Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, January 18, 2011

Kelas Antenatal : Excitement & Infotainment!!


Salam to all!! Still remembered about my previous entry (Kelas Antenatal) ? So, hari ini saya nak share dengan semua mengenai Kelas Antenatal yang telah saya hadiri pada 17 Januari 2011 (Isnin). Kelas tersebut bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 4.00 petang. Kelas ini dianjurkan oleh Jabatan Obstetrik & Ginekologi (O&G), Hospital Putrajaya. Peserta yang hadiri pun tak ramai, hanya 8 pasangan je termasuk lah saya yang tidak ditemani suami ni..sob..sob..sob..It's okay lah, walaupun suami terpaksa bekerja demi negara yg tercinta, saya tetap rasa sangaaatttlahhh berbaloi menghadiri kelas ini !!! Memang berbaloi..loi!! 


 So, ini adalah antara skop program / ceramah / aktiviti sepanjang Kelas Antenatal ini:



Ceramah 1 : Pengenalan Mengenai Kehamilan & Proses Bersalin
Highlight Topic: Tayangan Video
  • We're so lucky sebab diberi peluang untuk menonton video mengenai proses semasa bersalin tau!! Real punya!! Masa tengah tengok video ni, saya boleh lihat para suami yang menemani para isteri pegang erat tangan isteri masing-masing..shuwittt gitu..(me, tengok je la..huhu)..Paparan video ini bermula daripada contraction yang di alami oleh si ibu (orang Thai)..jelas kelihatan kesakitan yang dialami oleh si ibu sepanjang contraction berlaku..seterusnya paparan diteruskan dengan bukaan pada faraj ibu yang menampakkan kepala bayi yang akan ditarik oleh doktor dan pada masa yang sama si ibu sedang bertarung nyawa untuk menolak keluar (push out) bayi. Bila mana bayi selamat dikeluarkan, jelas kelihatan perasaaan yang sangat lega bercampur gembira pada raut wajah si ibu !!! (me, rasa nak nangis time tu..)..Setelah itu, tiba pula giliran kakak or adik (uri / plasenta) untuk dikeluarkan..dengan perlahan ia dikeluarkan. Bayi yang dilahirkan tadi dicuci dan ditenangkan dengan meletakkannya di dada si ibu bagi pemberian susu pertama (kolostrum).

Ceramah 2: Pemakanan Semasa Hamil dan Postnatal
Highlight Topic: Komponen dalam Pertambahan Berat Badan Ibu Mengandung

SEMASA KEHAMILAN

3 Komponen Makanan Seimbang:
a) Makanan yang bekalkan tenaga - karbohidrat dan lemak (nasi, roti, keledek, jagung, minyak masak, gula)
b) Makanan yang membina tubuh - protein (ikan, daging, telur, susu, kacang, tauhu)
c) Makanan yang elakkan penyakit - vitamin dan mineral (sawi, tomato, lobak, buah-buahan)

SEMASA POSTNATAL

* Makan makanan yang seimbang sama seperti semasa kehamilan.
* Tambahan nutrisi: -
  • Sayur-sayuran - brocolli, saleri, sawi jepun
  • Buah-buahn - limau sunkist, pear, lai
  • Meminum air yang banyak untuk tujuan penghasilan susu
  • Makan ikan yang segar untuk dapatkan protein (jauhkan ikan kering)
  • Elakkan makanan yangmempunyai campuran halia (boleh menyebabkan jaundis)

Ceramah 3: Persediaan Bersalin
Highlight Topic: Demonstrasi Memandikan Bayi 

  • Me mmg teruja sangat time nih!! Yelakan, asik ceramah je mesti ada sedikit boring kan..so bila ada pratikal mcm ni saya terus grab peluang ni untuk jadi volunteer demo mandikan baby..walaupun saya dahpun biasa mandikan anak adik-adik / anak sedara masa diorang baby dulu, tapi rasanya tak salah kalau kita belajar dengan sebetulnya teknik-teknik mandikan baby ni..Seronok experience ni, buat saya tak sabar pulak nak mandikan my baby nanti..!!!

