Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Sunday, May 15, 2011

Daddy Hadif 2nd time warded..

Salam to all,

Entri hari ini saya nak share pasal my husband yang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk kali yang kedua. =( 

Kenapa boleh jadi macam tu ye..

meh sini saya citer....

Sebenarnya sakit yang dialami oleh Daddy Hadif (DH) ni dah berlarutan nak dekat sebulan lebih dah. Alkisahnya DH mula sakit lepas makan udang galah sehari sebelum kenduri aqiqah anak kami sebulan yang lalu. Lepas balik dari makan udang galah kat Rompin (dia ikut abah saya pergi ambil lembu), otw back tu dia text saya bagitau yang dia sakit kepala dan hidung. 

Esoknya (Sabtu) masa majlis aqiqah berlangsung, dia dah flat..tak boleh bangun, pening campur sakit hidung dia tu meluap-luap. Petang lepas kenduri, saya bergegas bawa dia ke klinik. Bila dah jumpa doktor, doktor cakap maybe DH alergi dengan udang galah tu. So, doktor bagi ubat alergi, painkiller, antibiotik. Bila balik rumah, DH sakit balik..

Esok nya pulak (Ahad), saya decide nak bawa husband jumpa specialist kat Kuantan Specialist Hospital (KSH). Tapi malangnya, doktor pakar ENT (Ear,Nose&Throat) takda la hari Ahad. So esoknya, saya bawa lagi ke KSH untuk jumpa pakar ENT..

Bila dah jumpa pakar ENT tu, doktor masukkan scope dalam hidung DH untuk check sama ada, ada signus atau tidak. Keputusannya, tiada..=) Tapi doktor ada bagi ubat antibiotik untuk kurangkan sakit tu. Bila balik rumah, DH still rasa sakit..dan yang paling teruknya langsung tak boleh kena air con..

Bila dah balik ke rumah kami di Putrajaya, DH macam ada berubah skit karekter dia. Dia jadi tak banyak cakap, diam, tidur je. Selalu gaduh sakit kepala+hidung. So, masa dia layan Hadif pun jadi kurang. Takpe, saya faham..sebab saya tau DH tak macam tu kalau dia betul-betul dalam keadaan normal. Dia orangnya happy go lucky, banyak bercerita (macam saya jugak), good listener & baik hati =) Sebabkan menahan sakit dia tu, dia jadi lain..Banyak kali saya ajak dia pergi jumpa pakar kat sini pulak, sebab macam pelik kenapa sakit dia tak baik-baik lagi. Sampai bila nak depends on painkiller je kan. Tapi tu la dia selalu refused, sebab katanya dia tengah sibuk sekarang ni. banyak kerja yang kena settle sebelum Jun ni.

Tapi hari Khamis 2 minggu lepas, dia memang dah tak tahan sangat. This time dia sendiri yang ajak saya pergi jumpa ENT. So, dia decide nak pergi Pusrawi sebab memba dia cakap kat situ tak ramai sangat, plus jumpa doc pun cepat. So, nak dijadikan citer doc ENT tu terus cakap kena operation. Citer selanjutnya pasal citer di Pusrawi ni ada kat SINI.

So, lepas je balik operation tu, sakit kepala dia still berlarutan. =( Saya memang risau sangat, sebab saya tengok dia macam sedih je sebab dah operate pun still sakit kepala. Dia ingat bila signus tu dah buang, sakit kepala dia berkurangan. Dia tanya saya," Kenapa i kena sakit ni ye?..Bila i nak baik macam sebelum ni ye?". Sedih saya dengar pertanyaan dia. Saya jawab:

"Sayangku, Allah sedang menguji sejauh mana ketabahan u menempuhi dugaan yang Dia uji melalui turunnya sakit ni pada u. Sakit kan penyucian dosa, jadi kita kena redha dengan setiap ketentuanNya kerana tentu ada hikmah disebalik apa yang terjadi ni. I faham keadaan u sekarang. I dah pernah alami apa yang u rasa sekarang, malah lebih teruk daripada ni. U sabar banyak-banyak k. ".

