Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, February 3, 2017

KISAH ANAK: MUHAMMAD HABIL AKHYAR

Ragam anak kedua dengan anak pertama memang berbeza. Cabaran dia pun berbeza. Raut wajah pun tak sama. Yang sama yang betul-betul aku pasti setakat hari ni adalah jantina dia je. Memang anak lelaki. Bahahha

Bila orang tanya je nama penuh Adik ni apa...mesti orang cakap uiiii sedapnya nama dia. Alhamdulillah..terima kasih la pada yang cakap sedap tu. Sebab salah satu kriteria pemilihan nama anak-anak aku ni, selain daripada mempunyai maksud yang baik, aku nak huruf pangkalan nya sama je konsisten, plus nak ada keunikan sendiri. Mengada sangat mak dia kan. Kahh

Disebabkan 6 tahun lepas nama abang ada timbul sedikit kontroversi, adik juga tak kurang terpalit sama. Orang yang tegur ni pun orang yang sama. Kalau dulu, nama abang di katanya terlalu berat. Bila nama berat, akan bagi kesan kat anak katenye. Anak kerap sakit la, anak susah nak jage lah, eh macam-macam la orang tu duk ceramah kat aku.

Bila dah nama abang jadi isu, so kalau boleh aku taknak la berbunyi lagi mende yang sama. Aku pun amik inisiatif mohon pandangan dari seorang sahabat aku ni yang mempunyai sahabat di Mesir yang arif tentang nama dan maksud dalam Bahasa Arab.

Alhamdulillah, katanya gabungan Habil Akhyar ini sangat baik. Kerana Habil diambil atas nama anak Nabi Adam yang karekternya sangat baik dan Akhyar pula maksudnya Yang Terbaik. Bila dah dapat pendapat macam ni, aku memang terus la tekad nak letak nama ini.

Rupanya orang tu komplennn lagi oiiii..Bahahaha..aku masa dia komen tu memang rasa nak gelak. Dia kata nama ni baik sangat..lembut sangat..nanti ditindas,..kena buli and the list goes on...erk!

Bila dia dah sound macam tu, ko ghaser aku ni penyabar sangat ke nak telan je. Hopkosss lah aku sound balik. "Uncle ni semua tak kena, dulu anak first saya uncle komplen gak..ni yg second pun tak kena jugakk..". Then dia sengeh lepas tu terus diam terus tukar topik lain. Kahkah..sory uncle..takda niat nak biadap tau..sebab uncle yang biadap dulu. Ching!

So, kesimpulannya..tak payah heran sangat la apa orang nak cakap. Apa yang penting kita tahu apa kehendak dan niat kita cukuplah. Kalau nak dengar cakap orang pun, biar lah yang arif dengan ilmu yang berkaitan. Kalau dah ada orang yang annoying macam ni, selagi boleh diam kita diam. Tapi aku nasihatkan jangan diam. Kena bagi sikit sedebik untuk dia pulak kita bagi diam. Bahahha

Berbalik dengan kisah adik. Adik ni sangatlah mudah nak dijaga. Berbeza dengan Abang mase kecik-kecik dulu. Adik suka buat hal sendiri, abang pulak nak kena ada orang dekat dengan dia. Adik muka sangat lembut sampai ramai la konpius ingat adik ni girl. Umi dah pakai kan cap pun still org ingat girl. Abang pulak dalam perut lagi muka dah meruk garang. Kening nak berkerut je, hihii. Adik pulak suka senyum, sengeh macam kerang busuk. Tapi jangan ingat adik muka lembut rela dipijak okeshh.. Adik ni garang ya ampunnn..beza dengan abang..muka lembut dan rela digomol..

Nak membesarkan adik lebih banyak diuji berbanding abang. Adik kerap tak sihat, pernah kena admit ward due to bronco pneumonia. Lama sangat adik tak sihat sampai ummi rasa tak caye adik dah setahun. Dah elok adik masuk setahun adik kena HFMD pulak, berjangkit kat taska. Dugaan nak membesarkan anak kan? Memang kena kuatkan semangat!

Adik dah wean off tau! Huwaaa sedihhh sangat tapi apakan daya demi keselamatan dan kesihatan ummi dan adik. Stok ebm adik pun banyak lagi. Ada terlalu kerap menggigit sampai ada one time tu adik gigit sampai terkoyak cikN ummi. Sakit tu sampai dengan otomatik ummi tercekik peha gebu adik sekuat hati. Adik meraung menangis, puas pujuk mesti dia tolak tanda protes! Huh.

Ummi masih cuba jaya nak direct feed adik, tapi tiap kali suakan cikB mesti dia gigit sambil kerang menyengeh. Lepas tu dia memang tak nak latch dah. Tak apelah dik, ummi redha..sekurang-kurangnya Allah bagi peluang ummi merasakan nikmat menyusukan adik selama 1 tahun. 

Adik dah nak masuk 1 tahun 1 bulan. Tapi masih belum dapat hidayah nak berjalan. Geram tau..sebab kita ajar dia tateh, dia sengaja lembikkan lutut dia nak duduk. So, aku malas nak stres sangat, sebab si abang dulu pun berjalan umur 1 tahun 3 bulan. Adakah adik ingin menambah satu lagi persamaan dengan abang selain jantina lelaki?

Kita tunggu ye!
Jom kita layan gambar adik..








1 yang mengekspresikan diri:

syalinda johari said...

gebunyaa adik...hihihi..ensem nehh...moga membesar dengan sihat dan cergas ya..aminnn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...