Salam to all my dear readers!
Agak lama bercuti di awal Disember ini. Yelakan..dah hujung-hujng tahun ni semua orang sibuk bercuti bersama keluarga, tak kiralah bercuti ke luar or dalam negara je. Sama lah seperti saya, seperti tahun-tahun sebelum, kami sekeluarga akan bercuti ke mana-mana pilihan lokasi di dalam negeri dengan menggunakan peruntukan khas yang diberi oleh company abah bekerja. Cuma bezanya tahun ini, disebabkan sudah bertambah bilangan family, abah hanya tanggung kos penginapan dan entertainment sahaja. Untuk makan dan minum, kitorang yang dah berkahwin ni keluarkan bajet sendiri.
Tempoh percutian kami kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini lebih singkat. Bertolak ke Perak pada 3 Disember (Sabtu), Isnin bertolak ke Penang (ha ini adhoc punya plan), dan 6 Disember (Selasa) kami dah bertolak pulang ke Putrajaya. Walaupun percutian yang singkat, saya rasa inilah percutian yang paling bermakna kerana ini merupakan percutian pertama saya bersama keluarga disamping adanya suami dan tak lupa juga anakku yang super duper hyper aktif tu!
Kami tiba di Perak sekitar jam 5.00 petang, menginap di Tower Regency Hotel & Apartment. As usual, kami menginap di apartment la kan. Abah ambil 2 apartments, tak mahal mana pun. Semalaman 1 Apartment RM260 sahaja (ada 2 bilik, ruang tamu dan dapur). Macam biasa, gunalah manfaat yang ada, harga tu selepas dapat gov. rate.hihi...
Hadif tidur dalam stroller, bagi can umi n daddy bercenta jap..hehe |
Malam tu, kitorang pegi makan kat luar, dekat dengan Dataran Bandaraya Ipoh. Ada gerai-gerai makanan sepanjang dataran tu. Memang quite happening jugak, cuma malangnya, kami macam tersilap pilih kedai kot. Servis tu okayla tapi makanan dia totally out! Semua rasa manis! Kompius kitorang, rasa macam duk kat Perak tapi apesal masakan depa ni macam orang Kelate?? Sampai sup pun rasa manis..tapi tak mengapalah, perut dah lapar..manis manis pun licin jugak pinggan..
Luas kan..RM300 - 5 jam..menyanyi tak hengat!! |
Lebih kurang pukul 9.30 malam kitorang balik ke apartmen, abah dah mintak my husband booking kan bilik karaoke (ini memang acara wajib kitorang). Bila sampai je kat KTV room tu..pehhh tak hengat besau kemain bilik nya!! Memang layan habis lah..masing-masing memang sakan menyanyi!! Semua menyanyi kecuali husband Angah (pemalu orangnya..pemalu ke?? hehe)
Esoknya, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke The Lost World of Tambun. Dekat je lebih kurang 15 minit je dari tempat penginapan kami. Hadif dah bersiap sedia dengan baju mandi beli kat JPO hari tu, bergaya pulak dengan pelampung daddy beli lagi, ambuih anak umi lagak macam dah besar ye..Takde pulak dalam camera saya ni gambar dia duk dalam pelampung. Bukan main lagi kaki tu duk mengayuh macam dah pandai swimming. pastu buat bajet happening terjerit-jerit macam orang lain kena simbah dengan tong air kat dalam pool tu. Dah bila dia tengok sepupu dia tak pakai pelampung, menjerit mintak tolong keluarkan dia dari pelampung tu. Eksen tu taknak pakai pelampung! Lepas tu dengan berani nya dia selam muka dia!! Masyaallah anakku....!
Ni budak lasak ni! |
Dapat jugak beli swimming suit kat JPO hari tu..RM30 brand Gap |
Keesokannya, awal perancangan adalah untuk ke destinasi berikutnya iaitu Zoo Taiping. Tapi disebabkan kitorang dah penah pegi dulu, diorang tetibe ajak naik ke Penang. So, abah pun macam green light je sebab memang dioranag dah lama sangat mengidam nak Penang. So, kitorang terus menuju ke Pulau Pinang dengan sakannya menaiki feri. hehehe..
