Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, September 13, 2011

Bila kami bertiga di rumah???

Salam kepada semua, 

Kalau sesape yang dah jumpa my baby, Hadif.. korang tau la gelagat dia macam mana kan. Memang duduk tak diam berpusing 360 darjah. Kejap pusing kanan, kejap pusing kiri, kejap tengok atas, kejap tengok bawah. Memang kelasakkan dia dah pun terserlah sejak dulu lagi. Macam-macam lagi la pe el nye..Tu belum citer nak pakai pampers, nak tukar baju suar bagai. Adoihai..loteh den nak bagi dia duduk statik sesaat pun memang tak dapatla. Sampai satu tahap nak bagi diam tu, terpaksa lah bertakbir (macam takbir raya tu...boleh imagine tak payahnye..huhu)

Dah masuk 7 bulan umur my baby ni, memang banyak perubahan dalam perkembangannya dan yang paling ketara ialah my baby ni suka sangat bila ramai-ramai orang. Masa raya tu balik kampung, sanggup dia tahan mata duk main ngan sedara mara. Sampaikan orang lain dah penat pun, dia still aktif lagi. Bila balik kampung ke, pegi beraya umah member2 ke, dia teramat la behave. Sikit tak meragam, kalau takda orang duk main ngan dia, dia akan main sensorang. buat hal sendiri.. 

Tapi bila tinggal kami bertiga di rumah...tersangatlah berbeza lain macam. Daripada seorang yang behave, buat hal sendiri bertukar kepada seorang anak yang selalu nak dukung, kalau main dalam walker pun mesti kejap je then akan jerit sampai la pakse air mata kuar menangis. Tak taula kenapa. Naik pening umi and daddy Hadif ni. Yang paling pening ummi dia la, nak buat kerja rumah pun susah..apatah lagi nak memasak. Kalau saya bagi dia tidur pulak, dia akan sedar balik bila saya takda kat tepi dia. So, nak taknak kena juga buat kerja sambil dengar lontaran suara my baby ni. 

Bila share masalah ni dengan kawan-kawan, macam-macam pandangan yang saya dapat. 

Ada yang cakap, maybe sebab dari kecik lagi dia dah biasa ramai orang, dulu berpantang di rumah Pelindung, opkos la umah den tu riuh rendah kan..then dah start keja, duk pulak umah BS, ada 4 orang geng dia kat situ...So, dia memang rasa sunyi la kat rumah sebab takda kawan. Yeke ek? Tapi kalau kat rumah orang lain yang takda kawan pun, dia tetap behave je. takda la duk asik nak dukung ke hulu ke hiliaq. 

Hurm, yang ni plak macam seriau gak den dengau. Maybe ada "sumtin" yang tak diundang kat rumah den tu. OopSs..agak menakutkan pulak bila orang cakap camtu tapi apepun pandangan, saya tetap terima sebab kemungkinan nya perlu diambilkira juga. Tapi kalau ikutkan rumah saya dahpun "dipagar" masa awal-awal kitorang masuk dulu. Susah nak cakap, sebab kita tak nampak dengan mata kasar kita kan. Eh, ni bukan mintak nak bagi nampak ye...Masak la aku kalau betul-betul nampak apa-apa yang tak diundang tu. No..no..no..Porfaul!!

Makanya, untuk mengambilkira kedua-dua pendapat itu, saya terfikir untuk membuat sesuatu. 

Pertamanya, den rasa macam nak ubah dekorasi rumah. =) Rasanya, my baby ni nak bebas explore umah den ni. So, nak kena biar lapang skit kawasan ruang tamu tu supaya dia senang nak melawat dan buat pemantauan apa yang patut. Mungkin ini salah satu cara untuk mengelakkan dia dari cepat bosan. =) 

Keduanya, macam nak kena "pagar" semula umah den tu. this time suruh my husband buat sendiri je la. Sejak ada si kecil kat rumah ni, saya dah jarang baca Quran or surahYasin kat rumah, sibuk memanjang menguruskan anakku sorang ni. Tapi itu tak boleh dijadikan alasan kan, so starting from this week, Khamis malam Jumaat wajib baca Yasin walau ko penat sekali pun Kemn. Insyaalllah! (Thanks to Kak Mai n husband sebab bagi garam tu =D )

Harap lepas 2 benda ni dah buat, ada perubahan la pada my baby bila tinggal bertiga dirumah. Inilah cabaran ibu dan ayah nak membesarkan anak.. ;)

5 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

budak2 mcm tu la kan kemn semua nak explore.mcm dora the explorer plak dorg ni.
betul2, sy pun br ubah deko rumah bag nmpak lebih luas.sbb si Ilyaas ni suka mengensot2 mcm ulat dh skrg ni.
betul tu, baca2 kat telinga hadif bila masuk waktu maghrib.baca al fatihah, surah al jin etc...iAllah dia ok nnt..

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

betul tu, nak kena bagi kawasan lapang untuk dia mengensot ke sana ke mari..btw, thanks for ur sharing dear! =)

emma said...

sama la dgn anak saya kemn...kalo kt umah nenek die, ramai org..kite sikit pun tak heran..

tapi bile balik umah sendiri, nak pakai pampers dgn baju pun bersilat2, masuk dlm walker, bersilang2 kaki takmo masuk..masuk dlm buai, siap die boleh duduk dlm buai tue...

nak masak apatah lagi nak mengemas, sori sgt la..sudahnye..suami saya yg masak..

rasenye kene solve this prob la kan..tak tahan kalo asek cam tue jer..mcm2 menda takleh nak buat kalo dh bertiga kt umah tue..

if ade jalannya, plz share with me..

my dotter already lasak sgt2..

Kemn Azmaili said...

@emma

agak-agak nya nak kena tunggu diaorang ni besar skit baru ok kot..saya pun tak tau nak wat camne..layankan jela buat masa ni..sebab tu la saya suka kalo org dtg umah saya @ saya pegi umah org..sbb dia akan sgt behave.. =)

dhr said...

akak tak rasa la ade benda halus tu. akak rasa dia memang jenis suka meriah-meriah, happening. Jgn fikir sgt la, janji dia tak sakit.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...