Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, December 29, 2011

Hantaran Oh Hantaran!!!

Salam batik to all my readers!! (khamis org gomen kena pakai batik)

Memandangkan ramai ghodong-ghodong (kawan dalam loghat Pahang) dan kerabat-kerabat sedara-mara sepupu sepapat saya yang akan melangsungkan perkahwinan tahun depan, makanya topik hari ini nak share dengan korang mengenai hantaran. Tak kiralah sama ada hantaran pertunangan mahupun hantaran semasa perkahwinan nanti.


Hantaran Pertunangan

Pandangan saya, masa bertunang tak perlu la kita beriya sangat nak kan hantaran yang bombastik meletup habis. Kalau boleh kita berbincang bersama pasangan kita berapa bajet yang perlu diperuntukkan untuk hantaran ini termasuk juga bajet hiasan hantaran. 

Bagi mereka yang mempunyai bajet yang minimum, hiasan hantaran yang direka sendiri adalah lebih sesuai berbanding mengupah orang lain untuk menghias hantaran kita. Tetapi semuanya terpulang la kepada individu atau pasangan masing-masing.

Pengalaman saya sendiri pula, saya hanya menghias sendiri saja hantaran kepada pihak lelaki. Lain pula bagi pihak lelaki yang mengupah orang untuk menghias hantaran kepada saya. Kos menghias sendiri jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos mengupah orang lain. Saya hanya berbelanja sejumlah RM250 untuk membeli barang-barang hiasan seperti bunga artificial, bakul, kain net dan lain-lain. 

Berbelanja la dengan berhemah. Itu belum kira kos kenduri, mini pelamin dan baju lagi. Apepun, terpulang juga kepada kemampuan masing-masing. Kalau dah bajet tu sampai 10 ribu, tak payah la pening-pening nak fikir, upah je la wedding planner boleh je dia setelkan A to Z..Kalau korang nak tau, saya hanya habiskan RM3000 untuk kos keseluruhan termasuk la majlis kenduri, mini pelamin, baju sewa, jurugambar, makandam, doorgift dan juga hiasan hantaran.

Mini Pelamin + Baju = RM750
Catering = RM1000
Hiasan hantaran = RM250
Jurugambar = RM300
Doorgift = RM500
Mak Andam = RM150


Mari layan gambar hantaran tunang...

5 items from him to me: Sireh Junjung, Cincin tunang, Tart cake, Kain pasang, Telekung Sembahyang

7 items from me to him: Sireh Junjung, Kain Pasang, Kemeja + Tie, Fondant Cake, Red Fruits, Chocolate Loaker, Man Utd Jersey (handmade decoration)



Hantaran Perkahwinan

Ini saya taknak citer panjang sebab dah pernah buat entri mengenai Tips Mengenai Bajet & Persediaan Majlis Perkahwinan. Kalau rajin, baca la entri tu ye..

Hantaran kahwin pun sama. On our side, kitorang buat sendiri je. Tapi as usual la kan..Of course la kena ada Sifu kami iaitu tak lain tak bukan my beloved ummi. Sangat bertuah la kitorang (kitorang tu merujuk kepada saya dan Angah) sebab Ummi memang sangat kreatif menghias hantaran kami. Just beli je barang-barang hiasan tu, nanti ada je la idea kreatif dia. Memang puas hati!! Ummi memang selalu jugak dulu-dulu buatkan hantaran untuk pakcik  makcik kami. 

Taknak citer panjang, jom layan gambar lagi nak?



9 items for him: Sireh junjung, cincin,kasut, seluar slack + belt, jam, parfum, kain songket, Quran, cake


Semua kat atas ni my mum yang tolong buatkan..Saya banyak tolong bagi idea n tampal-tampal je. Ummi memang seoarang yang sangat particular..setiap inci tu dia berkira, tapi berbaloi lah dengan hasilnya kannn!!


7 items for me: Sireh junjung, Cincin, Quran, kasut + jam, purse + handbag, cake, makeup (not include replika cek)


Haiii..kalau tiap kali tengok mesti rasa geram je dengan my husband..Meh nak citer skit..Actually kitorang dah discuss sebelum dia mintak tolong kakak dia carikan orang buatkan hantaran ni. Banyak kali dah bagitau, hantaran i bagi you tema silver, hantaran you bagi i tema gold..Alih-alih bila sampai je rombongan lelaki, nengok aikkkkkkk..apesal kaler silver gak ni??? Okay, rupenye dia tak inform pun kat sister dia yang temanya kaler gold...ok, sabar je time tu sebab belum nikah kann..dah setel je sebut, "SAH"..terus jegilkan mata kat dia..Tanpa muka bersalah dia cakap "lupa lah yangggg...".Then saya jawab, "hokeh, takpelaaaaa...dah kawin pun yanggggg..grrrrrrrrr!!!!!!!!!".


Okay, kalau korang nak tiru-tiru idea decoration hantaran ni adalah dialu-alukan..Sharing is caring!! =)



2 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...