Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, May 24, 2011

Lagu untuk Hadif tidur..

Rutin sekarang, pagi dalam pukul 7.30pagi minta tolong husband start engine kereta sambil-sambil saya nak bersolek untuk ke pejabat. Then gerakkan Hadif dari tidur, main dengan dia jap sambil borak-borak. Hari-hari saya akan cakap benda yang sama, " Sayang ummi,..ummi nak pegi work ni, Hadif tinggal rumah acik (babysitter) kejap ye..nanti petang ummi amik Hadif..Ummi kena work sebab nak tolong daddy hantar Hadif pegi school..Anak ummi kena jadi goodboy ye..kena dengar cakap ummi n daddy k, sayang..takmo nangis ye, ummi pegi work kejap je..." ha, lebih kurang macam tula diolog saya hari-hari dengan Hadif..then, dia akan bagi respond tau!! Tu yang seronoknye, walaupun saya tak faham apa yang dia cakap, tapi saya tau dia faham apa yang saya nak sampaikan.. =)


Bila balik dari kerja, saya akan ambil dia jugak. Sampai je rumah kami, saya akan berborak dengan dia. Bagitau dia yang saya rindu sangat nak jumpa dia..Tapi biasanya, otw balik dari rumah BS tu, dia sempat lena dalam kereta, so saya akan angkat dia terus naik atas, tidur dalam playpen dia. Sebelum Maghrib dia akan bangun, sebab dari kecil lagi saya memang ajar dia tak tidur time Maghrib. Then, kitorang akan berbual dengan dia, sambil tu dia akan main Playgym dia. 


Pukul 9.30pm, it's time to sleep..Hadif saya tidurkan di bahu saya. Saya akan tidurkan dia dengan lagu febret nya, ZIKIR MUNAJAT. Zikir ni memang saya amalkan setiap kali nak tidurkan Hadif. Sambil saya berzikir, dia pun nyanyi jugak sama..Kalau dah habis zikir tu, dia still tak tidur lagi..saya sambung dengan lagu 25 Nabi. Kalau tak tidur juga lagi, saya sambung dengan lagu Alif, Ba, Ta, Sa, Jin, Ha, Kho, ......Hamzah Ya.. Bila dia dah tidur, saya akan bacakan ayat Qursi, 3 Qul, dan Subhanakainni kuntum minazzolimin serta Selawat keatas Nabi..Hadif pun tidur..zZZzzZZ...
Amalan-amalan ini merupakan beberapa amalan yang diamalkan oleh Rasululllah. Saya cuba terapkan kepada anak saya sejak lahir lagi agar dapat membina peribadi seperti Rasululllah..insyaallah

2 yang mengekspresikan diri:

^effa^ said...

salam.. effa nak tanye, effa dah baca entry sebelum. kalau operate camne nak breast feed baby ye? and breast pump mane yang ok? sbb effa mmg kene operate. baby still breech.

Kemn Azmaili said...

effa,

saya bf my baby dengan cara "football"..badan dia awak kepitkan dilengan awak..angkat kepala dia terus ke breast..mmg xsakit..

insyaallah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...