Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, January 14, 2011

Kelahiran Bayi Pra Matang

DOA IBU MENGANDUNG

"Ya Allah, peliharalah anakku selama di dalam kandunganku dan sembuhlah segala penyakit. Sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh dan tiada sembuhan melain dengan penawarMu. Ya Allah, lahirkanlah dari kandunganku ini dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera. Ya Allah, jadikanlah anakku ini sihat, sempurna, cerdik, berakal dan berilmu serta beramal soleh. Ya Allah, elokkanlah perangainya, fasihkanlah lidahnya dan merdukanlah suara untuk membaca al-Quran dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w."
 (Sumber: Buku Amalan Ibu Mengandung, Ustzh. Nor Baayah bt. Mahamood)

Berat hati rasanya nak kongsi apa yang saya lalui sepanjang kehamilan ni. Tak mengapalah, niat saya adalah untuk berkongsi kepada rakan-rakan agar dapat mendoakan kandungan saya sentiasa berada dalam keadaan sihat, sempurna akal dan sifatnya.


Semasa kandungan saya berusia 6 bulan (24 minggu), doktor mengesahkan bahawa  saya mempunyai air ketuban yang berlebihan atau saintifiknya dikenali sebagai Polihidramnios. Saya dinasihatkan untuk menjalani  Modified Glucose Tolerance Test (MGTT) yang mana bertujuan untuk mengenalpasti kandungan gula dlm badan..Air ketuban ini adalah air suci yang menjadi air minuman dan kencing bayi. Air kencing bayi juga akan menambah kuantiti air ketuban dan sekiranya berlebihan bayi akan menghadapi masalah menelan air. Polihidramnios ini boleh menyebabkan rahim mengembang dan menjadi lebih besar. 


Berikutan itu, saya juga perlu menjalani ujian ultra sound terperinci ataupun detailed scan bagi mengenalpasti tahap kesihatan my baby berdasarkan anggota / sifatnya seperti tulang belakang, buah pinggang, telinga, kaki dan tangan. Alhamdulillah..syukur sangat2 bila hasil keputusan daripada semua ujian yang saya lalui adalah Normal (-N-). Saya tidak mengalami diabetes atau kencing manis dan my baby pun sihat walafiat..


Bila kandungan dah masuk 7 bulan (28 minggu), saya diuji sekali lagi dengan dugaan Allah s.wt. Doktor mengesahkan saya bakal melahirkan bayi pra matang..Ya Allah!!! Kuatkanlah hati hambaMu ini!!..saya mendengar dengan teliti segala penjelasan doktor mengenai kandungan saya. Berikutan itu, saya disuntik 2 kali utk kuatkan paru-paru baby. Menurut doktor, kepala bayi saya sudah pun masuk ke pangkal rahim dan bila-bila masa sahaja saya boleh bersalin. Luluh jantung bila mendengar segala penjelasan doktor tadi. Namun, saya tetap kuatkan hati di samping sokongan suami yang banyak membantu saya sepanjang tempoh kehamilan ini. Thank you so much to my husband!!


Doktor menasihatkan agar saya banyakkan berehat, kurangkan berjalan dan tidak melakukan kerja-kerja berat. Baik di rumah mahupun di pejabat. Saya diberi cuti 3 hari dan setiap kali check up doktor akan bekalkan 'Light Certificate' kepada saya untuk dimaklumkan kepada Ketua Jabatan. Bila perkara ini saya maklumkan kepada ahli keluarga saya, sudah tentu umi dan abah la orang yang risau dengan kesihatan saya. Perkataan pertama yang keluar dari mulut abah, "Itulah,..orang degil dari kecik smpai ke tua degil..". Saya faham sangat kenapa abah cakap macam tu..Saya ni jenis orang yang tak duduk diam, suka paksa diri..biarlah penat smpai lebam pun..kalau nak buat sesuatu tu akan kerahkan jugak tulang empat kerat ni..Umi pula dah suruh ambil cuti sebulan tanpa gaji..yela, saya tau jauh di sudut hati umi tu dia nak jaga saya kat sini, tapi kalau dia jaga saya siapa pulak nak tengok2kan abah bila dialisis nanti..Jadi, saya cekalkan hati untuk terus bekerja,.kalau duk rumah sensorang pun mesti nak layan emosi je kan. Kurang2 kat ofis ni saya ada kakak sebilik @ teman rapat tmpt saya mengadu domba..hehe


Minggu ini kandungan saya dah 8 bulan (32 minggu). Bila pergi check up hari tu doktor scan lagi utk tengok paras air ketuban. Alhamdulillah sangat..sebab tiada peningkatan pada paras air ketuban..Baby saya pun semakin membesar dengan beratnya 1.6kg. Menurut doktor, saya perlu bertahan dan banyakkan berehat sehingga kandungan mencecah 34 minggu. Bila dah melepasi 34 minggu tu, doktor dah tak risau sangat sebab saiz dan berat bayi dan meningkat kepada 2kg. 


