Salam,
Pernah tak korang dengar produk daripada Salina'z Beauty ni? Tak silap saya, produk ini pernah diiklankan di tv. Salah satu produk yang dikeluarkan oleh Salina'z Beauty ini ialah Slimax White Cafe dengan campuran Habbatus Sawda. Seyesli saya ni bukanlah penggemar kopi, tapi minuman ini rasanya sangat sedap, tidak terlalu keras seperti kopi atau nescafe.
Testimoni:
Alkisahnya bermula bila saya balik daripada Kursus Lead Camp selama seminggu hari tu. Faham-fahamlah kalau kursus fully outdoor ni macam mana. Plus pula saya ni kan kira baru juga lepas bersalin c-sect pula tu. Balik je dari kursus tu, badan memang lesu umpama macam hilang tenaga seluruh badan ni. Tambah pulak kita yang bersalin operate ni memang akan cepat lenguh-lenguh sendi. Gile ah ding dong!! Seyes memang takda tenaga masa tu, malam-malam kena bangun lagi buat susu Hadif. Ya Allah, tuhan je yang tau betapa lesu nya badan saya masa tu..Keesokan pergi kerja, mesti letih, lesu, tak bersemangatlah pendek kata.
Bila ngadu je dengan my husband, terus dia ajak pergi Alamanda cari suplemen or vitamin untuk pulihkan kembali tenaga den ni. Dalam hati ni dah terdetik, " Macam la aku ni disiplin sangat nak telan pil hari-hari..Ubat demam antibiotik pun tak pernah habis aku makan seumur hidup aku..huhuhu..". Tapi takpela, aku gagahkan demi nusa dan bangsa anak dan suami ku..
Tengah jalan-jalan depan Watson Alamanda tu, saya terpandang satu kiosk / booth Salina'z Herbs ni. Dengan spontannya saya tanya adik promoter tu ada tak jual produk untuk kembalikan tenaga. Ya, saya memang berada dijalan yang benar..hehe..teruslah diorang promote produk ni. At first, memang rasa ragu-ragu sangat nak try kopi ni. Tapi hati saya terbuka bila melihat kopi ini dicampurkan dengan Habbatus Sawda. So, saya cuba la sekotak RM39.90 ada 15 paket dalamnya.
Esoknya saya berkobar-kobar bawa pergi ofis untuk dijadikan sebagai sarapan pertama saya (sebelum aku mencekik benda lain..hehe)..Bila dah minum tu, hari yang sama saya sudah rasa perubahan yang sangat ketara dengan badan saya..Balik rumah je memang dah tak rasa sakit-sakit sendi dan lenguh-lenguh badan..rasa macam tak percaya pun ada..Untuk berjaga malam pun memang takda masalah lagi...Ha, lagi satu dek kerana kursus tu juga muka saya gelap sunburn teruk gitu..tapi setelah seminggu saya minum kopi ni, kulit muka saya bertambah cerah dan semakin licin..SANGAT MENAKJUBKAN!!!
Saya sarankan sangat kepada kawan-kawan diluar sana terutamanya kepada para-para ibu sekalian. Cubalah produk minuman kopi ni. Produk ini bukan sahaja banyak khasiatnya, malah ia sangat MENGENYANGKAN!!..Kalau ambil minuman waktu pagi, sampai malam pun kita tak rasa lapar. Alhamdulillah saya mula amalkan minuman ini pada akhir bulan Jun, sekarang dah 3 kotak saya ambil untuk persediaan Ramadhan. Sahur tadi saya minum, sampai sekarang memang rasa bertenaga dan perut pun masih belum bergendang lagi..Produk minuman ini juga sesuai untuk lelaki..
Antara khasiat-khasiat lain minuman ini ialah:
~ Membantu melangsingkan badan
~ Membantu mencerahkan kulit
~ Membantu masalah rambut gugur
~ Membantu mengurangkan sakit-sakit otot dan sendi
~ Membantu menambahkan tenaga
p/s:
Kepada kawan-kawan yang tinggal di Putrajaya, anda boleh dapatkan produk ini di Alamanda (depan Watsons)
11 yang mengekspresikan diri:
Tang membantu melangsingkan badan tu yg ditunggu2 then rambut gugur..hah mmg mengena sgtla..alahai kt alamanda je ade ek..bile la nk jengah alamanda ni..nk try la..mane tau sebulan pose leh mantop mse raye..idakler teman bising dok tgk gambo asyik nampak GEMS jer!
wah..bagus ni! thanks Kemn for sharing this. Kak Dian pun nanti nak try la. sebab kak Dian ada mslh hair fall, da tu lately kuat makan & muka keluar jerawat.
kemn..kalau nk try caner?jauh la plak Putrajaya tu kan...
Farha,
Produk ni masih baru lagi dalam pasaran. then pengasas dia memang orang Putrajaya. seyes kena try, sebab memang berbaloi dengan harga yang x semahal mana pun..belilah sekarang mana tau boleh kasi selimmm skit raye nanti...hehehe
Kak Dian,
akak, kita pun ada masalah hair fall ni..nak2 lepas bersalin, tambah lagi anak dah start menyembur..memang kurang skit rambut gugur lepas minum kopi ni..
eiyra'z,
kalau nak mintak tolong kemn belikan boleh jugak..just bank in kan duit..seyes rasa dia macam lemak berkrim, tak pahit pun..must try!!
wah, cam best produk ni. bagus info ni. selamat berpuasa ya.
ooo...boleh jugak...ape2 nnt akan roger kemn..nnt pm kan no phone kemn ok...
Edy Ramanov,
thankss..selamat berpuasa =)
Eiyra,
okay, nanti kemn pm no phone kemn..okay.. =)
Produk nie memang bes n berkesan..My hometown Ipoh,Perak..I beli tis produk when I went to Alamanda during my training kat Bangi..Kini I pengguna setia produk nie..I order via phone n the produk owner wil send it to me by Pos Laju..Thanks to Salina'z herbs
Post a Comment