Artikel oleh: Lina Karim
Assalamualaikum Akmar,
Begitu cepat masa berlalu.. Setiap minggu baru bermula, pejam celik dah hari Jumaat.. Terasa baru lagi masuk tahun 2011, sekarang dah habis setengah tahun berlalu. Begitulah kehidupan kita sehari hari.. Kita sentiasa sibuk berlari mengejar hari. Itu adalah tentang kita dan dunia kita.
Bagaimana pula dengan dunia anak kita? Adakah mereka merasa begitu. Mereka adalah sebaliknya pula. Masa berlalu begitu lambat dan amat membosankan. Kadang-kadang terlihat dengan jelas kebosanan di mata mereka. Jika bayi, mereka akan menangis kerana kebosanan berbaring, jika kanak-kanak mereka akan bosan kerana terperap dirumah kerana belum lagi bersekolah.
Walaupun ada aktiviti menonton TV, tetap mereka akan jadi bosan menonton TV jika ianya sepanjang hari. Sayang sekali, jika masa yang mereka lalui setiap hari ini disia-siakan. Ia nya begitu setiap hari hinggalah mereka mula bersekolah, barulah pengisian ilmu juga bermula. Jika kita dapat meluangkan masa walau hanya setengah jam setiap hari bagi mengisi masa-masa bosan mereka ini, akan menyebabkan anak kita jadi beberapa langkah lebih cerdik dari kanak-kanak lain.
Bagaimana bermula? Saya tidak mengenali secara peribadi Akmar. Namun nasihat saya, jika mempunyai anak yang masih bayi, ajarkan dengan menggunakan pendengaran dahulu. Cuba kita perhatikan hari pertama bayi dilahirkan, mereka disambut dengan azan dan iqamat. Tanpa mengetahui dan mempelajari fakta sains pun, jika kita adalah dikalangan dari orang yang memerhati, kita diberi pelajaran bahawa bayi boleh diajar dengan pendengaran.
Alam bayi semasa dalam kandungan adalah gelap, tiada apa yang dapat mereka lihat. Tanpa penglihatan, deria pendengaran mereka sangat tajam. Hanya deria pendengaran sahaja yang mereka boleh gunakan ketika didalam kandungan. Bila lahir, deria inilah juga yang kita boleh gunakan untuk mengajar mereka bukan sahaja kalimah Allah dalam azan dan iqamat, malah kalimahNya yang lain dalam Alquran.
Yang menjadi masalahnya, kebanyakkan ibu dalam tempoh berpantang, mungkin kerana kebosanan, berbagai telenovela dan cerekarama jadi santapan mata. Bayi yang baru lahir yang selalunya berada di sebelah ibu yang berpantang, yang masih tidak membuka mata, turut mengisi pendengarannya dengan bermacam-macam masalah dunia dari cerekarama yang tiada kesudahannya itu. Jadi jangan salahkan anak kita bila dah besar, dia pula buat cerekarama dan menyusahkan hati kita.
Alangkah baiknya jika, bayi tersebut, setelah pulang kerumah, diisi dengan ayat alquran setiap hari. Ibu yang berpantang juga akan mendengarnya dan secara automatik, susu yang di hasilkannya akan mengandungi khasiat ayat Al Quran yang didengarnya itu. Inilah konsep letak air ketika kita membaca Yassin. Air Yassin tersebut boleh menjadi penawar orang kerasukkan histeria dan lain-lain.
Terbukti dalam kajian sains bahawa air yang didedahkan dengan kata kata yang elok atau ayat alquran mempunyai susunan molekul yang cantik dan seragam. Begitu juga dengan susu badan kita jika kita sendiri mendengar ayat ayat suci Al Quran. Jadikan susu badan kita bukan sahaja berkhasiat secara fizikalnya dengan penuh DHA (minyak ikan yang dimakan ibu yang menyusu), ekstrak daun zaitun olive oleo, kismis, badam, dll, malah susu badan kita tersebut penuh dengan khasiat kerohanian yang akan menjadi darah daging anak kita. Jadilah anak ini secara semulajadinya suka akan alquran.
Nasihat saya, gunakanlah pendengaran. Perdengarkanlah.. Maka, jika ingin membeli produk saya, produk pertama yang saya cadangkan adalah CD Audio Al quran yang boleh didapati di http://www. islamicparentingnetwork.com. Ia sesuai untuk bayi baru lahir dan keatas. Apa lagi kalau CD Audio tersebut bersuara kanak-kanak, yang memang secara semulajadi disukai oleh kanak-kanak lain.
Ada juga yang bertanya, anak saya dah besar. Dah nak masuk sekolah. Macam mana tu? Elok juga diperdengarkan dengan ayat Al Quran terutamanya Juzuk Amma tu kerana senang untuk mereka menghafalnya bagi dibawa sebagai surah dalam solat. Dah nak hampir umur wajib solat dah tu. Bila dah hafal, jika mereka disekolahkan ke sekolah agama rakyat ke, senanglah nak lulus periksa. (Dengar ayat pasal nak lulus periksa, haha)
Apapun, langkah permulaan atau langkah pertamanya adalah mendengar dan diperdengarkan! Ini akan membantu ketika kita ingin mula mengajar mereka menghafal. dan mulakan seawal yang boleh. Dan percayalah mengajar mereka mengenal 26 huruf hijaiyah lebih susah dari mengajar mereka 26 huruf ABC kerana usaha keras syaitan yang akan sentiasa berada ditengah-tengah kita ketika kita mengajar anak kita. Mereka takut akan potensi anak tersebut yang akan menguasai Alquran bila ia dewasa nanti. Maka jika ada hari kita berasa tidak bersemangat untuk mengajar anak kita, ingatlah akan itu sebenarnya dari syaitan.
Ikhlas dari,
Lina Karim
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment