Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, May 29, 2013

My Blue Kitchen Cabinet

Salam,

Dah lama sebenarnya entri ni berkepuk duk je dalam draft tu..Hari ni baru berkesempatan nak update pasal KC ku yang disayangi di dapur comel saya tu. Kenapa ek sayang sangat KC ni..sebabnya idea merekabentuk KC ni adalah 100% datangnya daripada idea dalam kepala ku yang tak berapa nak kreatip ni. Terasa sangatlah ohsemm bila apa yang dilakar, apa yang diconteng telah menjadi kenyataan. Dulu saya pernah berangan nak KC biru KAT SINI, dan lakaran 3D pun ada KAT SINI...Dan sekarang..inilah hasilnya!!

Dapur bentuk "I" yang comel macam ni memang tak banyak sangat nak perah idea dari segi rekabentuknya. Dah memang menegak je macam ni kan. Pokok pangkalnya, perlu bijak mengatur kedudukan kabinet, laci dan aksesori-aksesori lain. Saya tetap dengan warna pilihan saya iaitu biru walaupun banyak pandangan mengatakan warna biru tidak begitu sesuai untuk warna di dapur. So what? Sape nak marah kalau kite buat jugak kan? hehehe...

Saya menggunakan dua kombinasi warna biru dan putih kerana saya percaya ini adalah kombinasi warna yang paling selamat dan sedap juga mata memandang. Bayangkanlah kalau saya combine kan biru dengan merah kat KC ni..apa jadi ek? hehehe..Saya memang pilih warna putih untuk kabinet atas supaya dapur ni nampak tak berapa sempit sangat. Putih memberi efek keluasan kan?

Memandangkan saiz dapur saya sangat minimal, saya mengambil langkah untuk menggunakan ruang yang ada dengan semaksima yang ada. Top kabinet tu memang saya buat sampai ke siling memandangkan memikirkan tempoh jangka panjang. Barang kat dapaur makin hari makin banyak kan..Plus, bila buat kabinet full sampai ke atas ni sangatlah tidak pening memikirkan faktor habuk/serangga/tikus dan sewaktu dengannya yang akan cuba bernomad jika saya meninggalkan sedikit di ruang yang ada.

Seperti yang bagitau dalam entri sebelum ni, saya memang spesies yang tak boleh tengok barang berkecah-kecah tak tentu hala duduknya. Memang kurang gemar juga dengan konsep lemari terbuka kerana atas beberapa faktor kekangan yang ada. Lainlah kalau rumah ni ada helper/maid kan. Plus dengan anak yang sedang membesar dengan aktif dan energetic nya. Makanya inilah cara yang paling mudah dan selamat. Kasi tutup dari atas sampai la ke bawah.

Sinki tu memang sengaja beli yang lebar dan sangat dalam. Senang kalau ada kenduri-kendara kat umah takdalah timbul masalah sinki sempit nak taruk pinggan mangkuk kotor. Air pun tak merecik-recik ke luar sinki. Then bawah sinki tu, pintu kabinet saya sengaja buat yang berlubang untuk hilangkan bau hapak akibat faktor lembap yang kebiasaannya akan berlaku dikawasan bawah sinki. 

Ini pulak ruang untuk microwave. Yang atas tu letak stok susu anakanda dan juga air mineral. Stok air mineral ni memang wajib ada kat umah sebab husband memang suka bawak ke mana-mana. Sebenarnya, ruang ni pun saya standby kalau-kalau lah satu hari nanti ada duit lebih..boleh la pasang oven + microwave macam kat rumah uols tu kan? Setakat ni saya hold beli tu dulu sebab rasa macam bukan satu keperluan sangat.


Ini pulak ruang bertentangan dengan tadi. Memang kecik je tapi saya tetap memaksimumkan penggunaan ruang yang ada ni. Saya tak berhajat nak letak mesin basuh bersekali kat dapur comel ni sebab nanti takut nampak terlalu padat. Insyallah kalau ada rezeki nanti memang ada lah niat nak buat tempat khas untuk laundry ni.


