Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, May 23, 2011

Kenapa saya tak fully BF my baby?

Salam to all my dear readers!!


Agak cemburu dengan those mommies yang full BF baby diorang. Saya tau semua orang cakap BF ni semuanya depends on mindset kita. Kalau kita dah set nak BF anak kita, makanya memang banyak la susu tu keluar. Saya mempunyai masalah less milk production yang mana saya dah mula campur susu FM masa my baby nak dekat 2 bulan. Sedih..tapi nak buat macam mana. BM saya mula berkurangan lepas saya balik sekejap ke Putrajaya untuk checkup perut. Seminggu saya duduk berdua dengan anak (husband kerja), tanpa bantuan dari orang lain. Dalam keadaan yang masih tak stabil lagi (nak jalan pun rasa tak larat sebab nak jaga jahitan ceasar), terpaksa buat sendiri semuanya. Makan minum pun jadi tak teratur, kalau sempat saya makan, kalau tak sempat, ikat perut la jawabnya sampai husband balik kerja. Bila nak start pumping je, at the same time jugak la my baby merengek nak susu. Bila dia tidur, saya baru boleh makan. Pendek kata, memang mencabar lah sebab semuanya kena buat sendiri. Bila saya dah banyak missed pumping session, my BM pun jadi makin berkurangan. Biasanya, sekali pam saya dapat 2oz, bayangkanlah kalau makin kurang daripada tu. Korang rasa berapa oz je yang saya dapat? Sedih..taknak bagitau..


Untuk mengekalkan my baby minum my BM, saya bagi dia direct je frm breast. Sekarang dah start kerja kan, so lepas balik kerja saya akan bagi dia minum sebelum dia tidur malam. Saya bukan tak cuba pump, dah cuba tapi hasilnya...hurmm..Inilah cabaran bila kita duduk sendiri ni tambahan pula bila bersalin c-sect. Operation saya pula bukan macam orang lain yang c-sect delivery. Biasanya doktor akan potong melintang kan? Perut saya pula dibelah secara menegak due to my previous major operation seperti cerita dalam entri saya hari tu. So, lukanya memang lambat baik sikit compare dengan scar yang dipotong melintang.


Ada juga yang cakap c-sect delivery juga adalah salah satu faktor less BM. Sejauh mana fakta or mitos ni saya tak pasti. 


Sekarang Hadif minum susu Enfalac A+. Masa mula-mula saya campur susu, Hadif ada masalah nak poo2 dan kerap muntah. So saya bawa dia pegi jumpa Paed's. Bila saya bagitau doktor, dah macam-macam susu saya cuba, including Enfalac, but doctor immediately answered, " Back to Enfalac A+". Walaupun susu ni agak mahal, saya rasa tak salah laburkan sedikit duit demi menjaga kesihatan anak. Saya tau breastmilk adalah yang terbaik plus ia adalah satu-satunya susu yang tidak berbayar , tapi susu ini adalah alternatif kepada ibu-ibu yang kekurangan susu badan seperti saya. Buat masa ni, saya tak jumpa lagi mana-mana kedai yang jual susu Enfalac A+ ni semurah supermarket dekat rumah saya di Kuantan. Tunas Manja. Kat situ saya beli dengan harga RM59.50 per 600g. Kat sini yang saya beli harganya semuanya RM60 ke atas.
Ihsan Google
Sampai sekarang, saya still jealous dengan ibu-ibu yang menyusukan baby nya secara eksklusif walaupun sudah bekerja. 


p/s: Insyaallah kalau ada rezeki 4 or 5 tahun lagi, saya nak cuba susu kan baby saya secara eksklusif sampai umur 2 tahun, paling kurangpun 6 bulan..

~end~

6 yang mengekspresikan diri:

Anonymous said...

Salam..my girl pn minum susu nie..setakat nie pling murah yg i survey kedai baby winsome area kulim RM57..

Kemn Azmaili said...

wah..murahnye..tapi jauhnye i nak pegi kulim.. =)

noor safarinie said...

xpe...jgn susah ati. saya pun hanya mampu DF smp setahun je lepas tu anak menggigit so saya kena stop sebab takde perubahan. bila anak dah refuse DF , saya pun mula hilang motivasi untuk terus pam susu sebab susu saya banyak bergantung dgn kadar kerapan anak menyusu DF. since anak sudah mula menolak, saya takut anak tak cukup susu, saya beli Pediasure. Bak kata awak, biar lebih asal sihat itu saya setuju...bukan nak menunjuk. saya tak nafikan susu ibu memang terbaik n tidak kena kos, dan saya telah untung selama setahun tanpa perlua keluarkan kos beli susu serta anak yang jarang sakit...tp saya rasa bila susu makin berkurangan ada patutnya kita beli susu formula untuk menampung keperluan baby yang semakin membesar. pam susu badan wpun sedikit buat supplement setiap hari adalah satu cara untuk terus bekalkan susu badan pada anak. selamat mencuba!

elly ilyani said...

sy pon baru nk try enfalac A+ ni..now our baby boy 8months 8days..coz bln puasa ni kan?evrytime afer pump badan mmg akan menggigil, perot lapar smpai sakit mencucuk2..n then berat da turun berkilo2 now tggal 43kg jek..but it's ok.hmm actually still ragu2 gak takut my baby x sesuai dgn susu ni..coz weekend bila bersama = biasanya sabtu dia x po poo.. ahad mlm baru po poo.. cam 2 hari sekali la plak dia po poo.. ok ke tu?coz actually sehari bg dia sebotol dua je selang seli dgn EBM n mlm fully direct bf.. really scary nk melalui perubahan.tp nk bg fully bf sy plak x mampu.. sgt risau..

From:
elly ilyani (my facebook)
^^*

Kemn Azmaili said...

noor safarinie,

terima kasih atas atas perkongsian awak. sedih kan bila lama-lama susu kurang..

Kemn Azmaili said...

elly ilyani,

itulah cabaran kita kalau tiada pembantu di rumah. kalau awak nak tau, my baby masa mula-mula minum enfalac pun mmg macam tu. dah jumpa Paeds, normal katanya.sebab kita campur susu kan..nak get used dgn susu baru tu perut mmg macam tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...