Artikel oleh: Lina Karim
Salam Akmar,
Baru-baru ini kedua-dua anak saya, Darwish dan Darwisya, telah membuat persembahan di hadapan 5,000 orang di Kediaman Rasmi Menteri Besar. Seperti biasa mereka seolah-olah tiada apa-apa yang akan berlaku sebelum persembahan tersebut. Yang terlebih 'nervous' adalah mama mereka. Alhamdulillah mereka membacakan hafazan mereka dengan baik.
Bayangkan, semasa gangguan dari mikrofon mengumumkan nombor plet kereta yang menghalang laluan keluar masuk diumumkan, mereka tetap masih meneruskan bacaan seolah tiada gangguan langsung yang berlaku ketika itu. Alhamdulillah mereka berjaya untuk tetap fokus pada bacaan mereka. Kadang-kadang terlihat anak saya melambai lambai pada kanak-kanak yang berpusu-pusu menyaksikannya menghafaz sambil tersenyum. Saya percaya ini adalah kerana Al Quran itu telah masuk ke dalam minda bawah sedar mereka. Ini berbeza jika kita menghafal cara biasa, dimana ibu saya sendiri pernah berkata, contohnya jika dia ingin membaca surah panjang seperti As Sajadah, jika dia tidak duduk diam dan tunduk betul-betul mengingatkan ayat yang ingin dibacanya, dia tidak boleh menghafaz dengan lancar! Ibu saya sendiri hairan melihat Darwisya dapat menghafaz Surah Sajadah sambil mewarna buku lukisannya atau bermain basikal! Atau Darwish menghafal Surah Al Buruj sambil memanjat kerusi..
Berbalik kepada Majlis di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, saya mempunyai cara saya sendiri untuk memotivasikan anak saya untuk tidak takut dan bersemangat untuk membuat persembahan. Suami saya panggil saya ni ibu yang kejam (haha..) tapi saya tak kisah lah. Saya akan beli barang mainan yang mereka suka dan kemudian mereka tidak dibenarkan untuk membukanya. Kejam ke tu? Kalau ia masih dalam kotak dan berplastik, mereka hanya boleh memegang dibahagian luar sahaja dan tidak boleh membukanya hinggalah mereka membuat persembahan tersebut. Dan selepas mengaji saya selalu menceritakan akan meriahnya 'Birthday Party' yang akan diadakan selepas persembahan tidak lama lagi tersebut. (takdelah semeriah mana pasal celebrate pun dgn anak-anak sedara mereka je). Saje untuk bagi mereka semangat.. Akhirnya mereka look forward untuk membuat persembahan.
Alhamdulillah kerana Allah Maha Pemurah kepada saya. Bayangkan kalau anak saya cuma pandai menghafaz tapi bila di suruh ke pentas atau berdepan dengan orang ramai, mereka jadi kaku. Tak ke aniaya jadinya? Seperti konsert di Sekolah Darwisya baru-baru ini, ada kanak-kanak berdiri ditepi pentas sambil menangis kerana tidak mahu beraksi padahal dah pun disiapkan dengan costume yang cantik untuknya beraksi. Kasihan saya melihat dia. Oklah.. Untuk gambar dan sebahagian video anak saya pada majlis tersebut, boleh lihat di http://www. islamicparentingnetwork.com/ blog.html
Ikhlas dari,
Lina Karim
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment