Hello and Salam to all,
Setelah agak lama tidak bersiaran di X-presi, hari ini baru ada kesempatan nak update entry. Weekend hari tu sibuk dengan attend wedding kawan-kawan dan sedara-mara. Semalam kena jadi usherer untuk office event di PICC, supposely saya kena cuti jaga Hadif (Bs pegi kursus). At first tu pening gak kepala nak letak mana budak bertuah tu, atlast dapat juga letak dia kat Taska Presint 9 kejap (bayar RM20/day).
Entri hari ni nak bercerita pasal budak bertuah intan payung pengarang jantung ummi ni. Alahaiiiii..makin hari makin macam-macam gelagat dia. Berdiri pun tak stabil lagi, dah sibuk ambitious kemain nak panjat tangga!! Omaigad, kalau lah umi tak perasan awak memandai naik tangga, mau tergolek-golek awak jatuh ke bawah.
So, apa yang saya buat? Memang tak melarang, cuma duduk dekat-dekat dengan dia, tengok panjang mana akal dia. Kalau lah time tu umi boleh rakam kannn..takleh..takleh..kegusaran hati umi ni lagi mendalam dari sibuk nak merakam aksi awak. Kalau naik pelan-pelan ok gak la..Ini aisshhh...naik macam pro bebenor..umi pun speechless tengok awak, Hadif!
Sekarang pun dah pandai turun katil sendiri. Bukan katil dia, katil kitorang la. (kalau katil dia memang magik la kan..) Macam tak caye tengok, tapi kena percaya la kann..Ini pun sama, turun katil macam pro sangat, macam terer sangat! Hadif ni kalau korang nak tau, dia memang tak serik jatuh. Jatuh tergolek tu dah macam normal. Kalau setakat terhantuk kepala tu dia macam dah immune..Umi and daddy dia pulak yang cuak, dia muka selamba habis.Unless kalau jatuh yang sakit teramat, baru dia meraung habis. Bagus tu memang bagus sebab dia memang lasak (macam daddy umi dia..hehe), tapi kekadang tu tak larat jugak la ummi ni sayanggg..
Ape-apepun, saya dan husband sangat seronok tengok keletah si kecil kami yang sorang ni. Walaupun penat teramat sangat kadang tu, hati ni pasti terubat dengan gelagat buas beliau!
Kena kurung dalam big bean..perasan seksi letewww |
Tengok la dia cabut sebelah kasut..sory la peranten saya dtg kenduri xpakai baju cantek, baru balik dari rehearsal event..huhu |
p/s: Today Hadif tinggal dengan BS, tidur semalaman dengan Acik (BS). Umi and daddy nak ke JPO, bukan taknak bawak awak, tapi mengenangkan this weekend pun kita dah nak pegi family vacation kan..kesian awak, umi takut awak penat..take care ye sayang, jangan buli-buli Acik pulak! =D
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment