Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, August 25, 2011

Suspected Asthma

Salam kepada semua pembaca X-presi Qu,

Sorry sebab lama tak update blog sebab minggu ni rasa macam penat sikit, tak cukup tidur sangat sebab my baby tak berapa sihat. Bulan ni saja tah berapa kali me n husband terpaksa EL untuk bawa Hadif ke klinik. Dah 3 kali pegi klinik..semua 6 botol ubat pun dah habis..tak boleh jadi macam ni, so kitorang decide untuk bawa Hadif ke pakar kanak-kanak. Mak ayah mana yang tak risau kan bila tengok anak tak sihat. batuk bertambah teruk, selsema lagi..malam je badan panas..ish..memang tak boleh biar berlarutan...

So, hari Selasa lepas, kitorang bawa Hadif ke Pakar Kanak-kanak An nur, Bangi. Kitorang pilih Specialist ni sebab sebelum ni memang dah biasa pergi klinik Annur di Putrajaya. First time datang sini, so kitorang pegi awal pagi jugak la sebab dah tak sanggup dengar Hadif batuk teruk sangat. Batuk dan selsema Hadif dah nak dekat sebulan berlarutan. So bila Paed dah check condition my baby, agak sedih juga la bila doc cakap yang batuk Hadif ni adalah salah satu simptom awal Asthma. 

Paed tanya, kami ni ada ke keluarga yang asthma? Both of us jawab tak..sebab memang takda..so Paedtanya lagi, ada yang resdung/signus ke? Yup, of course..my husband kan baru je operate signus hari tu kan..So, doc cakap asthma ni ada juga kaitan dengan penyakit resdung..no wonder la my baby ada simptom macam ni. Paed bagi macam-macam ubat to my baby termasuk la ubat asthma..

Syukur sebab my baby ni memang senang nak makan ubat..5 6 jenis ubat dia boleh minum macam tu je, tak payah campur dengan susu pun..ada dua ubat asthma doc bagi., dalam bentuk cecair dan serbuk..so yang serbuk tu kena letak dalam susu dia..pity of him =( ..tapi takpe, di saat macam ni, kita as a parents kena kuat semangat dan sentiasa fikir positif..!! thank god juga lah sebab my baby ni still aktif dan lasak walaupun dia kurang sihat..

Dah masuk 3 hari dia makan ubat tu, alhamdulillah..looks like he is getting better..nampak perubahan bila time tidur malam, dia dah kurang batuk macam sebelum ni..Hope dia akan cepat sembuh dan dapat beraya dengan badan yang sihat!! Lepas raya ni kena jumpa balik Paed ye sayangg..

Saya tau mungkin ramai yang akan cakap yang my baby ni senang kena sakit sebab cepat sangat stop breastfeed..Baiklah, saya memang akui lah, tapi perlu la ingat bahawa ibu-ibu yang stop awal bf ni bukanlah sengaja suka-suka nak stop bf anak dia..masing-masing ada kekangan. Banyak faktor yang perlu diambilkira selain daripada mindset semata-mata..

Fyi, my baby ni berjangkit batuk dan selsema dengan salah sorang baby girl kat rumah pengasuh yang minum susu ibunya secara eksklusif ya..Baby girl ni selalu sangat sakit sejak awal lagi ibu dia hantar ke rumah BS ni..Apa kan daya saya, walaupun tiap2 hari berat hati nak hantar Hadif, nak tak nak kena hantar juga la..tak da pilihan lain dah selain dari saya sendiri berhenti kerja. 

Tersangatlah susah nak cari baby sitter kat Putrajaya ni. Itu belum kira nak cari yang betul-betul baik lagi?..Sebab tu saya tak nak ambil risiko lain, walaupun BS Hadif ni jaga 4 orang (3 babies, 1 toddler), walaupun dia ni tak kawin lagi, jujur saya cakap dia memang pandai jaga budak-budak. Sampaikan girl yang umur setahun tu selalu akan menangis tak nak balik rumah dia. Dari situ kita dah tau macam mana dia layan budak-budak kan?

Inilah dugaan bila dah ada anak..Lebih-lebih lagi pada ibu-ibu yang bekerja. Kalau yang ada orang jaga kat rumah tu lain la sikit kan..maid ke, mak or mak mertua ke..sekurang-kurangnya anak kita tak bercampur dengan anak orang lain..Bukanlah maksud saya nak bagi anak kita ni anti sosial, tapi ia akan merumitkan keadaan bila anak kita sakit kerana berjangkit...

Banyak orang yang cakap amalkan minum Scott Emulsion kepada anak sejak bayi kerana minyak ikan boleh menghalang jangkitan sebarang penyakit. Kalau camtu, nak beli lah jap lagi..

Ya, Allah..kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepada permata hati ku ini didunia dan di akhirat!! Amin.. (Hadif dengan Aunty Mai semasa Iftar di rumah saya)

p?s: Terfikir juga macam nak berenti kerja..tapi bila fikir-fikir balik bila bapak payah gedabak aku nak dapat kerja ni, tetiba terbantut plak hasrat aku ni..hihihi =P

13 yang mengekspresikan diri:

Rosniena said...

bawak baby pergi jumpa pakar Az Zahra..Dr Nik Rose,she's good.btw saya dah familiar dgn an nur putrajaya, tapi sbb kes check darah n guna machine yg unclean sampai bawak bby ke hospital serdang sbb suspect luekimia tu yg tak boleh diterima.baby mmg sensitif dgn batul selsema..my twins kerap batuk selsema dan suspect asthma jugak.Dr Nik Rose akan bagi augnemtin antibiotic,ubat kahak,asthma/batuk.so far ok..yg penting baby kene ambil neb..utk cairkan kahak

cheah zinni zinnirah said...

hye kemn...
well cheah nk share sikit tips lah cz dulu time baby my son pn mcm ni jg;
so cheah letak vicks di dada n belakang badan dia after mandi day n nite morning n before sleep tnp gagal everyday smpai skrg pn still bt jg especially during rainy days.
u knw what; sometimes baby gets sesak nafas or flu bcz dorang alergic to something.. better u clean up ur kid room or place yg slu kem letak ank kemn cz sometime material mcm cotton ke perfume ke pape ke tk sesuai utk baby. mcm my son dia mmg alergic to smoke. kne sikit je mula berair hidung tk semena2. so that kemn try search or remind back the latest thing yg kemn bg pd ank kemn.
by the way sympthom begini akn tjadi kpd baby until dia umo 2years old.
so b patient n ensure that if dia pns sikit pn bw ke klinik immediately bcz at this stage baby in danger phase everythg blh tjd evn kita rs bnde 2 kecik je..
ya Allah membebal kalah doc kn.. actually nk share advice jer cz cheah pnh lalui saat begini ...
take care

Kemn Azmaili said...

@Rosniena

Rosniena,

tqsm..really good info!! Saya memang tak familiar dgn specialist kanak2 ni. sebab tu la pegi je pakai redah..ok ok..after this nak try pegi azzahra pulak..Owh yeke annur putrajaya camtu? Tak tahu la pulak ada kes berat macam ni..btw, my baby dah buat sekali neb hari tu..so doc nak tgk perkembangan dia after raya nnt. kalau still tak baik, maybe kena repeat neb..thanks again.. =)

Kemn Azmaili said...

@cheah zinni zinnirah

@cheah,

yup betul tu..kemn pun memang practice dari dulu lagi. tiap kali lepas mandi, salin diapers, seblum tidur kemn mmg sapukan vicks pada dada dan belakang baby..mudah untuk dia bernafas dan tidur pun nyenyak..kalau barang-barang dia or semuala peralatan dia mmg kemn akan cuci tiap-tiap hari..infact dah pesan juga to BS supaya tak bagi kongsi any barang hadif dengan baby lain. sbb dah kerap nampak baby yg selalu sakit tu main mainan Hadif..tp kemn tegur je la kan.. tq cheah for the good info.. =)

mardiana said...

k.nana dari kecik makan Scott Emulsion. hehe.

aThidEaN said...

Hope Hadif akn cepat sembuh n boleh hari raya dgn mama papa dia :) Ilyaas pun baru baik demam, sy EL juga hari selasa haritu sbb xsampai hati tgk badan anak panas sgt.
biasalah kita yg dah jadi ibu ni je yg boleh paham perasaan risau bila anak sakit mcm ni.
sy menyusukan anak sy sepenuhnya dgn susu ibu, tp sy paham maksud kemn terhadap kekangan2 tu.bukan salah kemn terpaksa stop bf tu.tak payah la kemn terasa hati sgt dgn apa org cakap yer.mak mak kita dulu pun bg kita minum FM juga, alhamdulillah elok je kita semua ni kan.
sy ada tulis cara2 nak kurangkan ketidak selesaan anak bila dia tak sihat kt blog, rasanya kemn pun buat semua tu.

btw thanks for sharing this story, husband sy pun ada resdung n mmg Ilyaas haritu batuk teruk sampai kahak penuh.sy bawa gi paed kat kpj tawakal, paed suruh seduk kahak.kesian sy tgk anak kecik kena jolok2 dgn tiub utk sedut kahak dia. =(


apepun, get well soon Hadif dearest =)

Kemn Azmaili said...

@mardiana

patutla kak nana jarang sakit..hehehe..kulit pun putih lak tu.. =D

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

thanks dear..actually saya sebenarnya takdala terasa hati mana pun, cuma kadang-kadang tu ada org tak faham ingat kita ni malas or tak berusaha untuk bf anak kita..betul tu..mak kite pun bagi susu FM je dulu, alhamdulillah kami pun sihat juga.. =)

Sekarang ni memang musim budak selsema dan batuk kann..kesian Ilyas kena sedut kahak..setakat ni Hadif kena buat neb je..itupun saya dah kesian..

thanks again mama Ilyas!!! =D

Rosniena said...

so far 2 orang paed yang saya jumpa..baby tak digalakkan utk sedut kahak..cuma perlu ambil bed 2 jam sekali if teruk or 4 jam sekali.if sedut akan menyakitkan dia dan maybe boleh terluka..seksa nak sedut tu..kesian..apa yg perlu kita cairkan kahak baby n memudahkan dia bernafas.kahak boleh buang melalui najis sebab baby tak reti buang kahak..

Kemn Azmaili said...

@Rosniena

owh macam tu ye..yelakan, kite pun rasa sakit, inikan pulak baby kan..

thanks again for the info!!

=)

Nor Hashim said...

hi kema, kak dayah ni (mg igt dok same2 sp dlu)
baru terbace n tergerak nak tnye, bb hadiff dh ok @ still kerap batuk selsema?
sbb nye dulu ariff pun gitu jugak..tiap2 bulan akan batuk selsema + demam yg amat3 teruk smpi mcm asma..kne NEB every 3-4hrs everyday..dh mcm2 vitamin ktorg cube..one day tergerak tuk try 1 supplement '4lifed Transfer Factor'..agak mahal..TAPI Alhamdulillah ariff serasi sgt2..syukur sbb kalu die batuk selsema, xteruk lgsg n cepat sihat..kalau x dulu2 every month mst kne spend smpi 300-400 tuk hospitality dia..Alhamdulillah skang xsmpi 100 n dia pun makin sihat jarang sakit dah..

Kemn Azmaili said...

@Nor Hashim

Hye kak dayah..oyeah..ofkos la ingat kak dayah comel ni..hiihi..btw, hadif dah okay skrg..alhamdulillah sangat maybe sbb amalkan jus tok guru dan scott emulsion kot..

btw, thank u for reading my blog, sis. really appreciate it! ;)

Nor Hashim said...

@Kemn Azmaili

Alhamdulillah dah ok..sbb kite mak ni kan anak baru batuk sket, risau kite smpi rase xjejak bumi..
suke bace especially bab list nak masuk umah sbb ktorg pun ngah survey2 tempat tuk cari kelengkapan umah yg akan siap ujung tahun ni insya-Allah :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...