Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, September 9, 2011

update my lil prince 7 months !!

Salam Jumaat semua,

Hari ni genap lah my baby 7 bulan sudah..Alhamdulillah dengan izin Allah, Hadif semakin hari semakin membesar dengan pelbagai keletahnya yang membuatkan saya dan suami sentiasa happy. Yang sedihnya bila melihatkan Hadif batuk tak henti-henti. Nasib baik masa beraya dia tak meragam, infact masa tu dia dah baik dari demam, batuk dan selesema macam yang saya cerita hari tu. 

My baby memang suka sangat bila orang ramai. Sanggup dia tahan mata tak nak tidur sebab happy sangat bila balik kampung, ramai sedara mara yang melayan dia. Pandai sangat sekarang ni, bila masuk je bilik untuk bawa dia tidur, dia akan meragam dan mata tu dah sibuk duk aim ke pintu..

Mungkin akibat terlalu penat travel raya (Pahang>Terengganu>Kelantan>Pahang>Putrajaya), my baby's condition getting worse balik. Lepas balik dari Kelantan tu dah nampak dia dah nak start selesema dan batuk. Mana tak nye, kejap panas, kejap hujan..dengan cuaca tak menentunya, kesihatan dia pun masih lagi belum sembuh sepenuhnya.

So, balik je Putrajaya..keadaan dia makin teruk..nak jadi macam sebelum ni..batuk berdengkuh-dengkuh, selsema lagi n makin teruknya badan dia dah start panas. Masa dekat umah BS, my baby muntah 2 kali. So, bila BS dah call bagitau dia muntah, saya dah rasa tak sedap hati. Saya terus call my husband n we decided to bring him to annur specialist again. Syukur, tak payah tunggu lama-lama sebab kebetulan kitorang sampai tu, diorang baru buka after break rehat (kalau tak jenuh nak tunggu turn)

So, bila dah masuk jumpa Paed's, memang betul la. condition dia memang makin teruk..Paed's bagitau yang paru-paru dia sempit dan itu yang membuatkan dia sukar bernafas. Once again, Hadif kena ambil nebulizer lagi. Tang ini saya tak risau sangat tengok dia, sebab dah tau dah taktik dia buat konon2 nangis macam sebelum ni. 

After took a neb tu, Paed's bagitau kena tengok condition dia within 2 weeks. Harap-harap sangat Hadif cepat sembuh dan sihat macam dulu. Nasib baik la dalam keadaan dia yang tak berapa sihat tu, dia tetap ceria, aktif dan lasak. Itulah yang membuatkan hati saya terubat gembira melihat keletah dia.According to Paed's, kalau keadaan dia berlarutan sehingga dia menjangkau setahun, nak tak nak dia kena pakai inhaler..sedihnyerr..

"Takla ummi..hadif dah nak baik dah ni ummi..ummi jangan risau ye, hadif nak sihat macam dulu-dulu."  

Ya Allah, kau peliharalah kesihatan anakku ini, kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan dan jauhkanlah anakku dari sebarang penyakit.

Hello people!! Baby MU in da house yall!!! =)

Antara perkembangan Hadif dah menjangkau 7 bulan ni:
- Berat naik tak banyak sangat, 8kg sudah (naik 300g)
- Dah taknak makan bubur, nak makan nasi lembik
- Dah laju mengensot, dah laju berjalan dengan walker
- Dah kenal umi, pantang nampak umi mesti nak menjerit
- Sebab selalu dah makan ubat, so ubat tu senang je dia minum
- Dah pandai tepuk-tepuk meja, bila mandi lenjun sekali umi sebab suka sangat dia tepuk air tu
- Dah pandai shake, semua barang yang dia pegang mesti nak goncang dulu
- Suka bila orang ramai, kalau balik rumah sendiri sibuk nak suh dukung sebab takda orang
- Yang paling best, bila orang tanya "Muhammad Hadif ape?"..Dia jawab," ataaa..." (Akhtar la kot, hehe)

2 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...