.
Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan sumbangan, kami mengalu-alukan sumbangan korang semua dan beberapa cadangan barang yang ingin disumbangkan adalah seperti dibawah:
1) Kelengkapan ke sekolah (pakaian sekolah, kasut, stokin, alat tulis, beg sekolah)
2) Pampers
3) Susu formula
4) Botol Susu
5) Peralatan mencuci pakaian dan rumah (sabun serbuk, detergen, berus, penyapu)
6) Kelengkapan solat (telekung, kain pelikat, sejadah)
7) Pakaian (tshirt, seluar, baju kurung, tudung)
8) Toiletteries
9) Ubatan
10) Plastik sampah
11) Kasut / Selipar
12) Selimut/bantal/toto
Misi kami menfokuskan kepada bantuan selepas banjir. Kemungkinan juga kami akan turut membantu mencuci kawasan dan rumah kediaman yang telah terjejas.
Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Putrajaya/Nilai/Salak Tinggi/Banting/Dengkil yang ingin memberikan sumbangan, korang boleh whatsapp saya 012-2243815 ok! Weekdays saya akan collect barang di sekitar Putrajaya, weekend maybe boleh collect disekitar Salak Tinggi dan Nilai.
Sumbangan anda amat dialu-alukan. Team kami bergerak sendiri dan tidak bersandarkan mana-mana label atau entiti. Insyallah amanah yang korang bagi ni akan sampai kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, tak kira lah kawasan mana. Tiada karenah birokrasi dan campurtangan politik.
Doakan semoga misi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan ye!
2 yang mengekspresikan diri:
Alhamdulillah rakyat Mlaysia prihatin kan..kita tolong la ape yang termampu..
Saluran Bantuan melalui SMS
kita hulurkan bantuan kepada mereka yg memerlukan & berhajat. semoga hajat baik kita juga dipermudahkan. semalam tempat sy juga mengumpul keperluan yg berkaitan.
Post a Comment