Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, December 31, 2014

Update : Misi Pasca Banjir kali ini kemungkinan akan ke 2 buah negeri


Alhamdulillah, syukur..sumbangan makin hari makin bertambah. Bilik gerakan kami di KPKT pun dipenuhi dengan pelbagai jenis sumbangan daripada anda diluar sana yang cukup-cukup prihatin dan pemurah. Sehingga hari ini wang terkumpul telah mencecah RM5,000 lebih. Dijangkakan minggu hadapan kutipan wang dan sumbangan barangan akan bertambah meningkat. Hari ini, dah mula yang sumbangkan kelengkapan dapur macam pinggan mangkuk, cawan, jug dan lain-lain lagi. Alhamdulillah syukur sangat...

Syukur Ya Allah. Betapa besar dan kaya nya rezeki yang Kau limpahkan, dan rezeki ini dikongsikan pula bersama-sama mereka yang amat-amat memerlukan. Anda di luar sana lah pemangkin kepada misi ini dan kami hanya mampu menadahkan doa agar anda dipermurahkan rezeki diatas segala amalan yang sangat mulia ini. 

Hasil perbincangan bersama team semalam, ada cadangan yang mengesyorkan untuk sekali lagi turun menjalankan misi ini di negeri Pahang. Kemungkinan kali ini kami memerlukan sukarelawan yang agak ramai memandangkan misi ini menfokuskan kepada aktiviti pembersihan kawasan dan mencuci rumah kediaman dan fasiliti-fasiliti tetentu seperti masjid/surau. Bagi misi di Kelantan, kami akan turun kesana untuk tujuan pengagihan sumbangan dan barang keperluan mengikut bilangan keluarga di beberapa buah kampung.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi wakil-wakil team seperti yang tertera di poster.

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen.


0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...