Pejam celik pejam celik Abang dah nak masuk 6 tahun bulan Februari ni. Sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah syukur. Tahun ini juga tahun ke-3 Abang bersama Little Caliphs. Setakat hari ini, ummi teramat sangat berpuas hati dengan perkembangan dan pembelajaran Abang di Little Caliphs. Tahun lepas adalah penentu untuk Abang menduduki kelas biasa atau dipilih ke Kelas Pra-Tahfiz. Berbekalkan semangat ketekunan Abang di dalam kelas, alhamdulillah abang mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan secara tidak langsung telah dipilih ke kelas Pra-Tahfiz.
Kelas Pra-Tahfiz ini lebih menfokuskan silibus yang lebih kurang sama dengan silibus Darjah 1. Ia juga lebih menekankan kepada subjek Sains dan juga hubungkaitnya dengan Islam. So far, aku berpuas hati dengan modul-modul program LC ni. Walaupun bahasa pengantaranya tidak terlalu menekankan kepada Bahasa Inggeris seperti montessari lain seperti CIC, Genius Aulad, Brainy Bunch dan etc...aku tak kisah sangat pun sebab benda yang paling aku kisah adalah SOLAT.
Bukan mudah kita nak mendidik anak untuk Solat. Sedangkan kita yang dah makin meningkat usia ni pun masih terkial-kial nak solat, apatah lagi anak-anak kecil kan. Paling kita takut, bila masa kita lebih banyak habis di pejabat. Untuk ibu yang berkerja makan gaji macam aku la. Kalau yang surirumah atau WAHM tu, insyallah masih boleh curik-curik masa nak selit mengajar anak-anak.
Aku sangat-sangat percaya bahawa SOLAT itu adalah punca segala macam tindak tanduk kita. Sebab tu masa memula aku nak hantar Abang ke LC masa umur dia 4 tahun tu, aku memang bersungguh nak yakinkan suami dan empunya diri tu. Sebab apa? Sebab sangat teruja bila dalam iklan kat bunting tu tulis "Anak-anak pandai solat seawal umur 4 tahun".
Dulu aku pernah share dengan korang kan dari dulu lagi aku subscribe email kak Lina Karim. Siapa Lina Karim ni? Beliau adalah Pengasas Islamic Parenting Network. Korang google pun mesti akan muncul nya info pasal beliau.
Dalam beberapa artikel kak Lina ada disebut bahawa asas pembelajaran kanak-kanak perlu dimulai dengan mengenal Allah dan Al-Quran. Kalau anak-anak sudah diterap dengan awal ilmu Quran, insyallah ilmu-ilmu lain seperti membaca, mengeja, mengira tu akan dipermudahkan. So, jangan korang panik kalau anak korang lambat membaca dan sebagainya. Mulakan dengan kenalkan dengan kalam Allah, insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar.
Banyak juga tips yang dikongsi Kak Lina aku cuba pada Abang. Betul..Memang betul berjaya, dan dengan izin Allah juga. Korang bayangkan lah baru 2 minggu Abang berada di LC, dia dah mampu membaca semua bacaan dalam solat, berserta tertibnya. Ibu mana yang tidak menangis gembira kan? Alhamdulillah KPI ummi berjaya nak abang pandai solat seawal umur 4 tahun.
Bila masuk 5 tahun, penekanan lebih serius sikit dengan hafazan surah-surah yang terkandung di dalam Juz 30, Juz Amma. Aku jadikan rutin setiap malam sebelum tidur untuk dia hafazan dan cuba baca surah baru yang dipelajari.
Sekarang dah nak masuk 6 tahun. Abang dah makin matang. Dah lebih berdikari. Kalau suruh solat, dah boleh solat sendiri. Tak perlu nak kena pantau macam umur 4 5 tahun lepas. Cuma kadang-kadang aku spot check gak time tengah solat tu. Sebab kadang tu baru je aku suruh pi solat, tibe tak sampai seminit dah siap. Bahahha..mengelat oi!
