Baru nak mulakan awal tahun 2017 dengan semangat baru, alih-alih diduga pulak dengan si kecik adik ni kena jangkitan HFMD (Hand, Foot, Mouth Disease). Tapi berita baik nya, bila tahun ni dah boleh rasmi guna Cuti Kuarantin selaras dengan peruntukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2016 yang dikeluarkan oleh JPA berhubung Kemudahan Cuti Kuarantin (ayat paper work sangat amboi).
Masa mula-mula aku perasan bila amik si adik balik dari taska. Rasa badan dia aduhai macam dedor je. Fobia lagi aku ni kenangkan demam dia tak kebah-kebah berbulan bulan dulu. Lepas tu nampak kat kaki dia ada macam timbul biji macam kena cacar air tu. Kat badan takda la pulak. Naluri ibu ni memang akan mudah rasa benda yang pelik kat anak kita kan. Kalau si ayah nya sibuk la duk suruh makan ubat demam je manjang. Tapi bila dah keesokan hari tu aku memang tak sedap hati sangat terus ajak husband pegi klinik.
Bila sampai klinik, tak citer banyak pun dengan doktor. Doktor tengok pun dah tahu ini adalah simptom HFMD. So doktor duk cakap takda ubat just sapu calamine je then memang wajib dikuarantin selama 7-10 hari.
So, aku pun dah terus la bagitahu doktor pasal Cuti Kuarantin ni. Doktor pun of course la dia aware pasal pekeliling ni kan. Nak-nak klinik Maria ni di Putrajaya, kawasan gomen. So, docktor terus buat surat makluman yang menyatakan anak aku dijangkiti HFMD dan perlu dikuarantin sehingga sembuh.
Alhamdulillah sangat, rasa sangat lega tau bila dah ada Cuti Kuarantin ni. Cuti Rehat kita yang tak berapa nak banyak tu memang takkan terjejas. Maka dengan itu, bermulalah rutin aku menjaga si adik di rumah selama seminggu.
Aku sempat la tanya kawan-kawan kat fb macam mana nak jaga kalau anak-anak kena HFMD ni. Ada sorang sahabat aku ni dia rekomenkan satu ubat tradisional ni namanya MORHABSYI OIL. Dia cakap dia guna masa anak dia kena HFMD memang kejap je kering. Dia bagi contact number, terus lah aku order.
Ada sorang kawan aku ni pulak dia cakap dia mandikan anak dia dengan DETTOL ANTISEPTIK. Selama seminggu dikuarantin tu la memang dia rendam anak dia dengan dettol dan alhamdulillah katanya memang cepat kering jangkitan HFMD tu.
So, sementara aku nak dapat order MORHABSYI OIL tu, aku cuba la sapu kawasan-kawasan jangkitan tu dengan MINYAK HERBA ASMAK. Aku macam yakin dengan izin Allah yang minyak ni juga mampu merawat pelbagai jenis penyakit sebab tengok kandungan minyak ni ada campuran ramuan asli dan dipercayai seperti minyak zaitun, gamat, habbatus sawda. Masa aku lumur kat kaki dan tangan adik tu aku selawat 3 kali, then esoknya tengok makin susut biji macam cacar air tu kat kaki dan tangan dia.
Selain daripada melumur badan si adik dengan 3 ubat di atas, rutin aku dirumah adalah mengemop lantai dengan dettol, dan juga steril barang-barang kegemaran si adik macam remote TV, kunci rumah, dan barang menan dia. Then hari-hari aku ngemop lantai dan tangga rumah dah macam ketagih pulak bau dettol semerbak harum rumah ku uolss hahaha
Alhamdulillah, yang pasti lepas aku lumur MORHABSYI OIL tu, tak sampai pun seminggu kesan jangkitan HFMD tu kering dan adik pun happy je. Patut la kawan aku cakap mujarab, memang betul-betul mujarab! Minyak ni sangat banyak manfaatnya, anak-anak kalau tidur malam pun sangat lena kalau kita lumur kat badan dia.
Aku memang tak pernah dengar pasal minyak MORHABSYI sebelum ni, so bila aku google memang banyak manfaat minyak ni. Bukan untuk satu dua penyakit je, penyakit-penyakit kronik pun boleh sembuh, insyallah! Melalui sumber yang aku dapat, sedikit info mengenai minyak ini adalah seperti berikut:
Minyak Morhabshi merupakan minyak
serbaguna yang dihasilkan dari 33 jenis herba, 7 jenis minyak dan
dilengkapi dengan terapi Al-Quran. Kegunaannya meliputi fizikal dan
mistik (seperti kes kerasukan dan gangguan
makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan,
sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya). Malah ia dapat membantu
meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara
urutan pada alat kelamin).
Minyak Morhabshi diasaskan oleh Ustaz Dr.
(H) Haji Abdul Hamid Haji Ahmad, Pensyarah di Maahad Tarbiah Islamiyah
Derang, Kedah. Selain ulama dan pendakwah, beliau amat cenderung dalam
praktik perubatan alternatif meliputi kaedah perubatan Islam (doa &
ayat Al-Quran), perubatan Melayu tradisional, perubatan berasaskan
herba, dan kaedah perubatan homeopathy.
Antara khasiat utama Minyak Morhabshi:
- Sebagai minyak urut untuk bayi, dewasa atau wanita lepas bersalin
- Melegakan lenguh badan, sakit urat dan sakit otot
- Menghalang gangguan makhluk halus
- Buat bayi yang kuat menangis malam
- Masalah kulit seperti gatal, kayap, kurap atau alergik
- Mengatasi masalah kembung perut
- Merawat masalah ulser mulut
- Urutan untuk rawatan tenaga batin
- Sapuan pada luka
- Mengurangkan masalah sakit gigi
- Mengurangkan masalah asma, batuk, dan sakit dada
- Mencantikkan kulit wajah
Morhabshi merupakan bahan resin berwarna
merah keperangan, diambil daripada getah kering pokok Commiphora Myrrha.
Kebanyakan bangsa di dunia percaya bhw myrrh (morhabshi) adalah bahan
yang dijadikan Tuhan bagi menghalang makhluk halus. Dipercayai resin
Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui
pergaulan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan
golongan bangsawan.
So, korang mana yang tengah buntu nak merawat anak-anak dijangkiti HFMD, boleh la cuba beli 3 produk ini ye!
Beli kat mana?
Kalau MORHABSYI OIL ni aku beli dengan brader ni no hp dia: 017-6889720
Kalau MINYAK HERBA ASMAK ni beli dengan staf husband ni no dia: 011-26399706
Kalau DETTOL ANTISEPTIK ni korang nak tahu jugak takpe lah aku bagitau jugak: SPEEDMART😁
Alhamdulillah hari ke-4 aku amalkan menggunakan 3 produk ini, adik dah bebas sepenuhnya daripada HFMD. Minggu depan masuk ofis dengan muka senyum lebor kerang submit Cuti Kuarantin ke admin. Paling happy dan lebih meyakinkan bila aku baca pekeliling tu, penyakit HFMD adalah senarai pertama yang telah diperuntukkan Cuti Kuarantin. Yeeha!
Antara dokumen yang diperlukan untuk kita layak mendapat Cuti Kuarantinmudah je iaitu Surat Pengesahan Doktor dan Borang Cuti Kuarantin seperti di Lampiran dalam PP11/2016. Mudah kan?
Ok, semoga bermanfaat!
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment