Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, August 26, 2011

Entri untuk Kak Wardina =D

Salam,

Hari Jumaat yang penuh dengan barakah di bulan Ramadhan ini saya mahu kita sama-sama renungkan mengenai masalah "penyakit hati". Ya, sengaja saya kategorikan manusia yang mempunyai masalah hati ini sebagai manusia yang berpenyakit. Sebab penyakit ni berjangkit, pesanan untuk diri sendiri juga agar tidak terjangkit dengan penyakit seperti ini.

Saya terpanggil untuk menulis tentang ini apabila membaca salah satu post di wall kak Wardina mengenai sifat manusia disekeliling yang sering iri hati, cemburu, dengki sesama manusia.

Rasulullah telah bersabda,

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

(Hadith Riwayat Al Imam Muslim)

Saya yakin ramai yang diluar sana pernah menghadapi pengalaman dengan manusia yang berpenyakit hati ini. Segala apa yang kita lakukan, semuanya tak kena di mata mereka. Sentiasa berfikiran negatif dengan apa jua yang kita lakukan. Penat sebenarnya nak menghadapi orang macam ni. Kadang-kadang, niat kita sekadar nak berkongsi, namun disalahtafsir pula oleh golongan seperti ini yang menganggap kita ini riak. 

Terus terang saya katakan, saya juga pernah mengalami situasi ini.
Seperti juga kisah kehidupan Kak Wardina. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan, begitu juga dengan beliau. Tak boleh ke golongan ini menerima qada dan qadar yang ditentukan Allah bahawa setiap perjalanan hidup hambaNya adalah telah tersurat dengan segala ketentuanNya. Apa yang lepas tu biarkan lah berlalu, namun kita anggap ia sebagai iktibar dalam kita menempuh hari-hari selepas itu.

Saya menganggap Kak Wardina sebagai ikon wanita muslimah yang berani bersuara dengan hujah bernas beliau dan beliau tidak sesekali cepat melatah dalam menghadapi golongan berpenyakit hati ini. 

Melihatkan cara kak Wardina mendidik anak-anaknya, Amna contohnya..membuatkan saya berkobar-kobar untuk mendidik anak saya seperti Amna. Amna bukan sahaja anak yang bijak, malah beliau juga boleh saya katakan bakal menjadi Wardina Junior, ikon wanita yang cukup lengkap pakejnya (Insyaallah)..Dalam mendidik anak, jelas kelihatan Kak Wardina sangat menekankan Islam dan melalui solatlah segalanya akan bermula. Sampai hari ini, saya masih tidak nampak apa cacat celanya pendekatan Kak Wardina yang membuatkan orang disekelilingnya sentiasa dengan fikiran negatif.

To my dear Kak Wardina, teruskanlah usaha Kak Dina walau apapun jua keadaan. Ketahuilah bahawa ramai diluar sana yang menyokong perjuangan Kak Dina. Usahlah peduli dengan golongan manusia yang berpenyakit hati ini. Saya juga berpesan untuk diri sendiri agar saya tidak tergolong dalam manusia yang berpenyakit hati ini. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dan mempermudahkan segala urusan kita dalam membawa setiap kebaikan kepada umatNya. Insyallah..ameen..

Selalu juga komen kat wall kak Dina, tapi hari ni sangat serunak sebab KakDina reply my comment..wink..wink.. =D
Wasalam.

6 yang mengekspresikan diri:

al_hakim said...

nice...mane tau kalau kak wardina bace kan.

Kemn Azmaili said...

@al_hakim

thanks =)

yela..manela tau kan..harap kita dijauhkan dari penyakit ni.. =)

Aini Azman said...

ping la entri ni kat fan page wardina,.mesti dia baca,.heheeh

SiS NaD said...

Salam Kemn...

Wah!~ Dapat reply dari Kak Wardina tu... Cayala!~ Lepas ni confirm dia suruh datang beraya ke rumah.... :D

Kemn Azmaili said...

@NURUL AINI NORAZMAN

hihi..dah ping dah..hrp dia bace..hehe..malu..

Kemn Azmaili said...

@SiS NaD

tu yg happy sangat tu..xsangka dia reply..hihihi =D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...