Saya sentiasa berdoa kepada Allah s.w.t agar bayi saya dilahirkan pada tarikh yang sepatutnya ataupun tidak lah terlalu awal. Saya tak boleh bayangkan bagaimana baby saya perlu dimasukkan dalam inkubator dengan saiz badan yang sangat kecil dan disuluhkan dengan lampu2 biru. Hari-hari saya cakap dengan my baby, "Baby..baby kena kuat macam umi..baby bertahan sikit hari je lagi..baby kena besar sikit dlm perut umi.. baru baby kuar eaa..".Saya tau dia dengar apa yang saya cakap, sebab tiap kali tu dia akan beri respon dengan menumbuk perut saya..


Saya cuba mendapatkan seberapa banyak info mengenai kelahiran bayi pra matang ni. Yela kan, sudah tentu saya tertanya-tanya apa punca sebenar kelahiran bayi pra matang ini. Bila dilihat kembali, rupa-rupanya kelahiran bayi pra matang ini adalah sangat berkait rapat dengan Polihidramnios. Sehingga kini, doktor masih tidak dapat mengenalpasti punca berlakunya Polihidramnios.


Walau apa pun dugaan yang diuji, saya tetap bersyukur kepada Allah s.w.t kerana sekurang-kurangnya saya mempunyai kekuatan untuk melalui saat kesukaran sepanjang kehamilan ini. Saya percaya kekuatan ini saya perolehi daripada sokongan, doa dan semangat dari semua yang mendoakan kesihatan saya. Saya anggap ini semua ujian dari Allah s.w.t. Mungkin dulu ada ketika saya alpa dengan duniawi, banyak masa-masa terbuang dengan dosa sehingga tiada ruang untuk mendekatkan diri denganNya yang Maha Mencipta. Saya anggap ini adalah salah satu penyucian dosa. Dulu saya pernah diuji, insyaallah ujian kali ini saya akan lebih kuat utk tempuhinya dan redha dengan apa yang ditentukanNya. Semakin kita di uji, itu tandanya Tuhan mengingati dan menyayangi kita. Ingatlah, walau apapun ujian dari Allah s.w.t., tentu ada hikmah disebaliknya..Wallahualam..


~end~





12 yang mengekspresikan diri:

ez_izah said...

kemn.....izah doakan semuanya selamat n sihat walafiat utk kemn n baby..insyaAllah, Allah tu Maha Pengasih kan...DIA xkan sesekali melupakan hambaNya yg sentiasa dekat denganNya...izah rase, baby kemn mndgr ape yg kemn ckpkn tu..insyaAllah, semuanya akan berjalan dgn lancar...jgn lupa bgtau izah eh once dh bersalin..izah n faez will pray for u n baby...=(..(sedih baca post ni)

Kemn Azmaili said...

izah dearie,
tqsm for ur praying babe..kemn pun hari2 duk bercakap dgn baby ni..hoping dat he is listening his mommy's wish..ok babe, kalau dah bersalin nanti akanku uar2kan pd semua!!! =)

ez_izah said...

alhamdulillah...=))

Princess Cindellyna said...

Semoga selamat semuanya...amin.

Anonymous said...

salam kema.. ingat asma lagi....
sabar yer... sedih biler baca artikel nie.... doa banyak2 sebab doa tue kekuatan kiter.... ummi kena kuat anak akan kuat jugak insyallah... asma pun dah ader pengalaman mengandung.... sabar yer...

dhr said...

InsyaAllah Kemn and baby akan ok. Doa banyak-banyak, ye. Keep strong!

crushhio said...

insyaAllah semuanya akan lancar. Sama-sama lah kita berdoa.

Kemn Azmaili said...

Izah, Farah, Asma, KDian, AbgEde,

Thank you to all for ur praying..Apapun saya kena kuat..n really hope my baby pun kuat..Insyaallah! Tqsm again..

azlin~mikail said...

salam kema..

kak lin juga sentiasa akan doakan keselamatan kema dan baby. semoaga semuanya bjalan lancar. kema kena kuat utk baby kema. jgn2 sedih2 tau sebab tu boleh mengganggu perkembngn baby.

nurse pnh pesan kt kak lin..ms nk tggu bsalin, jgn stress, panic or takut. just rileks..bila rasa je sakit..tarik nafas dalam2 thn hembus ikut mulut. ini nk elakkn baby dr poop dlm perut.

all the best ye kema. insyaallh..doa2 org tersayang sentiasa bersama kema.

oh ya..jgn lupa minta ampun dan maaf dari keluarga terutamanya husband dan ibu. doa restu dr mereka insyaalh akan memudahkan kema.

Kemn Azmaili said...

tqsm to kak lin..insyaallah semuanya akan baik..tqs m again!!! hugs =)

azean said...

kemn,kisah kemn same dgn sy la,bezanya air ketuban sy kurang..and last2 sy melahirkan bayi pra matang mase 32 minggu..sguh byk dugaan mjaga bayi pramatang..sebulan di iccu hspital kuantan..and every month kena bwak jumpe pakar..untill now,my son alwayz demam..antibodi bayi pra matang tak kuat..i wish u and baby selamat hendaknya..

Kemn Azmaili said...

azean,
yeke awak..itulah yang merisaukan saya..sekarang ni saya dah 34 minggu..alhamdulillah berat baby pun dah makin bertambah ke 2.5 kg..harap sangat baby saya deliver 2 atau 3 minggu lagi..itulah kan, rasa sedih tgk baby bila terlalu kecil..thank u for u praying babe..insyaallah kesihatan anak awak juga berpanjangan..kita doa sama-sama utk ank kita ya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...