Anak umi memang giler gambau.. |
Kami |
Sampai je sana, perkara pertama adalah menuju ke Pekan Cow Rasta untuk beli jeruk kelubi. Akhirnya, tercapai jugak hasrat saya nak makan jeruk kelubi Chow Rasta ni. Disebabkan tak dapat makan jeruk ni la, air liur Hadif duk keluar memanjang sampai la ni. Apa lagi, sampai sana terus saya bagi Hadif rasa dulu, tak tau la berhasil ke idak petua orang tua ni. Harap lepas ni takda lah air liur awak keluar sokmo ye sayang!
Then, kitorang ke Batu Feringgi. My 3 adiks yang perasan retis tu sibuk nak koya bergambau kat Penang Hardrock Hotel. So layankan je la mereka..Tetiba time kat Hardrock tu abah suh my husband cari tempat penginapan kat sini. Abah cakap kalau ada apartmen murah-murah, kita tidur semalaman kat sini.
Abah saya yang sempoi..adik-adik saya yang poyos..hehehe |
Akhirnya, tuah menyebelahi kami bermalam di Penang. Kitorang tidur di Sri Sayang Apartment di Batu Feringgi. Murah je 1 Apartment RM200 semalaman (2 bilik jugak), kemudahan lebih kurang sama je macam apartment di Perak, cuma ada tambahan pinggan mangkuk, cawan semua kat sini.
Ini Mia (adik), Esya (kakak)..beza setahun je tapi rendang sungguh adik dia tu..hihi |
Bergambar depan apartment |
Malam tu kitorang pekena nasi beriyani di Kapitan. Memang sedap. Pegi Penang tak sah kalau koranag tak makan nasi beriyani , nasi dalca or nasi kandar. Sebenarnya pada saya Penang ni tarikan nya adalah pada makanan. Disebabkan kitorang tak lama sangat kat Penang ni, so tak sempat la nak merasa char kue teow di Sg. Dua, pasembur, nasi kandar Line Clear, Telekom dan sebagainya.
So, begitulah serba sedikit kisah percutian saya pada tahun ni. Sebagai pelengkapnya, habis anak demam, umi pun demam..sekian.. =)
10 yang mengekspresikan diri:
@kemn..
tk complete pcutian d Penang sbb tk pegi Pesta Penang cz its just opened.
tp mmg murah lh dpt apartmen RM200 smlm d Batu Feringghi.
@cheah zinni zinnirah
memang nak pegi tapi dah tak sempat..Penang ni pun adhoc planning je..sempat ke night market kat feringgi je..yup, apartment tu mmg murah..
Ni blog review harga tempat penginapan ke?
Pernah tdo Renaissance Dang Wangi? Brapa semalam? Ada jakuzi tak? :)
Time Traveller
kalu banyak gamba lagi bes kak.. hehehe... sonok kan dapat spent time ngn family ni... hmm.. moga akak n hadif cepat sembuh yer...
enbeg sapa charles n keith atas meja kat gambat last "The Lost World of Tambun" tu? sebijik sebuntat akak punya..warna pun sama hehe
@Anonymous
bukan, ni bukan blog review rate hotel..it just a personal blog of mine..saya akan review tmpt yg saya pergi je..btw, thanks for viewing mine..
@~@mOi ~~
banyak sebenarnya gambar dik oi..tapi malas nak upload kalau lmbt sgt loading nyerr..hehe..mmg best spent time wit family..sekali sekala kan..
@kak malin
owh ye ke kak? itu hanbeg ummi..yg saya beli kat JPO hari tu..murah je kat sana kak..
IC.. the way you put your words tu mcm you ni buat review rate hotel pulak. LOL
Time Traveller
@Anonymous
oh yeke..tak tau la pulak boleh konfiuskan org yg membacanya..sory ye =D
Post a Comment