Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, December 2, 2011

Review: Johor Premium Outlet (JP0) - Part I

Salam to all my dear readers!!

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, hari ini anda semua akan disajikan dengan pelbagai info tentang Johor Premium Outlet (JPO) yang terletak di Indahpura, Kulaijaya, Johor. 

Sedikit latar belakang mengenai JPO.

JPO merupakan salah satu inisiatif pembangunan di Wilayah Iskandar Malaysia yang mana merupakan hakmilik Genting Group dengan kerjasama Simon Property Group. JPO merupakan salah satu premium outlet yang pertama di Asia yang mana ia merupakan model yang sama seperti 69 premium outlet yang terdapat seluruh dunia (57 di US, 1 di Puerto Rico, 8 di Japan, 2 di Korea, 1 di Mexico).

Mengapa di Kulaijaya?
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak Iskandar Malaysia, oulet-outlet yang terdapat diseluruh dunia sememangnya kedudukannya jauh dari kepesatan bandar. Ini merupakan salah satu ciri premium oulet yang unik yang mana tujuannya adalah untuk membangunkan kawasan sekitar ini. Dimaklumkan juga pihak Genting Group akan mewujudkan shopping complex dan juga hotel-hotel yang turut akan dibangunkan disekitar JPO ini. JPO juga bukan sahaja dapat menarik pelancong dan rakyat tempatan, malahan tujuan utamanya adalah menarik pelancong asing dan secara tidak langsung dapat menandingi pelbagai tempat menarik yang terdapat di negara jiran, merangkap pesaing terdekat, Singapura.

JPO menawarkan 80 koleksi jenama designer dan pada masa yang sama terdapat 80 stores yang menjanjikan harga yang amat berpatutan dengan tawaran diskaun sekitar 25% sehingga 65%. Setiap outlet mempunyai pelbagai tawaran hebat yang mana setiap produk yang ditawarkan adalah asli (original) diambil daripada luar negara (2 season past).

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Anda boleh membeli mengikut kemampuan dan bajet yang minimum. Pelbagai outlet yang terdapat disana mempunyai tawaran diskaun yang berbeza. Setiap design adalah terhad. Stok baru akan sampai sebulan sekali. 

Oppss..hampir terlupa nak senaraikan brand/oulet di JPO. =)

DESIGNER FASHIONS & SPORTWEAR
  • Adidas
  • Armani Exchange
  • Armani Oulet
  • Brook Brothers Factory Oulet
  • Berberry
  • Canali
  • CK
  • Cotton On
  • DKNY
  • Esprit
  • Flow
  • G2000
  • GAP
  • Guess
  • Lacoste
  • La Senza
  • Levi's
  • Nike
  • Padini
  • Pink Jambu
  • Polo Ralph Lauren
  • Poney Oulet
  • Puma
  • Quicksilver
  • Raoul
  • Rip Curl
  • Roxy
  • Salvatore Ferragamo
  • Shanghai Tang
  • Timberland
  • Tommy Hilfiger
  • Universal Traveller
  • Versace
  • Zegna
SHOES
  • Charles & Keith
  • Clarks
  • Geox
  • Pedro
  • Skechers
  • Vincci
ACCESSORIES & JEWELLERY
  • City Chain
  • Evita Peroni
  • Swiss Watch 
  • Tomei
  • Wear + When
HOUSEWARES & HOME FURNISHINGS
  • Akemi Uchi
FINE LEATHER & LUGGAGE
  • Bonia
  • Carlo Rino
  • Coach
  • Coach Men's
  • Fossil
  • Micheal Kors
  • Oroton Factory
  • Samsonite
  • Tumi
GIFTS & SPECIALTY ITEMS
  • Cosmetics & Designer Fragrances
  • Fidani Chocolate
  • Royal Selangor
  • The Body Shop
  • The Cosmetics Company Store

Okay, setakat ini sahaja untuk Review JPO Part I. Selepas ini saya akan share banyak lagi info..Nak cari hotel mana, nak jalan ikut mana..dan juga akan disajikan dengan gambar-gambar perasan ala-ala shopping di obersi..hehehehe..Tungguuuuu........!!!

JPO Part II

6 yang mengekspresikan diri:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

yang, gambo awek belah kiri ni cam mengganggu skit la nak baca entry.. hehhe

Kemn Azmaili said...

yeke..rasa macam molek je dia duk situ..awak pakai IE ke? sebab kalau mengganggu saya buang je..tq for the info.

MyRule said...

Bestnyer..tapi jauh..hehehe

Kemn Azmaili said...

@MyRule

Datang la..berbaloi sangat datang jejauh!! hehehe

ebby said...

Additional info: akan ada outlets lain yg dibukak kat sini soon. Akan ada gak water park ala2 sunway. Tp lambat lagi la dlm 2-3 thn lagi. Info ni dari org IRDA

Kemn Azmaili said...

@ebby

thanksaloads for the info!! Ini tuan tanah kedaung jaga Iskandar Malaysia kat MAMPU ni..orang kuat, saya menumpang je..hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...