Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, May 26, 2011

Menghargai dan Dihargai

Salam kepada semua,

Bila saya tulis entri pasal Sakit Itu Rahmat, ramai yang memberi respon / nasihat / semangat kepada saya. Terima kasih semua!! Saya sangat menghargai respon anda!! =)

Dalam banyak-banyak komen mereka, saya tertarik dengan satu komen ni,

"Setiap orang diduga dengan cara yang berbeza..."

Ya, saya menyokong penuh respon tu. Mungkin cara saya diduga dah tersurat begitu. Orang lain diduga dengan cara lain.

Tersentap saya bila mendengar luahan hati seorang sahabat / kacip saya yang lebih kurang 20 tahun tak berjumpa. Rasa kecewa, sedih, simpati, hiba bergelumang dalam hati, jiwa, sanubari ni. Saya memahami perasaan yang dialami oleh sahabat saya ini. Rasa seperti diri tidak dihargai, dibuang jauh-jauh penuh tanda tanya, dengan jawapan yang penuh sangsi. Insan sebaik dia telah diduga dengan pelbagai ujian yang bertubi-tubi, inikan pula saya yang tak la sebaik dia. Saya kagum dengan dia kerana dia masih boleh bangun, bangkit setelah apa yang berlaku dalam kehidupan dia.

Kisah kehidupan dia, buat saya lebih , lebih, dan lebih menghargai kehidupan saya sekarang. Apa yang saya inginkan bukanlah kemewahan harta, tetapi mahukan kemewahan kasih sayang dan kebahagiaan yang melimpah ruah. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana Dia sudi 'pinjam'kan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Dalam mengecapi kebahagiaan di dunia ini, saya mengharapkan agar Tuhan sentiasa memberi jalan dan menyuluh kehidupan saya dan keluarga untuk tidak lupa bertakwa kepadaNya. Saya akui bahawa saya amat naif tentang ilmu ukhrawi. Masih merangkak lagi untuk mendalami selok belok agama sendiri. Saya teruja kalau dapat mendalami ilmu agama berbekalkan sedikit asas yang ada. Contoh terdekat seperti  Kak Wardina Saffiyah. Melihatkan kejayaan beliau dalam mendalami ilmu agama disamping dapat seimbangkan dengan hal-hal dunia, buat saya lebih semangat untuk menjadi insan yang lebih sempurna.

Terima kasih Allah kerana mengurniakan sebuah keluarga yang saya impikan selama ini. Keluarga membuatkan saya rasa dihargai dan menghargai...


Kepada mereka diluar sana yang sedang diduga dengan pelbagai ujian, hadapilah ia dengan penuh tabah. Janji Allah, "Setiap dugaan pasti ada hikmahnya.."

4 yang mengekspresikan diri:

annarosli said...

betul kemn, Allah mempunyai perancangan yang hebat.

mardiana said...

kem sgt bertuah

Kemn Azmaili said...

anna,

Allah lebih Mengetahui segalanya...=)

Kemn Azmaili said...

kak nana,

thank you so much =)Alhamdulillah ats segala kurniaanNya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...