Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, May 9, 2011

Today is 1st Day : back to work & left Hadif with Baby Sitter

Salam to my dear readers!!

Entri ni saya hari ni ada 2 cerita..

Tempat Kerja Baru
Hari ini hari pertama saya kembali bekerja. Memang hari ni agak mendebarkan bila nak masuk kerja. Ye la kan..saya kan dah tukar jabatan. Kini, saya di Bahagian e-KL, MAMPU di Cyberjaya. eKL???? apekebende tuh?? Nama nya pun dah mencemaskan saya. Kalau dah "e-" depannya, mesti tak lari dengan sistem or aplikasi..Adus,dus..saya ni la dah celik kabur IT, apesal la dapat duk sini..so, bila dah sampai je ofis baru ku ni, wahhh..wahh..santek sunggohh!! dah macam hotel..lawo bebenor..pegi terus kaunter pertanyaan untuk dapatkan pas pelawat.

Owh, eKL ni aras 4 (sama dgn ofis lama saya jugak di LPKP dulu). Tepat jam 8.30am, ada morning prayer, lama dah tak join benda cenggini. dulu masa ofis kat MOE memang ada morning prayer tiap hari isnin. so, saya tak kekok sangat la sebab dah biasa dengan keadaan ni. As usual la kann..kata staf baru..mesti kena introduce my self, rasa lain skit sebab sekarang dah kena tuko status " saya sudah berkahwin dan baru melahirkan cahaya mata..bla..bla.." hehehe..Lepas morning prayer, saya kena ngadap Timbalan Pengarah Seksyen (R).. (R) lagi!! Dulu kat LPKP saya duk Bahagian (R) a.k.a Rayuan. Tapi kat eKL ni nak tau (R) ni stand for wht? alahaaiii..panjang nauuuu..

REKAYASAAN PROSES DAN PROSEDUR..amik kau!!hehe.. Roughly, seksyen ni buat lebih kepada buat kajian bagi projek-projek kerajaan yang berkaitan dengan sistem penyampaian yang melibatkan penggunaan IT dan ICT untuk berurusan dengan pelbagai agensi kerajaan. Korang pernah dengar NCER? ECER? Haaa..itulah koje baru kawaii..kemungkinan saya perlu melibatkan diri secara langsung dengan projek NCER.haa..lega sikit lepas bos TP dan brief skit pasal skop kerja seksyen saya ni. Basically, it is all about research!! Walaupun ku tak begitu mahir dengan kaji mengkaji ni, saya bersyukur sebab bukan melibatkan sistem!! haha..

Kesimpulannya, hari pertama saya bekerja sangat best! Kalau boleh bagi bintang dari 5, saya bagi 3 setengah la..sebab baru sehari kann..

Hadif dah tinggal dengan Baby Sitter
Hari ni juga my baby dah tinggal dengan baby sitter. Pagi-pagi tadi dalam pukul 7am saya dah hantar dia ke rumah Faizah. Alhmadulillah dia tak meragam, cuma semalam je dia meragam sikit, tiba-tiba tak nak minum susu botol. sibuk nak 'gantung' je..tapi bila saya dah pujuk-pujuk dia, baru dia okey nak continue minum susu dalam botol..anakku..anakku..takmo mogok-mogok dah ye sayangg!!Tadi pukul 10am saya call Faizah, tanya macam mana dengan Hadif, dia kata Hadif okey, tengah duk main. Masa tengah bercakap dengan Faizah, memang saya dengar suara my baby tengah berborak , main dengan playgym dia tu. Alhamdulillah sangat!!! Anak umi memang kena good boy selalu kan!!

Alhamdulillah, saya berdoa agar hari seterusnya bertambah baik dari hari sebelumnya..Semoga Tuhan melindungi keluarga saya dari sebarang malapetaka dan sentiasa merahmati kehidupan kami sekeluarga..ameen..

~end~

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...