salam to all..hari khamis last week my husband ajak saya teman untuk jumpa doktor buat kali yg ke 4. Al-kisahnya begini...
Sakit my husband ni start masa sebelum kenduri aqiqah hadif hari tu,dia gaduh duk sakit hidung.rasa menyucuk terus tangkap ke kepala..bila pg jmp doc, bg ubt thn sakit, pastu hlg la kejap.then sakit blk..so sy decide utk bwk dia jmpa specialist.
Bila dh pegi jmpa specialist, doc suspect my husband kna signus..tapi bila try scope hidung dia, tak nampak kritikal pun. so that, doc jus tmbh antibiotik je. ingatkn dh okey,tapi sakit dia tu makin menjadi. nak2 bila kena air con..so bila sy dh blk sini, my husband ajak lg utk jmpa pakar ENT. bila doc check, kali ni mmg dia npk tanda2 nk jadi signus. so dia trus ckp kna operate utk buang lendir signus tu plus nk try to figure out jugak mslh2 lain. According to the doc, kalau hidung my husband tak da masalah, maybe kena refer neurologist sbb my husband selalu gaduh sakit kepala kann..
Malam pertama my husband duk hospital, mama dan papa yang temankan dia. Saya tumpang tidur rumah kakak sulung my husband kat Bukit Subang. Berat hati nak tinggalkan suami, tapi nak buat camna kan..kesian pulak dengan my baby nak kena tidur hospital.
Keesokannya, doktor cakap my husband kena masuk OT pukul 9 am. Masa tu saya dah otw nak ke hospital. Hopefully sempatla nak jumpa dia before dia masuk OT. Bila sampai je, memang my husband still ada dalam bilik dia. Doktor cakap kena delay pulak ke pukul 11 sebab ada emergency operation lain.
Tepat jam 11am, my husband dah bergerak ke bilik OT..Saya mengiringi dia sampai ke luar OT je. Pucat-pucat muka dia saya tengok, ye la kan..orang tak pernah masuk spital, tetibe je kena operation. nasib baik kena bius penuh, tak sedar pape lah..
Nak dekat pukul 1pm cam tu, nurse dah hantar my husband naik ke bilik. Dia dah pun sedar, tapi macam mamai-mamai lagi. Maybe kesan ubat bius tu tak hilang lagi, so dia tidur je. Petang skit dia bangun, saya tanya sakit lagi ke tak. Dia cakap dah okey skit, tapi ada skit-skit pening. Saya tengok dia macam lesu je lagi, so hari ni saya decide nak jaga dia kat hospital..bertemankan lah my baby tu. Alhamdulillah, my baby tido bukan main nyenyak kat hospital ni..tak bangun-bangun pun sampai pagi..hehe
Esoknya doktor datang visit my husband pagi-pagi lagi. Doktor explain kat kitorang, yang my husband ni memang ada signus tapi peringkat awal. Kata doktor, ada nanah-nanah pekat dalam hidung my husband tu, itu yang buat dia jadi sakit kepala. tapi hari Khamis ni, kena pegi follow up lagi sekali sebab nak kena check condition dia. Doktor ada bagi tisu-tisu dalam hidung my husband tu yang mana ia juga salah satu penyebab yang membuatkan hidung my husband sakit.
Alhamdulillah, saya tengok dia dah tak da tahan-tahan sakit macam dulu. Cuma dia ada rasa pening-pening skit je. Saya doakan daddy Hadif cepat sembuh dan sihat seperti dulu. Anggaplah ini dugaan dan ujian dari Yang Maha Esa untuk kita sama-sama lebih mendekatkan diri padaNya. I love u sayang!!
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment