Salam to all my readers?
Bagaimana dengan hari ini? Alhamdulillah hari ini sudah 16 Ramadhan dan sudah 16 hari lah kita menjalani ibadah puasa. Harap korang semua sihat-sihat ye!! =)
Entri hari ini merupakan entri yang pertama saya nak cerita pasal Nuffnang. Saya rasa semua blogger sudah sedia maklum dengan kewujudan Nuffnang sebagai salah satu komuniti pengiklanan blog di Malaysia ni kan? Pada awal penglibatan saya dalam dunia blog ini, saya sedikitpun tidak menghiraukan tentang iklan yang ditawarkan Nuffnang ni.
Pada saya, saya menulis bukanlah kerana untuk dapatkan duit tetapi hanya sekadar suka-suka dan lama kelamaan ia menjadi minat. Cara penulisan saya pula tidak lah konsisten, kadang-kadang ayat teratur je, kadang-kadang tu ayat berbelit..hehe. Melalui penulisan di dalam blog ini juga, ia telah memberi kredit kepada saya untuk saya memperbaiki kelemahan saya dalam setiap penulisan yang saya coretkan disini.
Saya mula menulis pada Januari 2011, pada asalnya saya hanya seorang "silent reader" sahaja. Pada tahun 2006 saya kerap membaca blog adik junior yang sama sekolah dengan saya di syamsulariff.com ataupun vangadx.net. Melalui blog beliau lah saya mengenali Redmummy pada masa tu. Masa tu juga Syam pernah lah create satu blog untuk saya, tapi saya ni agak "kabur IT" (up skit dari buta IT..hehe). Tambahan pula time study dulu sangat sibuk dengan assignment dan aktiviti club. Mengadap laptop pun hanya untuk siapkan assignment. Tambahan pula laptop saya awal-awal dah "kiyok" (rosak), memang banyak la kekangan time tu.
Okay, bila mula-mula ber"blogwalking"?2 bulan selepas menulis blog, baru la saya pandai BW ni. Dulu langsung tak faham bila orang duk cakap blogwalking ni..tapi dah lama-lama fahamla..So, bila saya BW saya tengok setiap blog ada tepekkan iklan kat sidebar, kat header dan footer blog diorang. So, dari situ saya cuba la slow-slow letak benda alah tu, walaupun hakikatnya saya tak tau pungg apa tujuan letak benda alah tu..huhu..jumut aku kan!!!
Bila dah review pasal nuffnang, baru la saya tau rupanya benda alah tu lah yang jana duit..Dulu saya ingatkan nak dapatkan duit ni nak kena jual barang melalui blog je, rupanya ada jugak orang baik hati macam Nuffnang ni nak tolong jana duit untuk kita..(orang ke?hehe)..So, saya decide untuk kekalkan sahaja iklan Nuffnang ni dalam blog saya sebab pada saya ia tidak lah menjejaskan penulisan saya.
Masa awal-awal letak iklan, tiap kali menulis, tiap kali tu lah saya akan buka akaun saya di Nuffnang nak tengok mana la tau berlaku keajaiban dalam "Earnings" saya kan..hehe..tapi saya tak menaruh harapan tinggi mana pun sebab saya tau dimana tahap blog saya jika nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain..hihi..Nama pun tak menaruh harapan kan, so saya memang jarangla buka akaun Nuffnang kebelakangan ni.
Tetiba hari ni saja lah rasa nak buka akaun Nuffnang..Tetiba tangan saja gatal klik kat "Earnings" tu..Omg!! betul ke ape yg aku nampak ni???wink!!wink!!..Dah bergerak la earnings aku!! Walaupun jumlahnya masih lagi dibawah RM50, tapi ia membuatkan saya sangat kaget (cewahh) dengan pergerakan earnings di Nuffnang ni..Persoalannya, macam mana boleh bergerak ek?
Apepun, saya bersyukur sangat sebab akhirnya bergerak juga earnings Nuffnang ni..Happy pun ada dan ia umpama menyuntik semangat saya untuk terus berblog. Terima kasih kepada semua pembaca, tak kiralah siapa pun anda, silent blogger ke, silent reader ke, newbie blogger ke, Mr/Mrs Sifoo Blogger ke...saya sangat menghargai kunjungan anda di X-presi ni. Pada kawan-kawan yang teringin nak menulis blog, jom la kita ramai-ramai memeriahkan dunia blog ini.
Sekian.
9 yang mengekspresikan diri:
samalah kita.. saya punya earnings pun baru start gerak.. tapi sedey la.. ciput sgt.. agak2 nak sampai tahap boleh cashout makan tahun jgk kot..
tahniah sis!
@.*.WiE.*.
takpela, kite pelan-pelan kayuh.. =)
Sama lah ngan aku jugak..hahahahaha..kaget jugak..suke perkataan kaget itewww
Kan..cam seronok lak mengira kan.....
@maya anis,
terlalu awal nak tahniah..ni..papepun saye appreciate..thank u dear =)
@Kaki Wayang,
mau nyer tak kaget tgk earning berjalan..cemane la blogger yg dah beriban dapat tu kan...hehe =)
@Mrs Nageb,
itula..seronok juga kan!! =)
wah! tahniah dear. slow slowkan:)
Post a Comment