Selamat Tahun Baru!!! 
Rasanya masih belum terlambat untuk saya  ucapkan selamat menyambut tahun 2011 kepada semua. Rasa macam sekejap je  kan masa berlalu. Tahun 2010 saya bergelar isteri dan tahun 2011 saya  bakal bergelar ibu pula!! i'm extremely soopaa dopaaa excited uols!!!  Mana tak nya, saya pasti bagi kawan-kawan yg baru melangsungkan  perkahwinan,.. selain dari kebahagiaan dunia dan akhirat yg ingin  diperolehi, cahaya mata juga adalah perkara yg paling diinginkan..tapi  ada juga segelintir daripadanya yang ada perancangan  tersendiri..terpulangla kepada semua..tapi pada pandangan saya, anaklah  yang bakal mencorak warna-warni kehidupan berumahtangga..ada juga  segelintir yang sangat menginginkan zuriat, tetapi belum ada rezeki..utk  rakan-rakan diluar sana, teruskanlah berdoa dan berusaha..nescaya Allah  akan makbulkan juga permintaan kita satu hari nanti..Insyaallah..
Semalam 4 Januari 2010, genaplah 7 bln usia  perkahwinan kami yang tak sampai setahun jagung..saya bersyukur ke  hadrat Allah s.w.t kerana ikatan perkahwinan kami semakin hari semakin  utuh dengan sulaman cinta dan kasih sayang..cewahhhh!! yelakan,  memandangkan usia perkenalan kami sebelum bergelar suami dan isteri  boleh dikatakan terlalu singkat, rasanya saya dan suami masih di dalam  mood bercinta disamping mengenali hati budi masing-masing. Saya  bersyukur sangat kerana ditemukan dengan seorang suami yang sangat baik  budi pekerti, matang dlm membuat keputusan dan yang paling penting  mempunyai pegangan agama yg kuat. mungkin perbezaan umur yg menjadi  faktor kepada setiap buruk baik tingkah lakunya. walaupun beza antara  kami 5 tahun, suami saya tetap mengamalkan "open door policy"..saya akui  sebagai seorg suami, dia tetap dominan dalam menguruskan keluarga,  namun dia sentiasa bersikap terbuka jika ada yg saya rasakan perlu  diperbaiki dari semasa ke semasa demi menjaga keharmonian dan kerukunan  rumahtangga kami.
Beralih pula cerita pasal my little baby dlm  perut ni...today dia dah 31 minggu, esok saya akan ke Hospital Putrajaya  untuk check up for me n also my baby la kan..lately ni my baby sangatla  aktif duk wrestling dalam perut umi dia ni..ha lupa nk bgtau, hari tu  masa buat detailed scan dah tau dah gender my baby ni..It's a BOY!!!  yeaaa..sangat gumbirasss!! my husband maybe lagi triple excited kot, sbb  mmg dia nak baby boy for our 1st baby..tapi sebnanye kalau ditakdirkan  my baby gegirl pun, kami terima dengan tangan yang terbuka luas...yg  penting sekali, my baby sihat, sempurna sifat dan akalnya..itu yg plg  penting kann!! seems masa 28 minggu tu my doctor ckp possibly sy akan  lahirkan pre-matured baby, sy rasa sedikit depressed time tu..sedih sbb  xsanggup tgk my baby kena duk dalam incubator smpailah dia betul2 sihat  dan normal..according to the doc, kepala my baby dah duduk dibawah  infact dah masuk ke laluannya...doc ckp maybe sbb sy byk sgt bergerak  dan kurang rehat...so dapatla m.c 3 hari dan "light certificate" due to  this problem..tapi as long as my baby keep kicking n active everyday,  insyaallah he will deliver on his expecting due date (EDD) on 11 March  2011..insyaallah..
Hurm..barang2 n keperluan baby pun saya dah  prepare..infact brg2 yg nak bawa ke hospital pun dah ready..yelakan just  for precaution..mana la tau kan tetibe je my baby kuar awl..so xyh  kelam kabut dah..ada beberapa kpg gmbr yg smpt sy captured masa tgah  mengemas..hopefully semuanya cukup utk my baby..
~end~
4 yang mengekspresikan diri:
rajin-rajin la update blog pasni ok!
Hopefully kite dapat jumpe before Kema deliver,k.
hye kemn...dah ada blog yer..rajin2 la update nnt..huhuh..btw..i dah follow u..huhhhu..jgn lupa follow me yer..hahahha..take care..
yehhh
Tqsm to all!!! sy baru je berjinak2 dgn blog ni..a lot of things have to be learned..
Post a Comment