Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, October 6, 2011

M2 Special Edition

The M2 Edition will have all the equipment that’s standard on the Advanced Version, including the 5-inch touchscreen LCD entertainment system with GPS and bodykit.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mengeluarkan model edisi khas Perodua Alza yang akan dikenali sebagai Perodua Alza M2 Special Edition. Terhad hanya kepada 500 unit, model itu akan dilancarkan seawal Mei tahun ini.


Menurut PERODUA, model edisi khas Alza itu akan menampilkan perincian dan kemasan lebih mewah dan eksklusif. Perodua Alza M2 Special Edition dikeluarkan sempena memperingati jasa dan sumbangan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penubuhan PERODUA.

Antara ciri-ciri eksklusif dan mewah yang bakal ditampilkan terhadap model itu ialah ia akan diperkemaskan dengan perincian tambahan seperti jahitan baru pada tempat duduk, dikeluarkan dalam satu warna saja iaitu ‘midnight blue’ yang anggun, dan nama M2 Special Edition pula akan tertera pada emblem di bahagian belakang dan pada tempat duduk.

Harga sebenar model itu masih belum ditetapkan namun Pegarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata yang ianya akan berasaskan kepada harga Alza Advance Version. Harga pasaran Alza Advance Version ialah RM69,900.00 seunit. Tambah beliau lagi, harga sebenar akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Menariknya model Alza edisi khas M2 Special Edition itu ialah PERODUA akan menyumbang sebanyak RM1,000.00 daripada setiap unit yang dijual, atau RM500,000.00 daripada jualan keseluruhan 500 unit model itu kepada Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyokong usaha murni diperjuangkan yayasan berkenaan.

Kepada yang berminat untuk memiliki sebuah Alza M2 Special Edition, tunggu hari pelancarannya pada Mei 2011 nanti. Namun dijangkakan tempahan awal sudah boleh dibuat di mana-mana pusat pengedar kenderaan PERODUA di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sumber : Berita Harian

****************

Ada lagi ke ek? Oh biru itu best! =) 

2 yang mengekspresikan diri:

Princess Cindellyna said...

hihi,kene tnya my husband nih camne spec dia.. ok ke tak..=p

Kemn Azmaili said...

@Princess Cindellyna

Ha..elok gak tu Farah..ur husband engineer kat Perodua kan? =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...