Bila kantoi macam tu aku selalu la ingat kan dia, "Abang ni kena bersyukur tau..kenapa abang solat laju-laju..kenapa tak baca betul-betul..orang lain umur 30 tahun pun nak solat tapi ada yang tak tahu nak baca apa..abang semua dah tahu tapi abang ngelat..tak boleh macam tu..Ummi tak nampak, tapi abang kena ingat Allah nampak apa yang abang buat". Ok, insap la kejap dia kan. Hahaha
Pada aku benda ni biasa. Anak-anak ni kena sentiasa diingatkan berulang kali. Nak-nak anak lelaki. Memang kena cakap sampai kita sendiri pun boleh jadi bosan dan penat nak ulang. Tapi itu lah lumrah kehidupan kan. Tiada yang sempurna melainkan kita melengkapi antara satu sama lain.
Untuk tahun ni, kitorang decide untuk masukkan abang join team Akademi Bola Sepak. FIREBALL FOOTBALL CLUB namanya. Abang terpaling eksaited sangat nye punnnn. Masa nak tunggu hari kejadian nak daftar dia tu, seminggu sebelum tu dia dah countdown sampai tak berapa lena lah nak tido. hahaha. serius..memang letih nak dengor dia countdown.
Abang adalah the one and only player yang umur 6 tahun. Yang lain tu sume abang-abang sangat. Paling ramai budak umur 10-12 tahun. Masa first time tengok abang bergaul tu, aku menangiss wehhhh.. Ya Allah rasa macam mana tah, konfius aku ni happy ke sedih. Husband aku pulak yang nak kena tenangkan aku. Hilang konsentrasi dia nak tengok abang training. Aku usha dari jauh je. Tak buleh weyy nak tengok dekat2 nape tah aku drama sangat time tu.
Perasaan aku bercampur baur sebenarnya. Entah boleh ke dia mingle dengan abang-abang tu. Dah besor anak aku. Training tu pulak memang serius macam tengok dalam tv tu. Pandai ke anak aku ni? Hadoii berkecamuk jiwa tahuu..teruk betul emosi aku time tu hahahhaha
Bila dah habis training, ada sorang abang indian boy ni datang. Dia terus cakap, "Adik ni sepak padu..tadi dia score 2 gol!..hebat adik ni kecik lagi pun pandai shoot bola..".
Ko waserr apa aku buat? Huwaaaaa....masuk keta nangis sensorang lagi..hahahahha..bongok betui rasa diri sendiri hahaha..kejap je la aku nangis. Pastu kuar terus buat muka macho. Sambil gosok-gosok kepala abang dan melambung-lambung memuji abang. Hahaha
Tak sangka sebenarnya anak kita dah besar. Guane lah gaya kalo nanti anak kita nak kawin kan? Kalau dah pegi main bola pun dah bengkak hati macam ni..camne lah nanti nak duk asrama? duk universiti? duk obersi? huwawawaaaaa... nangis lagikkk
Kita yang mencorak kan hidup anak kita. Biar ikut acuan yang kita nak. Sifir aku mudah. Kalau anak kita pandai jaga solat..insyallah dia pandai jaga hubungan dengan manusia..aku macam tak berapa obses sangat nak anak aku boleh speaking berabuk macam anak-anak orang lain. Sebab pada aku benda tu semua datang kemudian. Apa yang penting adalah makanan jiwa dan rohani kita sebagai muslim. Al-Quran, Solat, Amal Jariah dan macam-macam lagi yang boleh kita terapkan.
Insyallah semoga anak-anak kita dapat membesar dengan menjadi anak yang soleh!
Love you, abang!
Abang dan teacher kesayangan, Teacher Hamiza. Now teacher dah tukar kerja ke Melaka..
Masa pakai kasut ni pun aku dah sebak. Emosi tak berkesudahan mak ko ni..bahahahaAbang dan teacher kesayangan, Teacher Hamiza. Now teacher dah tukar kerja ke Melaka..
Belum start training pun abang dah ada fan tau..adik over tau!
Nak letak nama kat jersey ni pun isu gak. Coach kata ada sorang lagi nama hadif. So coach suh letak nama Akhtar. Sesungguh hati tak nakkkk..malu katenye? ko ghaser? Malu ok dengan nama sendiri. Sedap kot ummi kasi nama ni tawww..
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment