Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, October 13, 2011

Islamic Learning & Education start from baby..let's do it mama!!

Salam to all my dear readers!

Seperti yang pernah saya kongsikan kepada anda, sejak umur Hadif 4 bulan lagi saya telah biasakan dia dengan buku. Daripada buku berwarna hitam putih, beralih kepada buku yang bercermin dan beralih pula kepada buku untuk mengenal warna dan bentuk. 

Kini, saya melangkah setapak ke hadapan lagi untuk memperkenalkan kepada Hadif huruf-huruf Hijaiyah melalui kaedah "Flash Card" dan pembelajaran berbentuk audio visual. Pandangan saya, tak salah sekiranya kita dahulukan mendidik anak dengan mengenal huruf Hijaiyah terlebih dahulu, berbanding mengenal ABC kerana rata-rata di mana-mana taska atau pusat pembelajaran sudah tentu akan mengajar anak mengenal ABC dahulu kan.

Walaupun seperti amalan sebelum-sebelum ini, setiap pagi dalam perjalanan menghantar Hadif saya akan nyanyikan lagu Hijaiyah tersebut, dan ada juga video yang saya muat turun melalui Youtube, saya mengambil inisiatif lain untuk memperkenalkan huruf-huruf ini dengan menambahkan pelbagai tools yang lain agar Hadif tidak berasa jemu dengan kaedah pembelajaran ini.

Saya akui saya masih sangat cetek tentang ilmu agama. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum nak mendidik anak sendiri kan? Tapi berbekalkan semangat saya yang kuat untuk melihat perkembangan anak yang semakin hari semakin membesar dengan pelbagai cabaran pada zaman serba canggih ini...saya gagahkan juga untuk cuba mendidik anak dengan cara saya tetapi ilmu sedikit demi sedikit dikutip daripada pelbagai sumber yang banyak memberi inspirasi kepada saya.

Ada 2 contoh ikon muslimah sejati yang menjadi inspirasi saya pada hari ini. 

Seperti yang diketahui umum, Wardina Saffiyah tentulah orangnya. Saya memang meminati malah sangat kagum dengan cara beliau mendidik anaknya. Menurut beliau, solat lah yang merupakan tunggak utama dalam mendidik anak menjadi muslim atau muslimah sejati. Buktinya, Amna anak sulung beliau telah berjaya solat 5 waktu dengan sendirinya seawal umur 6 tahun. Ketahui lebih lanjut mengenai Amna di blog Prefect Amna N (Jangan tak percaya, Amna pun ada blog ye..kagum lagi)

Keduanya ialah Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwisya. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang ibu kepada 2 orang anak cilik ini. Puan Lina Karim merupakan pengasas kepada Islamic Parenting Network yang menawarkan pelbagai produk seperti kaedah pembelajaran, pemakanan yang bercirikan Islam. Apa yang membuatkan saya kagum dengan kesungguhan beliau ialah beliau hanyalah insan biasa yang berjaya mendidik anak yang boleh menghafal 30 surah akhir seawal umur 3 tahun. Masyallah! Ketahui lebih lanjut mengenai kehandalan 2 anak kecil ini di blog DarwishnDarwisya. (Banyak info menarik kat blog ni, cepat baca!)

Saya amat kagum dengan 2 orang ibu ini. Mereka juga ibu yang berkerjaya tetapi dapat meluangkan masa untuk mendidik anak-anak. Alangkah bagusnya jika saya sekuat mereka..

Semalam saya beli beberapa set pembelajaran untuk si kecil Hadif, tak sabar nak ber eksperimen ni!! =D




Saya mengambil langkah awal untuk persediaan pembelajaran ini kerana jauh di sudut hati ini sangat bimbang bila mengenangkan terlalu banyak cabaran untuk membesarkan anak dalam era yang serba canggih ini. Saya dibesarkan bukan di kota raya seperti ini, tak banyak benda menarik yang boleh saya explore. Pagi ke sekolah, petang bersukan, malam ke kelas agama. Itulah rutin saya semasa kanak-kanak dahulu. Saya harap usaha awal saya ini berbaloi untuk membentuk anak yang mampu menggoncang dunia! Insyallah...

8 yang mengekspresikan diri:

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

u're welcome..kemn pun follow blog kak wardina jugak..best kan! flash card boleh beli kat Islamic Parenting Network page dalam fb..website dia www.islamicparentingnetwork.com

MyRule said...

Hi..tq for the info. Dua2 tu i follow. Masih bertatih. harap2 dapat beri yang terbaik untuk anak2 kan.. :)

Kemn Azmaili said...

@MyRule

u're welcome...insyallah..semoga niat kita berbaloi satu hari nanti..saya pun masih banyak kena belajar.. =)

LindaLittle said...

tq...suka baca entry ni....sedang mencari kaedah berkesan tuk ajar anak..:)

Kemn Azmaili said...

@linda a.k.a ibusumaiyah

terima kasih ibu sumaiyah..mari kita sama-sama ajar anak kita!! =)

Btw, suka sangat nama sumaiyah..dulu kalau baby kite girl, mmg nak letak nama sumaiyah..hehehe

F.Nesyita said...

sangat membantu..thanks for your information..boleh sharing ek..tq kema..muahh!

dhr said...

Kema cuba baca blog ni http://azurahanuar.my/ ini pun psl parenting gak. Dia pun ade jual buku2 & toys utk baby ni. Dia pun conducts playgroup.

Kemn Azmaili said...

@dhr

owh..thanks kak dian..okay mau terjah sekarang!! =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...