Salam to all my dear readers,
Agak jarang berkumandang sejak akhir-akhir ini. Tidak, bukan sebab merajuk hati ke, sakit hati ke..tapinya masa memang sungguh mencemburui den untuk update entry dalam belog biru ni. Hujung tahun memang banyak sangat kerja. Tambah tambah lagi buat double kerja, lagi lah kann..Kalau tengah-tengah tahun dulu (kalau korang perasan la kan) memang banyak je masa nak update. Pernah la satu hari sampai 2 3 entri gua update (punyalah buhsangg takde keje). Tapi hujung-hujung tahun ni, nak tempek satu gambo pun payah.
Pada asalnya Raya Haji hari tu my husband dah plan nak ke Penang, tapi dek kerana my baby kena demam campak hari tu, terpaksa la plan tu dibatalkan. Tapi best jugak la sebab dapat balik kampung saya di Kuantan. Boleh la saya rest skit bila ramai yang rajin melayan budak bertuah tu..
Sabtu malam tu saya, Along dan Angah dah sibuk di dapur nak menyiapkan juadah raya esoknya. Dalam duk sibuk bersiap, abah mengadu sakit perut. Kebetulan pula abah baru habis dialisis, memang ketara sangat nampak muka dia lesu dan badan pun lemah. Abah mengadu jugak bila dia buang air besar, keluar darah..Bila dengar je macam tu, kitorang adik beradik ni terus suruh abah ke hospital.
Bila sampai di hospital, doktor mengesahkan bahawa kemungkinan berlaku pendarahan dalam perut abah. Abah terpaksa ditahan dan dimasukkan ke ICU untuk rawatan rapi oleh doktor pakar yang berkaitan. Menurut doktor, pengambilan ubat tahan sakit yang berlebihan yang menyebabkan pendarahan berlaku. Kalau korang baca entri saya yang INI korang tau lah apa punca abah ambil ubat tahan sakit tu.
Menurut doktor pengambilan ubat tahan sakit tidak akan memberi kesan sampingan kepada abah kerana abah sememangnya mempunyai kegagalan buah pinggang (both of his kidneys are fully damaged). Persoalannya tidak pula doktor maklumkan bahawa akan memberi kesan sampingan kepada organ-organ lain? Bila dah jadi macam ni, sapa yang tanggung? Doktor ke?
Keesokannya, kami sekeluarga menziarahi abah dihospital disamping ditemani umi di situ. Kami bawa juadah raya (Nasi Impit dan Laksa Penang) untuk bekalan umi menunggu abah di hospital. Sayu hati melihat abah terlantar di katil. Jauh disudut hati saya dapat rasakan betapa abah mahu menghabiskan masanya bersama anak-anak dan paling utama bersama cucu-cucu tersayang.
Ketabahan dan ketekalan abah melawan sakitnya membuatkan saya bangga dan berasa sangat bertuah kerana Allah telah kurniakan abah seperti abah. Sedih kami secara tidak langsung telah terubat bilamana melihat abah kuat menghadapi segala dugaan Allah yang diuji kepadanya.
Hari esok abah dijangka akan keluar dari hospital. Alhamdulillah, beliau kembali semakin sembuh seperti sedia kala. Semoga Allah mengurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan kepada abah tersayang.
2 yang mengekspresikan diri:
i know how it feels...
my mom baru discaj from HKL today.. merasa la kami adik beradik raya di spital
betul dear..
atleast happy dapat berkumpul bersama kann.. thanks dear...
Post a Comment