Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, February 10, 2017

TIPS MENYUSUN SHAWL DENGAN KEMAS DAN PRAKTIKAL

Lama dah nak kongsi dengan korang, tapi asik terlupa je nak snap gambar. So, last weekend berkesempatan la melepak lama sikit dalam wardrobe room #acecehberangankau. Hahaha. Padahal bilik tetamu yang pernah aku share kat sini yang aku jadikan sebagai wardrobe/iron/dressing/make up room. Nak renovate kan tak kesampaian lagi, jadik haruslah mengoptimumkan sumber yang ada ajurr. hehe

Dulu aku selalu pening dan serabut tengok aku punya shawl bersibai atas railing. Pastu bila guna hanger tak muat pulak space, takkan pulak aku nak tambah railing kan. Terfikir jugak lah aku nak tempah buat railing yang terus melekat kat dinding tu semata nak susun shawl, tapi kenangkan dinding rumah yang keras kedekang buat rosak drill je nak nebuknya, maka aku cuba la fikir cara lain, yang lebih praktikal dan paling penting, menjimatkan kos! #ummithecheapskate

Satu hari tah macam mana la aku boleh dapat idea nak gantung shawl guna tempat yang selalu kita sidai tuala tu, Towel Rack. Asalnya, aku tengah duk ngemas master bedroom tu nak minimize kan barang dalam bilik taknak bagi semak sangat. Then aku pun transfer la towel rack yang jenis double (atas bawah) tu ke bilik tamu ni. Pastu tah macam mana aku boleh fikir, ni kalau gantung shawl pun bagus gak ni. Sebab bilik tamu ni memang dah macam bilik persalinan aku la. Baju, mekap, handbag sume aku simpan sini. 

Aku memang tak berkenan sangat simpan shawl dalam laci atau rak. Sebabnya kerap sangat berkecahnya plus susah sikit nak manage nak kena melipat bagai, pastu mana yang kita nampak dulu lah yang kita pakai. Nyudahnya kalo ada 50 shawl, duk ulang-ulang je pakai 5 shawl yang sama. 

Memula, aku memang gantung shawl macam style kat kedai tu la duk ikat kat railing. Tapi rasa macam membazir space skit la sebab bila ikat tu nampak hodoh pulak. Hahaha. pastu aku pun terfikir, disebabkan railing ni macam jarak dia dekat antara satu sama lain, lagi kemas kalau aku beli hanger yang saiz kecik, banyak jual kat Display Store kat Kenanga Mall or GM Klang.

 Hanger kecik ni murah je RM3.00 seikat (10 pcs)



 So inilah hasilnya lepas semua shawl siap digantung! Terraaaaa....

 Side bawah aku letak shawl yang jenis bercorak

Side atas aku letak shawl yang plain, ikut tona warnanya. So dari situ ko dah boleh buat analisis, kekerapan warna shawl yang selalu ko beli. Pemenangnya ialah BIRU! haha

Bahagian belakang pun boleh gantung shawl, takdalah berkecah kan. Kalau nak pakai shawl yang ada bahagian belakang, aku just tolak je hanger depan tu macam gambar atas ni.

Bahagian tepi aku gantung hanger yang bulat ni. Untuk hanger bulat macam ni aku akan gantung shawl yang tak payah nak gosok macam jenis kain cotton shirt and crumple shawl.


So, inilah tempat aku mengadap termenung pepagi nak gi keja, shawl punya banyak macam ni pun pening nak pakai yang mana. Tapi aku sebenarnya tak berapa puas hati lagi dengan keadaan ni. Mata agak OCD sikit bila kepanjangan shawl tidak seragam. Tapi, ok la kan asal nampak kemas dan praktikal.

Semoga bermanfaat!!

3 yang mengekspresikan diri:

nhhas said...

uiks cantiknya railing.

ambik gambar railing sket sis.

dorsett pink said...

Nampak kemas sunnguh!boleh tiru ni. Thanks for sharing ya

Suzie Zie said...

suka, love2, sy pun gntung mcm ni, tapi tak sebanyak ini shawl ye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...