Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, May 5, 2011

Hadif dah ready tinggal dengan baby sitter!!

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah mandikan Hadif sebab dah janji dengan baby sitter nak datang rumah dia..Tapi betul lah orang kata, bila dah ada anak ni kan..mesti kena extend sejam sebab nak ready untuk anak..susu, beg, pampers dll. Bila dah siapkan Hadif, saya kena tidurkan dia dulu sebab saya pulak nak bersiap. Sekarang semua kerja kena buat macam lipas kudung lajunya. Ada je peluang nak buat kerja rumah (masak, basuh kain, hidai kain, lipat kain, sapu umah, cuci toilet), mesti kena grab cepat-cepat. Bila anak dah bangun, tumpuan dah kena bagi pada dia kan. Kalai ikutkan daddy Hadif, dia nak je amik 'bibik'. Tapi saya sendiri yang taknak sebab rasa macam membazir dan takda privacy. Lagipun anak bukan 4 5 +++ orang pun. Setakat ni, alhamdulillah kerja rumah semua dapat dibereskan. Biasalah penat sikit tu, as long as my husband sudi hulurkan tangan, ringankan beban, itu dah memadai bagi saya. okay..as usual, ku melalut lagi..


Sebelum nak kuar rumah, saya try jugak pasang car seat baby tanpa bantuan daripada orang lain. Dah memang takda sape pun kat rumah, tak kan nk mintak tolong Hadif kot..hehe..hasilnya..GAGAL!!..Ah..frust, camna nak bawak my baby ni kalau car seat tak leh pasang..So, memandangkan rumah baby sitter tu tak sampai 5 minit pun dari rumah kitorang, saya decide untuk bawak baby carrier Hadif je. Walaupun ia tidak memberi jaminan keselamatan, saya cuba jugak untuk lilitkan dengan seat belt supaya ia statik tak bergerak. So, perjalanan yang tak sampai 5 minit tu, dah jadi 15 minit lah sebab saya bawak kereta perlahan macam kura-kura.hehe..Hadif siap sempat berkeruh tidur dalam kereta..macam jauh benauuuu..


Bila dah sampai rumah baby sitter, nama dia Faizah..Hadif macam terpinga-pinga..maybe dia tengah ingat balik tempat ni macam pernah ku sampai je..Actually saya dah pernah bawa Hadif ke rumah Faizah sebelum ni. Betul-betul lepas saya dapat contact number Faizah dari kawan saya yang tinggal sama di Pangsapuri Putra Damai ni,.Faizah ni muda lagi, 20 ++ thn, bujang. Mesti korang rasa saya ni berani sangat kan sebab, usually pengasuh ni dah berkahwin, ada anak, dah berumur skit...

Pendapat saya pula lain..


Pada saya, walaupun baby sitter Hadif ni bujang lagi, tapi dia dah ada pengalaman menjaga baby. Dia pernah bekerja selama 2 tahun di Taska bawah KBS. Lagipun, dia tinggal dengan kakak dia yang juga bekerja di taska yang sama. Pada saya 2 tahun pengalaman bekerja di taska tu dah memadai untuk dia uruskan my little baby sorang ni. Kebanyakan yang saya survey baby sitter di kawasan Putrajaya ni akan ambil 2 - 3 orang kanak-kanak temasuk bayi. Dah la nak jaga anak orang sampai 2 3 orang, belum masuk nak jaga anak depa sendiri. Lepas tu, bila kita suruh ikut cara kita, tak mmbohh, mesti nak ikut cara dia jaga anak..Ada yang saya survey tu, siap nak charge lagi kalau ambil anak terlewat skit. dah pulak macam nursery..


Buat masa ni, Faizah hanya jaga Hadif sorang. Dia pun memang taknak ambil ramai. Kalau nak pun, dia akan tambah sorang je lagi. Itupun dia nak ambil umur linkungan setahun ++. Dia pernah ada pengalaman jaga budak reramai di taska, so dia tau kepayahan nak manage budak-budak bila dah ramai sangat. Lagipun, dia dah pergi training, kursus purposely untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak. Itu yang membuatkan saya lebih yakin nak tinggalkan Hadif dengan dia. 

Lebih kurang 2 jam saya lepak rumah Faizah, Hadif pun dah mula biasa dengan Faizah. Borak sakan, asyik nak berdiri je. Sempat jugak la Faizah tidurkan Hadif tadi. Alhamdulillah,.Mudah-mudahan Hadif sihat, selamat dan dilindungi Allah sepanjang ketiadaan umi bekerja nanti. Insyaallah..amin..

Lot of lurve, muahhh!!

p/s: next week Hadif dah masuk 3 bulan. Agak-agak berapa la berat Hadif ya. ummi pulak yang cuak ni. Sedang-sedang je la ye sayang..lebiu lahh!!

~end~

8 yang mengekspresikan diri:

Princess Cindellyna said...

Moga selamat semuanya Kemn!!!sy pun still cari babysitter nih!!!huhu

Kemn Azmaili said...

farah, try cari dekat mana-mana kuarters apartment. kadang-kadang diorang ada advertise kat board lobby tu...good luck!!

dhr said...

bile start keje Kema? Lain betul da Deedeep skg. mcm dah besar! Cepat betul dia besar. Next time jumpe mesti dah lagi lain.

Eh, korang dah beli rumah ye?

.:Mrs. Engineer:. said...

best nue dh ade babysitter.sy tgh cr lg ni.btw,awak tggl kt presint 11 eh?sy pn same gk.teres baru :)

[DnaZz] said...

hi..im following u..
nice blog anyway.
sonok baca experience new mummy, coz we are in the same boat :)

Kemn Azmaili said...

kak dian,

dah start kerja 9hb may hari tu.tapi mintak cuti rehat sampai hujung minggu jaga rocky

mrs. engineer,
rezeki hadif dapat baby sitter yg jaga dia sorang je..yup, saya tinggal di p11..boleh la dtg jalan-jalan kan..

dnazz,
thanks dnazz, i followed u too..seronok kan boleh share stories pasal baby kite kann..nice knowing you..=)

MRS. K said...

i know faizah!
dulu anta my hadif kat taska kbs

Kemn Azmaili said...

MRS. K,

Kenal dia kan..haah dulu dia keja kat taska KBS..now dah jaga baby kat rumah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...