Rak pinggan ni beli kat IKEA 4 tahun lepas. Nak roboh dah sebenarnya, tapi saya pakai je sementara belum roboh terbarai lagi. Memang plan nak beli baru, lagipun kayu tu lari dengan konsep moden ye dak? Saya hanya bawa keluar pinggan mangkuk dan juga cawan yang digunakan sahaja. Bila ada tetamu datang, baru lah bawak kuar rimau gajah yang ada dalam kabinet tu. Berbalik kepada faktor ruang tadi juga lah, tak sesuai nak letak berbakul-bakul pinggan mangkuk dengan keadaan ruang dapur yang somel ni..hehehe


Counter bar ni saya gigih jugak nak buat sebab utamanya adalah sebagai divider atau pemisah atau pengantara kepada dapur dan ruang makan. Plus counter bar ni alternatif kalau kita tak nak kotorkan meja makan, nak kenduri pun senang nak letak juadah-juadah hidangan kat atas tu. Sinki sengaja saya letakkan di situ untuk memudahkan tetamu yang datang. 

Setakat ni lah boleh saya share pasal KC biru ku ini. Setakat ni alhamdulillah memang mudah diselenggara sebabnya mungkin faktor ruang/saiz dapur yang minimal. Susun atur rekabentuk pun memudahkan saya untuk mengemas dapur ni. Nanti ada kesempatan saya share pula barang apa yang saya letak dalam kabinet tertutup serba serbi ni.

Diharap entri ini memberi serba sedikit idea kepada anda! Sharing is caring!

17 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

hi kemn. lama x jenguk sini
cmne u ckp bawah sinki tu ada kabinet sengaja dilubangkan tu? cer amik gambar sikit.
tak leh imagine.
tp tu idea yg menarik dan perlu di laksanakan bila dah ada rumah nnt.

tqia

Ibu Dhia Danial said...

hi salam kenal.. cantiknye dapo.. bestnye kalo ade dapo mcm ni.. hari hari masak agaknye.. haha

Fizah said...

wahhh...mmg pencinta biru tegar nih..hehe

kemas dapur awak..i LIKE!!

mcm biasa, karpet plg suka sy tny beli katne? pasal kena pulak panjang dia kat situ ek..

overall mmg cun..! ;) sy pulak minat kaler selamat..walnut dark choc + table top putih..rak pinggan kita seghupe...sinki pun sama..dalammm...senang benam kepala...ekeke

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

owh..pintu tu kite tak buat sama material dengan akrilik lain..pintu ni pakai macam steel then ada lubang-lubang..nnt kt share k..

Kemn Azmaili said...

@Ibu Dhia Danial

terima kasih dear..da[ur ni kecil comel je...hehe

Kemn Azmaili said...

@Fizah

karpet panjang tu boleh beli kat mana2 kedai karpet je dear..btw thanks dear..

Rina Bahari said...

warna biru ...sama dengan citarasa saya ....my dream kitchen pun nak biru+putih .. cantek nye lahai KC kerm nie...

fazianbatrisyia said...

Salam perkenalan. Cantik, kemas & teratur rumah...sy follow.

Unknown said...

lame xjenguk blog ni..hehehe...

cntek jgk ek dapur kaler biru.. :)

erin moshimoshi said...

hi done foloow u ....
meh la sggh n follow sy

Unknown said...

Salam...

Jarang tgk kc kaler biru kan? Tp biler kena gaya comel!! :-)

Tengkubutang said...

hu2.. dapur impian teman.. hope satu hari nanti dapat yg macam ni.. =)

Anonymous said...

cantiknya dapur u.i berkenan.mmg nak wat warna biru jugak sebab masuk ngan warna tiles. boleh tanya u tempah dekat mana n brp harganya yang u buat tu.thanks yer

Unknown said...

Comelnya kaler biru..mmg plan nak KC kaler biru+putih jugak..so, tgh survey2 ni..nampak mengancam kaler ni.. :-)

my5xurra said...

salam. boleh sy taw. ape jenis pintu kabinet yg awak pakai. and yg utk bwh sinki tu, dibuat berlubang2, pintu kabinet nye adalah drpd jenis ape?

Unknown said...

Berapa kos ni ye dear

Norlaili A Wahab said...

Assalamualaikum. Boleh saya dapatkan contact number plumber yang buat sink di counter bar? Terima kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...