Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, December 20, 2011

Dato' Dr. Haron Din menjawab Isu Nama Anak Jin

Salam,
Rentetan daripada isu yang hangat diperkatakan di media sosial FB semalam berhubung isu yang saya kongsikan semalam di ENTRI INI, berkemungkinan ramai ibu bapa di luar sana yang memerlukan jawapan yang sahih daripada sumber-sumber lain yang arif mengenai perkara ini.


Malam semalam, saya ada terbaca di salah satu wall di FB bahawasanya perkara ini telah dijawab oleh Dato' Dr. Haron Din, penceramah yang tersohor lagi terkenal di Malaysia ni. Beliau MENOLAK dan juga menggunakan ayat 65 surah An-Naml menolak pengalaman tertentu sesiapa jua yang mengatakan nama-nama tertentu boleh membawa penyakit misteri.


Cuma hanya ada Jin yang disebut di dalam hadis sahaja yang tidak elok digunakan seperti Azazil, Wismas, Khannas, Murrah, Harb, Soba dan beberapa yang lain yang disebut dalam hadis. Itupun tidak sohih jika guna maka akan kena penyakit misteri. Ia bercanggah dengan Al-Quran.


Semoga Ustaz Sharhan dapat memberi penjelasan yang lebih terperinci mengenai perkara ini memandang dengan jelasnya beliau menyebut nama-nama yang berkenaan. Mungkin apa yang beliau kongsikan itu adalah berdasarkan pengalaman beliau mengubati pesakit-pesakit misteri ni. Perkara ini boleh mengelirukan kita kerana pandangan berbeza ini datangnya daripada para ulama'. Secara peribadi saya mengharapkan agar mereka dapat berbincang lanjut mengenai perkara ini.


Diharap jawapan  ini dapat melegakan hati ibu bapa diluar sana. Mari sama-sama kita kongsikan. Bagi yang terlepas mendengar rancangan Tanyalah Ustaz pada hari Ahad lepas, korang boleh tengok DISINI. Sama-sama kita fikirkan. Wallahualam...


p/s: Thanks a lot to blogger DNaZz's sebab share perkara ini. Untuk cerita lanjut, boleh baca di entri beliau.

5 yang mengekspresikan diri:

nurdani said...

harap kita dapat penjelasan.nak tahu jugak fasal hal ni sebab saya kurang ilmu.

Kemn Azmaili said...

@nurdani

betul tu..sama-sama lah kita nantikan ye..

Runia said...

thankz sis sbb share kan ttg ni.untuk pengetahuan, nama anak sy aina batrisyia n sejak dapat tau ttg perkara ni, sy jadi x berapa senang. sy senang memanggil anak saya batrisyia sbb ia mmbawa makna yang cerdik/pandai n sy percaya kata2 ibu tu adalah doa n secara x langsung sy ibarat mendoakan anak sy dgn nama dia tu. skrg ni baru lega sikit hati bila terbaca entry sis ni. tq..

Runia said...

thankz sis sbb share kan ttg ni.untuk pengetahuan, nama anak sy aina batrisyia n sejak dapat tau ttg perkara ni, sy jadi x berapa senang. sy senang memanggil anak saya batrisyia sbb ia mmbawa makna yang cerdik/pandai n sy percaya kata2 ibu tu adalah doa n secara x langsung sy ibarat mendoakan anak sy dgn nama dia tu. skrg ni baru lega sikit hati bila terbaca entry sis ni. tq..

jijasakura said...

thanks sis kerana share info ini.. really appreciate dan tenang dah hati bila mendengar jawapan diberikan..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...