Man Utd fanzzz everrr!!! yerks..hehe |
Kejap je rasa masa berlalu..tik tok tik tok dah 10 bulan putera hati saya yang superduperhyper aktif tu. Sory lah kalau terover sangat statement ni, sebab dah tak tau nak define macam mana perangai anak saya sekarang ni. Now, he is 10 months old oredi! Dah makin besar anak ummi and daddy ni. Makin hari makin macam-macam gelagat dia. Berat dia tak banyak naik sangat, dulu masa 9 bulan berat dia 9kg, sekarang 9.4kg. Badan makin susut tapi berat tak susut-susut pulak. Maybe sebab Hadif sekarang sangat kuat makan dan minum susu. Selagi dia tak mengantuk mintak nak tidur, selagi tu la mulut dia nak mengunyah.
So, kat rumah tu memang dah standby beli berkotak-kotak biskut beras (Baby Bites). Before this, saya bagi dia makan Biscotti by Heinz tu. Tapi nampak dia macam lagi suka biskut beras, plus biskut tu tak comotkan dia. Tu yang kena selalu bawak bekal berjalan ke mana-mana. Setakat ni, saya tak ajar lagi dia minum air kaler-kaler macam Ribena, Sunquick ke. Untuk suplemen pulak saya masih kekal bagi dia minum Jus Tok Guru and Scott Emulsion.
Okay, berbalik kepada perkembangan my baby..Now, dah ada 2 batang gigi. Dia dah pandai panjat tangga, panjat sofa, panjat katil dan apa jua la yang boleh dipanjat. Sekarang nampak macam sibuk nak bergayut pulak. Oh, seyes memang mencabar nak jaga budak bertuah sorang ni. Tak pernah reti duduk diam, tengah tidur pun kadang-kadang boleh bercakap, tidur menonggeng la, mengiring la..ikut suka dia la nak tidur posisi macam mana..hihihi
Sekarang kalau naik kereta pantang kalau duk depan, memang terus je dia pegi kat driver seat. Pastu berangan la kengkonon pegang stereng tu bawak keta. Sabar jela..kereta umi n daddy dua-dua kan auto. Pernah jugak la dia memandai tarik gear masa my husband tengah driving! Sangat bahaya..so, sekarang kalau nak jalan jauh skit, saya duk belakang je la dengan dia. Bila dia dah penat sikit, baru la boleh letak dalam carseat. Kalau tak, menjerit la dia kena ikat dalam tu!
Kalau kitorang makan, dia dah taknak duk dalam baby chair. Kalau dia duduk pun, adalah seminit dua je kot. Pastu dia busanggg, dia slumber berdiri atas kerusi tu. Kalau penat berdiri, slumber jugak dia meniarap atas meja!! Boleh imagine tak baby 10 bulan buat macam tu! Ada sekali tu, kitorang makan KFC kat Alamanda, dia meniarap atas meja terus capai tray and terus terbalik semua makanan jatuh ke bawah! Sabar jela anakku..Habislah semua orang usha nengok sape punye angkara..tengok-tengok budak kecik tak cukup bulan rupanya!! haissshh..
Stroller pun sama. Dia akan duduk kejap je, Agak-agak dia rasa macam boring, dah menjerit-jerit minta bantuan!! Nak tak nak, kena la angkat jugak budak bertuah tu. Kalau tak, gamatla shopping complex dengar suara dia meraung macam orang kena pukul tu..hihihi..kadang-kadang rasa macam lucu jugak. Sebab bila duk cerita pasal anak sendiri ni, sebenarnya dia tu refleks diri kita. Ummi cakap, saya dulu sebijik macam Hadif! Tapi Hadif lagi advance la sebab dia boy kan..(ayat cover tak hengat) hehe
Jom layan gambar Hadif dalam keterujaan dapat naik car!! Pusing stereng dengan badan-badan sekali berpusing!!!
OMG, daddy please bring this back!! I want it!!!this is so ohsem..! |
Eh, orang sebelah ni dah ajak race ke? Tak nampak ke otai bawak car sambil berdiri ni..kau boleh? |
Uitss..ada aweks la kat depan..hye Amani (Farah), hye Aleesya (Ilyani)!! |
Camni cara kalau nak drift..baru betul!! |
9 yang mengekspresikan diri:
hehe.sama la dgn anak bujang saya masa umur tu.panjat sampai jatuh lebam dahi.ni baru cukup setahun jatuh smpi berdrah bibir.budak lelaki memang lasak dan aktif
Aduhai Hadif.... dah tak macam baby 10 bulan rupenye bila baca cerita mommy mu ini.
itu baru sorang lelaki..kalau dua2 lelaki mcm saya nie..suara pun dah bertukar jadi tarzan...tapi takpe jgn risau..budak2 yg aktif tu sebenarnya dia sihat,cerdik dan hendak blajar sesuatu yang baru..
Hadif dah besar sangat nampak tu!siap nk bawak kete lagi!huhu. Kemn, biskut beras tu beli kat mana n jenama apa? i pun bagi Amani biscoti Heinz tu..
@Nur Raihana Abd Rahim
samalah..hadif baru2 ni pun berdarah bibir jatuh tersungkur panjat daddy dia..boy kan..hehe
@aThidEaN
itulah kesan positifnya kalau anak lasak..otomatik mak nye selimmm..hehehe..tp takla selim mane..hehehe
@Shu @ Mrs. Hamid
yiupp..semua org tgk dia cakap macam budak setahun lebih..hehehe
@mekjangok
mudah-mudahan macam tu la kan..tinggi harapan pada budak bertuah tu..
@Princess Cindellyna
betul farah, sangat la perasan diri dia dah besar!! biskut beras tu ada jugak kat carrefour tp selalu cepat habis..dekat cold storage, giat, tesco pun ada..ada 2 jenis, baby bites n baby guides..bagi la amani makan..mama dia pun senang hati sebab tak comot lagi..hihihi
Post a Comment