Hari Khamis lepas dia ada follow up dengan doc ENT tu. Doc tu suruh refer neurologist sebab sakit kepala DH still tak baik lagi. Nak dijadikan citer, doc neuro tu takda hari tu sebab main hospital nya adalah di Tawakkal. So, petang tu jugak saya bawa DH ke Tawakkal. 

Bila jumpa doc neuro tu, dia cakap kena warded sebab nak kena buat EEG & CT Scan. Apa yang saya faham, EEG untuk tengok wave dalam brain DH samada normal or tak. Kalo tak, possibility DH ada migrain. Esoknya, DH pegi buat EEG kat bawah. Saya follow juga bertemankan my baby sorang tu..Bila dapat result EEG, sah DH memang diserang migrain dua2 belah kepala!!  Patutla dia sakit sangat..

Bila dah dapat result CT Scan, alhamdulillah semuanya nampak normal. Syukur sangat!! Fyi, melalui CT Scan ni kita boleh ketahui kalau2 ada ketumbuhan or pendarahan dalam otak or perkara2 sewaktu dengannya (minta dijauhkan!)..

So, doc neuro memang bagitau yang DH memang ada migrain which is migrain inilah yang buat kepala dia rasa berdenyut-denyut macam nak pecah, dan terus tangkap ke mata dan hidung dia. Yang pastinya, kalau migrain DH ni dapat tau sebelum operation signus tu, kemungkinan besar dia tak perlu operate hidung pun!! Ish..ish..apa punya doctor lah, tak advise betul2. Terus nak operate, mementanglah kawan tu dah sakit bebenor. Macam saje nak ambil kesempatan nak duit.Takpe2, saya mesti think positive!! Apa yang penting, saya bersyukur semuanya selamat dan DH tak da sakit2 kritikal lain. Acc to the doc, migrain boleh hilang macam tu je, dan boleh datang macam tu je..

Jangan Stress (saya rasa ni faktor utama DH dapat migrain), jangan makan chocholate (our fav, lepas ni i sorang je makan), jangan minum kafein, milo, viko, koko(memang dia tak minum sebab dia peminum tegar air kosong..hehe). Semua tu boleh mengundang kepada migrain.

Doc kata Isnin baru boleh keluar wad, tapi saya nak minta kuar esok (Ahad)..kesian kat Hadif tak selesa tidur kat sini, dah 2 minggu dia teman dady duk wad kan..So, masa tidur dia macam dah lari..tak ikut macam rutin harian dia..sabar ye sayang, esok kita balik rumah okey..=)

Daddy, get well soon sayang!!

Hadif teman daddy kat hospital

my 2 heroes, i really love both of you, !!



p/s:Migrain ni nampak macam tak teruk sakitnya, tapi hanya tuan badan je yang dapat rasa menahan sakit ni. Nasib baik amik insurans (BSN Prudential Takaful), boleh la claim insurans duk hospital swasta ni. eventhough kena bayar 10% pun, dah sangat membantu kami sekeluarga. bukan taknak refer to GH, tapi dah tanya..malas nak citer, faham-faham la ye..huhu

My dear hubby, lepas ni balik sharp 5.30pm ye. cukup2lah kerja kuat tu..kesihatan u yang paling penting demi keluarga kita..Get well soon my dear!! 

~end~

2 yang mengekspresikan diri:

adid@ said...

mudahan cepat2 sihat dady hadif tuh..hmm xpelah dugaan kema,sabar banyak2 k..lagi byk dugaan lagi banyak Allah sayangkan kita..fikir positif :) take care ya..love

Kemn Azmaili said...

hye mak da..thanks for ur pray..=)Hopefully everyhing will be normal like before..=) muahh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...