Ceramah 4: Penyusuan Ibu
Highlight Topic: Konsep Rakan Bayi dan Kebaikan Susu Ibu

KONSEP RAKAN BAYI
  •  Hospital Putrajaya sememangnya menekankan kepada kepentingan susu ibu kepada bayi yang dilahirkan. Lekapan badan bayi di dada si ibu merupakan salah satu cara mengekalkan penyusuan. Bayi akan ditempatkan 24 jam sehari bersama ibu mereka (kecuali bagi yang bermasalah) untuk tujuan penyusuan dan puting tiruan adalah tidak dibenarkan sama sekali dibawa ke hospital ini.

KEBAIKAN SUSU IBU

Penyusuan ibu banyak memberi kebaikan sama ada kepada ibu, bayi dan juga keluarga. Antara kebaikannya ialah:
  • Mengeratkan kasih sayang di antara si ibu dan bayi (bonding)
  • Mempercepatkan pemulihan kesihatan si ibu (mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan yang berpanjangan)
  • Mengurangkan risiko selepas bersalin (kanser ovari, kanser payudara dan berlebihan berat badan)
  • Mengelakkan alahan kepada bayi (kaya dengan antibodi dan sel darah putih)
  • Mencegah pelbagai jangkitan (kaya dengan vitamin A dan vitamin B)
  • Faktor tumbesaran dan pertumbuhan (kematangan usus dan cegah alahan)
  • Anak lebih bijak
  • Mengurangkan kos perbelanjaan (tidak perlu membeli susu formula)

Ceramah 5: Urutan Selepas Bersalin 
Highlight Topic: Unit Perubatan Tradisional dan Komplimentari
  • Unit ini merupakan unit khas yang menyediakan kemudahan urutan selepas bersalin kepada ibu-ibu yang melahirkan anak di Hospital Putrajaya sahaja. Di Malaysia, unit ini hanya terdapat di 8 buah hospital kerajaan sahaja dan hanya 2 daripadanya yang menawarkan perkhidmatan urutan selepas bersalin, dan Hospital Putrajaya adalah salah satu daripadanya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah PERCUMA!!! (FPP pun dapat free jugak ye!!).
  • Antara perkhidmatan selepas bersalin yang ditawarkan oleh unit ini ialah MANDI SERUM, BERTUNGKU, URUTAN DAN MEMBENGKUNG (BARUT).

Ceramah 6: Senaman Antenatal & Postnatal
Highlight Topic: Demonstrasi senaman

Masa ni nurse2 duk prepare utk senaman yang kami akan pelajari..
  • Sesi ini merupakan sesi penutup bagi Kelas Antenatal yang saya hadiri ini. Memang seronok!! Banyak ilmu-ilmu baru yang saya pelajari dan insyaallah akan saya praktikkan selepas ni. Balik je rumah, terus buat demo depan my husband senaman yang telah saya pelajari. Pastu terus terbungkang tidur sebab sangatlah penat hokehhh!! Badan dah rasa sengal, sebab urat dah lama duk diam tak exercise..Yelakan, sebelum ni kita tak tau yang banyak jugak rupanya senaman yang boleh kita buat time pregnant ni..Lepas pregnant pun ada senamannya jugak tau..siap doktor ajar senaman nak ketatkan semula rahim..hehe (penting tu tau!!, kalau nak tau saya sedia membantu dan berkongsi!!)
Selepas selesai Kelas Antenatal, urus setia telah memberi peluang kepada kami semua untuk melawat ke Dewan Bersalin..bagus jugak pendekatan yang di ambil ni..sedikit sebanyak ia membantu kami yang bakal melahirkan baby ni untuk tidak terlalu 'terkejut' dengan keadaaan / situasi ketika dalam dewan bersalin nanti.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga kelas antenatal ini. Saya rasa sangat berbaloi untuk bakal-bakal ibu ikuti kelas seperti ini bagi persediaan menyambut kelahiran bayi sama ada dari aspek mental dan fizikal. Pandangan saya, kelas ini banyak memberi informasi untuk kita praktikkan bukan sahaja kepada kelahiran bayi pertama, malah juga untuk kelahiran yang seterusnya..Insyaallah!!

~end~

2 yang mengekspresikan diri:

♥My Perfect High Heels ♥ said...

dewan bersalin 2 kali msuk sini.. cuak dgr ramai mak2 nangis n jerit2 hehehhe...

Kemn Azmaili said...

mak aiii...saya pulak cuak bila awak cakap camtu..harap2 semuanya ok..insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...